Showing posts with label nasha. Show all posts
Showing posts with label nasha. Show all posts

Thursday, January 31

BIARLAH GAMBAR INI BERCERITA PERIHAL YANG SEBENAR..........


Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis Syura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz. 

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam. 

Tuesday, January 29

KEMANA HALUAN DAN HALA TUJU NASHA SELEPAS INI.......


Meneliti perkembangan terbaru Nasharudin Mat Isa – selepas dipecat keahlian dalam Majlis Syura Ulama PAS dan tidak disenaraikan bertanding dalam PRU 13, timbul persoalan : Ke mana haluan bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Adakah beliau akan terus kekal jadi beg tinju dalam PAS atau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut?

Mengenali Nasharudin yang sentiasa memegang prinsip, beliau tidak mungkin keluar parti dan perkara ini sudah ditegaskan ahli parlimen Bachok sebelum ini ketika desas desus beliau akan dipecat dari parti
ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak menyenangkan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.

Nasharudin tidak mungkin meninggalkan parti dan tidak mungkin menyertai UMNO –itu ramalan yang selamat.

Namun siapa tahu kemungkinan beliau dipecat sebagai ahli PAS pula selepas ini.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diertikan bahawa beliau akan menyertai UMNO kerana pembabitannya tiada kaitan politik sebaliknya dalam konteks agama dan perpaduan.

Buat sementara, beliau pasti memilih kekal dalam PAS walaupun ada kemungkinan parti tidak akan memandangnya walaupun dengan sebelah mata.

Kekal dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu bermakna beliau akan terus jadi modal kritikan pemimpin tertentu PAS yang dikenali geng Anwarinas kerana condong memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi Nasharudin sudah menegas bahawa perjuangan mendaulatkan Islam akan diteruskan dan beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mengutamakan perkara itu.

BACA SETERUSNYA KLIK

Komen MKP : Nik Aziz sanggup mengadai Kalimah allah dengan bertemu Paderi Di Pulau Pinang,Tapi nasib Nasha tidak dipedulikannya.

Monday, January 28

AKHIRNYA NASHA KECUNDANG JUA DITANGAN ANWARINAS DIDALAM PAS......?


Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS. AD


Sunday, January 27

NASHA TIDAK MELATAH DENGAN PROVOKASI GAMPANG PAS.......?


Walaupun dihentam pelbagai pihak berikutan penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri ke Gaza namun bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa tidak melatah.

Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.

Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya.

Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.

"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.

"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.

Thursday, October 11

Nasharudin Cabar Majlis Syura



Sahih dan jelas sekali, para pemimpin PAS dari kalangan Anwarinas masih lagi mempunyai perasaan dendam dan curiga terhadap bekas Timbalan Presiden mereka sendiri sekalipun 9 September lalu Majlis Syura PAS telah memutuskan untuk tidak memanjangkan polemik kedudukan Nasharudin Mat Isa dalam parti. 

Apabila Nasharudin masih berterusan mempertikaikan dasar songsang parti termasuklah yang terbaru mengecam sikap PAS tika ini yang terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam, ia bagaikan satu peluru baru bagi golongan Anwarinas untuk melancarkan semula perang menentang bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Wednesday, October 10

Nasharudin Mat Isa Apa Dah Jadi?


Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.

Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertas kerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.

Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.

Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.

Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).

Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.
seminar-03
Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.

Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya yang kontrovesial ini.     
BACA SETERUSNYA                                      

Wednesday, September 12

KERANA NASHA PEMUDA PAS TURUNKAN PAPAN TANDA?

PAS tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kritikannya terhadap DAP dan Karpal Singh dalam isu hudud.Akan tetapi Puak Anwaris dah mula tunjjuk belang dengan protes dalam diam....

Seimbas lalu seakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sudah boleh bernafas lega setidak-tidaknya untuk beberapa ketika selepas meraih kejayaan tersendiri dalam pengelutan sengit berdepan dengan cubaan kumpulan Anwarinas yang mahu menyingkirnya dari PAS.

Tanggal 9 September yang awalnya dianggap bakal menamatkan riwayat politik Nasharudin dalam PAS semacam sudah berubah rentak menjadi tarikh yang maha sial pula untuk kumpulan Anwarinas yang diketahui umum amat memusuhi Nasharudin sejak 4 tahun lalu.


Monday, September 10

GOLONGAN ANWARIS KECEWA NASHA KEKAL


Sudah tentu golongan anwaris kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat malam semalam untuk mengekalkan ‘dalang kerajaan perpaduan dengan UMNO’, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli PAS. Keputusan ini jelas tidak mengikut kehendak ahli PAS diperingkat akar umbi yang mahu melihat Nasharudin di pecat.

Sekurang-kurangnya 2 kumpulan besar dalam PAS yang masing-masing diketuai Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Datuk Husam Musa, telah menyatakan kekecewan masing-masing berhubung dengan keputusan tersebut.

Mereka menyifatkan kegagalan Majlis Syura PAS sebagai badan tertinggi parti tersebut mengambil tindakan terhadap Nasharudin, hanya menyerlahkan lagi ketidakupayaan badan itu mengawal tingkah laku ahli-ahli PAS yang bercanggah dengan perjuangan utama parti itu sekarang - negara berkebajikan.

Kenapa Hadi Pertahankan Nasha?


Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan soal kedududukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hadi Awang menyifatkan bahawa soal Nasharudin bukan satu masalah.

Kenapa Hadi Awang tiba-tiba seperti mempertahankan Nasha, berbeza dengan Nik Aziz yang bernada keras terhadap Nasha sebelum ini?

Juga, kenapakah Nik Aziz, yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang bermula pada jam 8.55 malam, meninggalkan bangunan pada jam 9.15 malam?

Jawapannya mungkin berada pada desus-desus dari dalaman PAS yang kedengaran akhir-akhir ini. Sumber dalam mengatakan bahawa Nik Aziz akan "bersara kerana masaalah kesihatan tidak lama lagi" (dibersarakan?), dan Hadi Awang bersama Nasha akan berusaha ke arah penyatuan dengan UMNO. Ada sumber menyatakan bahawa Mat Sabu juga akan "bersara".

Sejauh mana kebenaran desus-desas ini, kita tunggu dan lihat. Tetapi melihat kepada senario semasa yang langsung tidak menyebelahi PAS, aku tidak terkejut kalau ini benar-benar berlaku.

LAPORAN HAPRAKDAILY

Tuesday, August 21

Di Manakah Keadilan Buat Nasha?


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan beliau akan keluar daripada PAS. Penafian itu dibuatnya setelah beliau menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada PAS atas kesalahan dilihat dalam gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Makkah. Najib berada di Tanah Suci kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) manakala Nasharudin pula kerana diminta mengatur pertemuan Najib dan ulama Arab Saudi. Difahamkan, Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan. Mendesak Nasharudin keluar PAS hanya kerana beliau dilihat bersama Perdana Menteri menggambarkan sikap kebudak-budakan pemimpin PAS. Berbuat demikian seolah-olah menunjukkan sikap orang PAS tidak boleh bertemu atau bergaul, apa tah lagi berbincang dengan orang UMNO. Di kampung, taman perumahan, masjid, surau, pejabat, kedai kopi dan sebagainya, orang Melayu bercampur gaul tanpa timbul persoalan orang UMNO atau PAS. Jika mahu melihat orang Melayu dan Islam cepat berpecah-belah, gunakanlah strategi PAS yang melarang mereka bersua mesra.


Friday, August 17

Harami Punya PAS Takut Dengan DAP Rupanya?


Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.


Mengulas mengenai perkara itu pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.

Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.

Saturday, June 4

Nasharuddin Diseru Masuk UMNO.


Kekalahan Nasharuddin sebagai wakil kumpulan ulama juga mencatat sejarah tersendiri selepas 20 tahun apabila jawatan berkenaan kini bertukar tangan kepada pemimpin dikalangan bukan berlatarbelakangkan agama.
Ia juga jelas menggambarkan kumpulan Erdogan yang dilihat menyokong hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno yang dikaitkan dengan Nasharudin.
Keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan gelombang kebangkitan kumpulan Erdogan menguasai sebahagian besar kepimpinan baru parti itu selepas era kepimpinan ulama sekitar 80an.
Daripada 23 senarai kepimpinan baru PAS bagi sesi 2011/2013, hanya lapan daripadanya adalah dikalangan golongan ulama.
Ia sekaligus mencatat sejarah apabila kepimpinan ulama ditolak oleh perwakilan PAS yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses pengundian yang berlangsung pada Jumaat.
Penguasaan kumpulan Erdogan dilihat begitu ketara pada peringkat kepimpinan tertinggi apabila jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga pemenang jawatan naib presiden dimenangi oleh kumpulan berkenaan.
Mohamad Sabu, seorang aktivis PAS yang dilihat mendapat sokongan daripada penyokong kumpulan Erdogan berjaya dalam percubaan kali keduanya bagi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 420 undi menewaskan penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa yang hanya mendapat 224 undi.
PAS telah lari dari erti perjuangan sebenar penubuhannya setelah berkerjasama dengan PKR dan DAP rela menjadi kuda tunggangan DAP 
Ayuh Nasharuddin apa tunggu lagi pintu untuk menjadi ahli UMNO pasti terbuka luas.Pemimpin muda yang bakal mengegarkan apabila bersama UMNO.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive