Showing posts with label umb. Show all posts
Showing posts with label umb. Show all posts

Friday, September 27

VIDEO MELETOP DARI @KhairyKJ BUAT @TunFaisal....


Jawatankuasa Pemilihan UMNO perlu menghayati pindaan perlembagaan parti itu dan bukan mentafsirkannya bagi tujuan menghalang pemimpin daripada bertanding.

Matlamat asal pindaan pelembagaan itu adalah untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang demiokratik dan dinamik yang mahu menggalakkan pemimpin berwibawa menaiki hierarki parti dan bukan menjadi penghalang.

Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan nama kerana dikatakan tidak cukup kelayakan!! Hanya kerana tidak menjadi AJK di bahagian sepenggal sedangkan Jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah Heriaki yang lebih tinggi dari AJK bahagian.

Jawatankuasa berkenaan sepatutnya menggalakkan pertandingan dan bukan mentafsir pindaan itu hingga menyebabkan pemimpin tidak dapat bertanding.

Tun Faisal sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi oleh jawatankuasa terbabit mengapa namanya telah digugurkan. Kenapa jadi begitu sedangkan hanya 2 calon MT sahaja digugurkan.

Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO juga telah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebelum menghantar borang pencalonan tempoh hari.

Setelah pasti beliau layak, Tun Faisal berkata, barulah borang pencalonan dihantar yang sekali gus menafikan bahawa nama beliau digugurkan kerana tidak menghantar borang pencalonan.

Semangat pindaan Perlembagaan yang digubal pada 2009 adalah meletakkkan syarat minimum bagi membolehkan pemimpin bertanding.

Syarat minimum,termaktub bahawa ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, tetapi ia tidak konsisten jika AJK bahagian satu penggal lebih diiktiraf daripada exco Pusat.

Sekurang-kurangnya jawatan di peringakat Pusat hendaklah lebih atau sama kewibawaannya dengan jawatan di peringkat bahagian kerana di bahagian pemilihan dibuat oleh cawangan, manakala di Pusat pemilihan oleh perwakilan bahagian dari seluruh negara.

Tapi MKP pelik jugak dengan syarat bagi calon Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang berstatus Naib Presiden hanya meletakkan syarat menjadi ahli UMNO selama tiga tahun, iaitu jawatan yang lebih tinggi daripada MT.

Ahli biasa boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda, adalah pelik jika Exco Pemuda tidak layak bertanding jawatan MT.


MKP Ayat Sempoi : Kalau ada rezeki takkan kemana, Cabaran itu mematangkan kita....

Tuesday, September 24

CALON INI PERLU DIUNDI UNTUK AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO......... @TunFaisal #TF4MT @KhairyKJ @NajibRazak


UMNO senantiasa memerlukan peralihan Generasi dan kemunculan pemimpin muda.Adalah penting untuk mengabungkan pemimpin muda ini dengan yang berpengalaman. Ianya bukan menjadi kemestian akan tetapi perlu berubah demi meremajakan UMNO dimasa akan datang.

UMNO dilihat parti tua dan imej ini harus dikikis....! Perlu ada juga pemimpin yang proaktif dilaman media sosial. 

Pada PRU-13, peningkatan jumlah pengundi muda cukup memberangsangkan. Sebanyak 19 peratus (dua juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (tiga juta) belia berusia antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.

Trend anak muda sekarang adalah mendapat maklumat melalui media sosial seperti Laman twitter..Cuba lihat sekeliling kita. Anak muda yang sekarang berada di tingkatan empat semuanya ada Smart Handphone. Mereka ini adalah bakal pengundi pada PRU-14 nanti. PM dah bagi "hint" pada semua semasa lawatannya ke Silikon Valley melawat ibu pejabat Twitter tapi kalau masih lagi tak faham susahlah..

MKP bukan nak mengampu Tun Faisal nie, Kadang-kala kami juga bertekak dan tidak sependapat didalam beberapa isu dibangkitkan dilaman sosial. Tapi itu sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia tidak semestinya sempurna dari semua segi. MKP pecaya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

Video ini membuktikan segala-galanya.

Thursday, June 13

FACEBOOKER PENANG KAKI SONGLAP MEROYAN PADA UMB pasca #PRU13 - @TunFaisal @KhairyKJ @NajibRazak


Pada mulanya MKP malas nak melayan Langau Musibat yang ada di Pulau Pinang. Entah kenapa tiada angin serta ribut asyik menghentam UMB dan Tun Faisal? Mungkin tak puas hati kot?

Pada fikiran MKP mereka berdua ini tak ubah seperti ORANG TUA TAK SEDAR DIRI. Jika mahu kerja anda diiktiraf oleh pucuk pimpinan UMNO Pulau Pinang buatlah kerja yang boleh membantu UMNO Pulau Pinang serta langkah kerja mestilah nampak hasilnya.


Semasa kempen PRU-13 yang lalu Musibat 2 ekor nie diberikan tugasan oleh seorang ADUN UMNO yang bertanding di Pulau Pinang, Kerja mereka ini tidaklah susah mana pun hanya Up-date Facebook Program serta aktiviti Adun itu sahaja. Itu pun hanya tempoh berkempen.

Namun akhirnya ADUN berkenaan tertipu dengan madah berhelah Musibat 2 ekor ini. Dah lah wang dikebas malah kerja langsung tak buat.

Itu baru sedikit saja didedahkan!!!! Ada lagi banyak karenah/onar yang telah dibuat pada pemimpin lain MKP simpan dulu buat seketika...

Yang peliknya salah seorang dari mereka adalah anak kepada ADUN WANITA UMNO Pulau Pinang yang bertanding akan tetapi tidak membantu Emaknya. Anak seperti ini boleh digelar sebagai MUSIBAT. Yang penting baginya adalah wang dikejar untuk memenuhkan poket sendiri.

MKP tidak mendedahkan nama mereka buat seketika namun bila sampai masanya MKP akan londeh semuanya.
1. UMB adalah jentera parti di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Ia bukan berada pada satu tahap yang sama dengan sebarang Biro Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jentera Penerangan Pusat, tetapi merupakan hanya sebahagian kecil daripada Jentera Penerangan Pusat. Atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO, ada had dan batasan dari segi operasi dan peruntukan. UMB bukan pasukan blogger bebas yang boleh bertemu dengan mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan Negeri melainkan selepas melalui heirarki parti. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kelulusan beroperasi di dalam PRK diluluskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMB perlu bergerak melalui Ketua Penerangan UMNO selepas mendapat izin dan laluan daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ini merupakan format yang dilalui oleh UMB sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai sehinggalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. 
2. Berdasarkan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi biro, sekretariat dan unit dalam PPUM masih kekal dan berkuat kuasa sehingga pemilihan parti. 
3. Berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan para blogger dan cybertroopers sebelum mereka menyertai UMB, selepas operasi terakhir, iaitu PRU-13, semua blogger dan cybertroopers UMB TIDAK LAGI terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh UMB. Mereka bebas memilih untuk terus bersama UMB atau untuk menjadi blogger dan cybertroopers bebas seperti status mereka sebelum menyertai UMB.  
5. Sebagai blogger dan cybertroopers bebas, adalah tidak adil untuk saya dan UMB  menyekat mereka daripada menyuarakan pandangan mereka. Atas status BEBAS mereka ini, maka UMB dan saya tidak akan bertanggung jawab sama sekali dengan sebarang tulisan, kenyataan dan pendekatan mereka. 
6. Namun begitu, sekiranya terdapat operasi khas, misalnya himpunan Black-Out dan PRK yang memerlukan bantuan mereka, mereka akan dipanggil semula untuk membantu UMB dan BN. UMB akan mengambil mode ad-hocracy mulai hari ini.
 http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/umb-pasca-pru14-anda-blogger-dan.html

MKP Ayat Sempoi : Tun Faisal dah bagi "Green Light". Bukan SUSAH nak LONDEH.....SEMUDAH A,B,C....BUDAK TADIKA PUN RETI.....



Saturday, March 16

@unitmediabaru TUNJUK KEKUATAN DISAAT AKHIR @tunfaisal @razlanrafi


Ellena Zainal menunjukkan aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' pada telefon pintarnya selepas dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sempena majlis Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Himpunan ini dihadiri oleh semua pengiat media siber dibawah payung UMB diterajui oleh Tun Faisal Ismail Bin Ab Aziz. UMB mengumpulkan kesemua ahlinya seramai hampir tujuh ratus peserta dari seluruh negara.

Turut hadir ialah penceramah jemputan dari Biro Tatanegara YM Datuk Raja Arif Raja Ali yang memberikan kupasan tentang Gagasan 1Malaysia.

Beliau turut mencabut undi untuk peserta yang bertuah yang mendapat hadiah basikal dan juga motorsikal Naza Motor.

Akhir program semua peserta melaungkan sorakan semangat dipimpin oleh Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Bin Ab Aziz.


Sunday, August 26

HUDUD HANYA MAINAN PAS BILA PILIHANRAYA.

HUDUD bergema lagi,sama jugaklah apabila kita semua menyambut hari raya semestinya ada lemang dan ketupat serta rendang.Isu hudud ini muncul bila kita berada diambang pilihanraya.Apa yang cuba dimainkan oleh PAS ini bakal memenangkan mereka lagi di Kelantan dan Negeri Utara tanahair.Taktik PAS supaya menampakkan mereka mampu melaksanakan undang-undang ISLAM. Padahal semuanya hanya hangat taik ayam. Apabila selesai PRU 13 ianya akan berakhir dan sunyi tanpa penyelesaian.

Tujuannya adalah supaya menampakan PAS dan DAP bergaduh dimata ahli PAS diakar-umbi demi meraih undi simpati.Ianya dihangatkan dengan jawapan dari Karpal Singh. Ayat paling sempoi kita dengar ialah "Langkah mayatnya dahulu".Pemimpin PAS berjaya menipu ahlinya.Apa nak buat Ahli PAS akar-umbi semuanya bodoh dan jumut..Biarlah Mat Sabu terjun dengan labunya...... 

Hukum hudud boleh dilaksanakan sekiranya semua lapisan masyarakat di negara ini bersedia menerima pelaksanaannya, kata Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Tun Faisal Ismail Aziz. 
Beliau berkata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menumpukan kepada beberapa perkara yang diberi keutamaan, sebelum melaksanakan hukum hudud di negara ini hanya membuktikan kebenaran yang sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Thursday, March 8

YUSMADI KENA BALUN DENGAN SAIFUDDIN DAN TUN FAISAL.


Malam tadi tepat jam 10.00 malam satu agenda perbincangan yang bertajuk debat telah dihadiri oleh YB Dato Saifuddin Abdulah MP Temerloh, YB Yusmadi Yusof MP Pkr Balik Pulau dan Pengerusi UMB Saudara Tun Faisal IsmaiL.

Ternyata dan jelas menunjukkan Yusmadi telah dipersekolahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi yang seolah-olah seorang guru tingkatan 6 sedang mengajar subjek Pengajian Am kepada Yusmadi yang akan menduduki peperiksaan STPM 2012. 

Tun Faisal dan Yusmadi bukan kali pertama bertemu di Awani tetapi sudah banyak kali berdialog dalam 501, antara tajuk yang pernah mereka bincangkan ialahInternet antara tapisan dan kemajuan. Oleh itu Tun hanya memberi pukulan smash sahaja tanpa banyak berhujah.

Yusmadi menyuarakan bahawa debat menjadi asas yang awal dalam sistem demokrasi moden yang dianjurkan oleh Julius Caesar.

Yusmadi lupa bahawa debat sememangnya wujud dalam Malaysia cuma Yusmadi lebih menjuruskan kepada debat terbuka. Yusmadi juga menyatakan bahawa debat baik untuk melihat keupayaan dan kebijakan sesesorang. 

Jadi, selama ini Yusmadi bukan lah seorang yang bijak kerana beliau tidak berdebat dalam dewan rakyat. Boleh check lah berapa kali Yus bangun untuk berdebat. Yus lebih syok kalau masuk Astro Awani dari dalam dewan.TM



MKP Ayat Sempoi ; Kali nie biaq la orang Balik Pulau terus sedaq dan tak mengundi Yusmadi bengap nie.Dia menang pun cuma 700 undi saja.Cakap pandai tapi kawasan sendiri balik dua tiga bulan sekali.........

Wednesday, October 5

Lagi-lagi UMB?



Whizzekid ada terbaca pasal UMB Sarawak dipertikaikan kewujadnnya di alam politik zaman sekarang.
Kenapa nak pertikaikan perkara yang baik?Daripada membuat cerita yang bukan-bukan pasal UMB,baik kita perbaiki segala kekurangan.
Apalah yang mereka ni nak buktikan?Nak buktikan orang luar lebih bijak dan boleh “take over” UMB?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive