Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.
Satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi!
Sudahlah kena halau, pihak plantif juga akan menuntut daripada defendan gantirugi yang ditaksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah.
Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi pihak mereka.
Inilah bala petaka yang menimpa orang-orang Melayu sejak pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR di Pulau Pinang. Sepatutnya Timbalan KM Pulau Pinang, Dato' Mansor, YB Abd. Malek (ADUN Batu Maung) Speaker DUN, Dato' Abd. Halim dan ADUN tunggal PAS, Ustaz Salleh Man bangkit dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang ini.
Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu.
PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam.
sumber : FB Nurul Nizam
No comments:
Post a Comment