Wednesday, November 7

TOKONG CROCKY EROGAN GUNAKAN 8.5JUTA PROMOSI DIRINYA....?

Celaka punya Tokong Crocky Erogan Ah-Beng gunakan duit rakyat pulau pinang untuk promosi dirinya sendiri.....

Buletin Mutiara terkenal dengan segala macam bentuk propaganda haprak pakatan menyerang BN secara halus dan menjadi alat pembohongan Lim Guan Eng yang gila kan publisiti ,populis dan credit hunter.





Adun Umno Seberang Jaya, Ariff Shah Omar Shah, hari ini mendedahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sejumlah RM8.5 juta untuk menerbitkan Buletin Mutiara.

Dari tahun 2008 ke 2012, sebanyak 11 juta naskah telah dicetak untuk tujuan mempropagandakan DAP serta melanjutkan agenda peribadi Lim Guan Eng.

Katanya, pelaburan baru dan semula ke Pulau Pinang untuk tempoh Januari-Julai tahun ini adalah tidak melebihi RM1.7 bilion dan berita ini amat menyedihkan untuk rakyat Pulau Pinang.

"Ini soalan saya dan sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Dulu dia bangga dengan pencapaian pelaburan sebanyak RM12 bilion pada 2010. Sekarang (Januari-Julai) tidak lebih RM1.7 bilion," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini, Arif Shah menyuarakan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan di bawah Guan Eng kerana gagal memberi jawapan kepada soalan-soalan yang diajukan.

"Saya berasa amat kecewa kerana tidak terima lagi jawapan soalan dewan sampai hari ini. Tanpa maklumat, perbahasan tidak dapat dilakukan kerana ia seharusnya berdasarkan fakta," katanya.

Arif Shah turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang memboroskan wang rakyat untuk penerbitan Buletin Mutiara demi kepentingan politik dan mempromosi parti masing-masing.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive