Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts

Wednesday, April 3

VIDEO : MAT SABU DEDAHKAN LIM GUAN ENG NAK JADI YD AGONG..........? #Vote4BN


Bukan MKP kata tapi video nie mengesahkan segala-galanya. Mat Sabu adalah orang kepercayaan Lim Guan Eng. Mat Sabu telah diberi imbuhan bermacam-macam oleh DAP gajinya melebihi 20ribu sebulan. Itu baru gaji tak termasuk Elaun dan bermacam-macam lagi.

Seperti ungka di tengah-tengah hutan yang seronok melihat pokok hujan, maka pencacai-pencacai Pakatan sekaliannya pun bersahut-sahutanlah, membenarkan kata-kata Mat Sabu. 

Mat Sabu sekadar pencacai yang menjalankan perintah tuan besarnya. Mat Sabu tidak bercakap atas kapasitinya sendiri. Rancangan Tuan Besarnya perlu dijaga dengan sebaik-baiknya bagi menjayakan matlamat memastikan Melayu dan Bumiputera kehilangan terus kuasa politik di negara ini.

Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.

Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

DAP dah merancang supaya Mat Sabu akan membuat kacau bila Pakatan Kalah pada PRU-13...





Friday, December 21

BENGAPNYA MAT SABU STADIUM MERDEKA HANYA MUAT 20K NAK SUMBAT MANA SELEBIHNYA #KL112


Mat Sabu mungkin bakal dilanggar kali kedua pada bulan depan ekoran Mat Sabu dinobatkan sebagai “Pengarah Himpunan Huru-Hara Pakatan Haram” yang bakal berlangsung pada 12 januari 2013..

Tapi sebelum tue mari kita imbas kembali kejadian #MENIPUMATSABUN pada BERSIH2.0.Drama terbaik penipuan oleh Pemimpin PAS haram jadah nie...Munafik nak mampus tapi MKP kesian pada pengikutnya yang kena kencing diatas kepala oleh Mat Sabu...

Sunday, December 16

MAT SABU SOKONG LGE JADI PM KE-7 MALAYSIA....?


Dua pemimpin tertinggi PAS hari ini berdolak dalih dan enggan mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali masing-masing memberi jawapan samar bila ditanya sama ada PAS berkongsi pendirian dengan DAP yang mahukan Anwar mengisi jawatan itu.

Monday, October 29

MAT SABU SOKONG WARGA SYRIA DIBUNUH......SYIAH?



Syria terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria.

1. Berapa jumlah mangsa terkorban di Syria?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 7,500 orang terbunuh sejak bermulanya revolusi anti-Assad pada Mac lalu.


Thursday, October 11

Dasyatnya Malam Jumaat


Malam nie malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. 


Wednesday, October 10

MAT SABU MASIHKAH KAU INGAT KETIKA INI?


Mat Sabu telah mencipta rekod Malaysia apabila terkena sindrom tak ingat atau mudah lupa....Allah tue maha adil dan saksama beb...Apa yang telah dibuat dan mengata kepada orang nescaya pasti ada balasannya.Jika sebelum ini semasa ceramahnya Mat Sabu pernah mengatakan Ayahanda Tun M Mudah lupa dan nyanyuk kerana usia yang lanjut dan kini umpama meludah kelangit jatuh kahak yang hijau kemukanya sendiri....

Tuesday, October 9

Mat Indera Mengaku Dirinya Komunis.


Penyunting buku 'Berdialog Bersama Chin Peng', yang diterbitkan pada 2004, Dr Karl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis.

Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit kepong, Johor pada 23 Feb 1950.

Mat Sabu Beri Jawapan Dolak-Dalik.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menyokong serangan yang diketuai oleh Mat Indera ke atas 'pihak polis British' di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung kejadian serangan tersebut.

FIROZ: Dari segi ucapan (di Tasek Gelugor di sini pada 21 Februari 2009) yang diberikan oleh kamu, adakah kamu bersetuju bahawa kamu menyokong serangan ke atas Bukit kepong yang diketuai oleh Mat Indera....

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.





Monday, October 8

Mat sabu diiringi oleh ribuan ahli PAS kemahkamah

Hari ini adalah hari perbicaraaan Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lalu.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.


Tuesday, August 28

PASANGAN MANAKAH LAYAK KE HAWAII?

Hanya untuk suka-suka mana tau mungkin ini jadi kenyataan.MKP cilok dap FB MediaPJS dan gambar ini telah diedit oleh mereka.LINK GAMBAR Mungkin dengan gambar ini bakal membuatkan mereka meroyan mana tahu ek?hanya sekadar nak cuit sayang diantara blogger dan Facebooker buat mereka....


Thursday, July 12

Mat Sabu Komunis Ajaq Polis Buat Keja?


Mat Sabu jenis suka rembat bini orang dan sokong komunis pulak bersuara pasal kes Amukkan di JPM.Hari ini mendesak kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu.


Spesis yang kena dengan Mat Sabu melalak tak tentu pasal mempertikaikan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada Polis dan badan keselamatan negara.Apa cita diri sendiri pun tak betul apa cer?
Timbalan presiden PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan agar rakyat tahu dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut. “Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut,” kata Mat Sabu.
“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati. “Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini.” Isnin lalu seorang lelaki yang menggelarkan dirinya “Imam Mahdi” mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya."
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan motif sebenar kejadian serangan tersebut. “Sekiranya benar serangan itu ada kaitan dengan gerakan keagamaan, kita mahu tahu gerakan mana yang terlibat kerana kejadian ini amat bahaya dan bukan kes terpencil,”

MKP Ayat Sempoi : Mat Sabu nie mau apa sebenarnya,dulu kecam pejuang bukit kepong nie kes samurai pun sama jugak...Nak publisiti murahan ke?
 

Sunday, June 24

BILA PILIHANRAYA MAT SABU TENGOK AYAQ DALAM DAUN KETAPANG?


Macam-macam spekulasi dibuat menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di ibupejabat UMNO di PWTC,Kuala Lumpur.

Hebohnya bukan main.Malah ada yang kata..'awas mungkin ada pengumuman penting masa sidang akhbar'.

Ikut pemerhati politik jika tidak ada sesuatu pengumuman muncul dari mesyuarat itu petang Jumaat maknanya pilihanraya umum sudah sah tidak akan diadakan sebelum bulan puasa pada 21 Julai seperti hangat diramalkan sebelum ini.

Ini kerana waktu sudah terlalu suntuk untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

Maka dengan ini elok sangat spekulasi terus dialihkan pada waktu-waktu selepas Hari Raya Aidilfitri atau selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini atau hujung tahun atau akhir sekali pada tahun depan.

Lari jauh dari segala spekulasi,mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat berlangsung tidak lama berbanding kebiasaanya.

Ia bermula jam 3 petang dan berakhir 5.30 petang.Biasanya mesyuarat itu berlarutan sampai 6.30 petang dan adakalanya 7 petang.

Lojiknya kalau penting seperti bincang strategi pilihanraya atau soal calon dan perkara-perkara berkaitan tentulah meleret panjang.

Indikasi tiada apa-apa hal penting sangat dirasai bila dalam mukadimahnya semasa memulakan sidang akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memberitahu tentang jumlah terbaru ahli UMNO dan rombongan yang akan diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri MuhyiddinYassin untuk menghadiri mesyuarat agung parti Golkar di Jakarta.

Beliau kemudianya terus membuka sidang akhbarnya untuk soalan-soalan dari wartawan.

Antara yang ingin dikorek wartawan tentulah pasal bila pilihanraya.

Ia berkisar pada desakan pembangkang mahu Perdana Menteri umum awal tarikh pilihanraya dan cadangan agar ia diadakan pada hujung tempoh lima tahun.

Turut berkait ialah soal desakan PAS agar beliau memberi jaminan pilihanraya umum ke 13 tidak diadakan pada musim Haji.

Kalau nak tahu....dalam menjawab semua soalan-soalan itu Perdana Menteri tetap tidak memberi sebarang indikasi langsung bila PRU13 akan diadakan.

Malah Najib secara spesifik berkata beliau tidak akan terikat atas desakan daripada mana-mana pihak supaya tidak mengadakan PRU13 pada musim haji.

Kata-kata itu bukan membawa maskud beliau ada rancangan hendak mengadakannya pada musim haji.

Kepada satu soalan Perdana Menteri membidas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang senang-senang cop beliau berdosa jika tidak memberi jaminan itu.

"Maknanya dia (Mohamad Sabu) lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala orang lain." katanya.

"Kita tak sekat siapa-siapa nak naik haji dan itu mestilah diutamakan,bukan urusan lain termasuk pilihan raya.

"Kalau kita sudah buat ketetapan untuk naik haji, kita wajib teruskan,"katanya

Ditanya apakah beliau bercadang untuk timbang memberi jaminan yang dimahukan PAS itu,beliau berkata ," tak kan kita kena terikat pada desakan PAS atau mana-mana pihak."

Menurut beliau dalam sejarah negara ,pilihanraya pernah sekali diadakan pada musim Haji.

Katanya kalau tidak silap pada tahun 1986.

"Saya tahu ( pewrnah diadakan musim haji)...sebab masa itu salah seorang ahli jawatankuasa bahagian saya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi saya tidak dapat hubungi dia kerana dia sedang berada di Mekah.

"Bila dia balik dia terima hakikat bahawa dia tidak jadi wakil rakyat. Jika dia bertanding, dia pasti menang masa itu," kata Najib.

Apapun menjawab soalan desakan supaya beliau umum awal tarikh pilihanraya,Perdana Menteri menjelaskan tidak ada salahnya beliau 'berahsia' dalam soal itu.

Katanya ia adalah selari dengan perlembagaan negara yang memberi hak kepada seseorang Perdana Menteri yang memegang jawab masa itu memutuskan ' bila-bila masa' boleh menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen tetap tidak lewat dari lima tahun.

Begitu juga kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen Khamis mengenai cadangan pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya sesiapa sahaja boleh menyuarakan pandangan.

"Itu perlembagaan. Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan.

Menurut beliau dibawah peruntukkan perlembagaan sekarang tiada apa-apa yang boleh menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau lambat.AD

Friday, April 6

BERSIH 3.0 DAN 13MAY TIADA BEZANYA?



Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi.    Sedangkan, kerajaan  telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.  

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.  Namun, seperti  juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.  Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos.  Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali. 

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini.   Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.  Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. 

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.  Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih?  Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?  

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?   

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah?   Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.  

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.   Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.  

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.  

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih. 

Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi  bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.  

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.   

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.  Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.  

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.   

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali?   Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut.  Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.   Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.     

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara.   Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….BLUE BEAR....

MKP Ayat Sempoi ;Elok lah tue mat sabu jadi barua?

Sunday, February 19

MAT SABUN MULAKAN KEMPEN TERHADAP DAP LAHANAT?


Mat Sabu nie betul suka kepada DAP dan menyatakan sokongan untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding atas tiket Pas,Apa yang MKP nampak dalam nie adalah provokasi dalam PAS itu sendiri untuk mengagungkan DAP diatas apa yang Mat Sabu dapat dari Lim Guan Eng.Apa yang dia dapat nanti dalam dedahan seterusnya MKP bagitau kemudian.Mat Sabu didalam PAS Pulau Pinang sendiri telah menjadi parasit yang diberitahu oleh ahli PAS sendiri kepada MKP semasa lepak dengan depa pekena nasi kandaq.Perpecahan dalam PAS Pulau Pinang akan lebih ketara lepas nie selepas kenyataan Anwar menyokong Isreal mendapat bantahan dan Demo yang diadakan jumaat lepas.Berikut adalah kenyataan Mat Sabu yang MKP cedok dari AntaraPos.  
Dalam usaha untuk menangani pandangan syak wasangka pengundi bukan Islam terhadap parti itu, Pas , hari ini mengumumkan akan meletakkan lebih ramai calon bukan Islam, profesional dan bekas kakitangan kerajaan untuk menghadapi pillihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bagaimanapun  ketika mengumumkan perkara tersebut, enggan mendedahkan jumlah calon muka baru daripada golongan yang dimaksudkan. 
"Kami dalam proses mendekati dan mengenalpasti calon yang dirasakan boleh membantu Pas dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang. Mereka mungkin golongan muda atau tua dan mungkin juga dari bekas kakitangan kerajaan, bekas tentera dan bekas polis," katanya dalam sidang media selepas majlis forum "Laluan Pas Ke Putrajaya. 
Beliau menambah, sejak 2008, ahli Pas bersikap terbuka untuk menerima ahli bukan Islam kelab penyokong parti itu sebagai calon pilihanraya. 
Bagaimanapun, apabila ditanya samada ia adalah pandangan dari kepimpinan parti, beliau berkata akan sentiasa terdapa 'serangan psikologi' untuk mewujudkan ketidakyakinan di kalangan ahli parti terbabit, namun ianya adalahh sesuatu yang boleh diatasi. 
Mohamad Sabu juga menjelaskan, rundingan berhubung pembahagian kerusi calon pilihanraya antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah 80 peratus sambilmenambah hanya dua atau tiga jerusi di negeri berlainan masih lagi dalam perbincangan. 
"Ini adalah untuk menyatakan bahawa jika parlimen dibubarkan esuk, perkara ini masih boleh kami selesaikan dengan mudah," ujarnya lagi. 
Antara kerusi yang diwakili oleh calon bebas yang bertindak meninggalkan Pakatan dan masih dalam perbincangan adalah seperti Nibong Tebal, Bayan Baru dan Bagan Serai.

Sunday, January 15

Video : 101 Ahli PAS Membuatkan Mat Sabu Meroyan.








Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kenyataan itu tidak benar sama sekali dan tiada bukti menunjukkan ada anggota BNyang dikesan memberi sokongan kepada pakatan itu.
"Dia berbohong dan saya menafikan kenyataan itu. Jika ada sokongan dari pihak BN, saya minta dia tunjukkan senarai siapa orang BN yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang ada pihak dalam BN, termasuk bekas menteri dan menteri, yang menawarkan sokongan untuk menumbangkan BN sekali gus membantu PR menguasai Putrajaya.
Mat Sabu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah, semalam.
Ahmad berkata: "Apa yang diucapkan atau dikatakan oleh Mat Sabu itu tidak boleh diguna pakai. Ia adalah sama seperti mana kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan sedangkan Mat Indera itu merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan itu sudah pun terbukti." - Bernama

Friday, January 6

Mat Sabu Akan Jadi PM Jika #Anwar901Bersalah!!!



Kenapa MKP berpendapat sedemikian?Banyak pandapat yang menyatakan bahawa Nurul Izzah akan mengantikan Anwar apabila beliau didapati bersalah pada 901 nanti.tidak mungkin kerana jika Izzah menjadi penganti akan menjadi persoalan kerana dalam sejarah Malaysia tidak pernah terjadi seorang perempuan menjadi Perdana Menteri.Adakah mereka(DAP/PAS) mahu mengekalkan politik turun temurun dalam keluarga  Anwar sahaja?


DAP tidak akan menjadi PM. Malaysia yang kita kenali merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya sekaligus mengertikannya sebagai sebuah negara ummat Islam. Rentetan dari itu, ketua yang mengepalai Jemaah Menteri juga mestilah individu yang Islam agamanya dan mengetahui hal ehwal agama. Di dalam Islam sendiri, perbahasan Wazir al-Tanfiz dan Wazir al-Tafwidh .Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan kepada Islam maka agama pemerintahnya juga mestilah Islam. Bagaimana seseorang Islam boleh menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang yang bukan dari agama Islam.Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terkeluar dari senarai.


Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang baru sekiranya Dato’ Seri Anwar kalah dalam perbicaraan kes fitnah 2 dan dipenjarakan??Tidak mungkin kerana Hadi lebih cenderong kepada mahu berdamai dengan UMNO.Masihkan ingat dahulu Hadi pernah berpendapat Kerajaan Perpaduan bahawa demi kebaikan umat Islam lebih baik PAS berdamai dengan UMNO.Pastinya Anwar tak senang duduk jika memberikan kepada Hadi Awang.Nik Aziz Pulak lebih kepada masaalah usia dan kini sering sakit dan telah uzur,MKP rasa tidak mungkin Nik Aziz>>>>>> 


Mat Sabu adalah calon yang paling sesuai dengan sikapnya lebih rapat dengan DAP/PKR dan setia dengan Anwar kerana mereka nie lebih kurang sama aja.Masalah moral pun nak kata lebih kurang dan asalnya pun sama dari Pulau Pinang .Adakah pembaca setuju jika ada pandangan lain sila berikan komen............................................!!!!!!!

Wednesday, December 28

Koyak Melayu Gara-Gara Mat Sabun!!!



Suatu petang aku bicara dengan pekerja ku warga Indonesia, Herman “Melayu Malaysia ternyata aneh ya Pak. Masa melayu komunis bisa dianggkat sebagai pahlawan. Malahan yg mengangkat itu agamawan lagi katanya”

Aku menjawab “Biasalah dalam politik. Namanya mahu menang pilihanraya maka semua pun dibohongi asalkan boleh menang undi Cina”

Herman > “di Indonesia pun bangsanya lagi gemar berpolitik pak. Malahan di sana lagi besar demonya Pak dan lagi banyak orpol dan parpolnya. Namun tidak pernah ada yg kekeliruan dalam membicarakan kebejatan komunis. Saya jamin kalau ada orang seperti agamawan Malaysia itu di Indonesia, pasti sudah dipenggal kepalanya oleh penduduk kampung”.

“Mungkin keadaan di Indonesia dan Malaysia berbeza” kataku lagi.

Herman: “Ampun pak, harap jangan kecil hati ya. Tapi pandangan bapak itu salah. Bangsa Indoesia juga pernah ada Partai Komunis seperti Malaysia. Malahan lebih parah lagi. Semua bangsa Indonesia tahu apa itu Komunis dan apa maunya pak. Itu makanya bangsa Indonesia pengkhianat komunis tiada ampunnya lagi. Malahan Bung Karno yg agung menentang Belanda itu langsung saja tumbang kerana kebergantungannya pada Komunis. Jika di Malaysia ada Mat Indera yg picisan itu, di Indonesia kami ada Dipa Nusantara yg tinggi tingkatnya. Itupun langsung dibunuh saja. Tidak ada siapa di Indonesia bakal menyanjung Dipa sebagai perwira Indonesia”.

Jika penyokong PAS/PKR membaca buku Sejarah, mereka patut boleh melihat persamaan pergerakan Komunis di Malaysia dan Indonesia. Contohnya, Partai Komunis Indonesia (“PKI”) dan Parti Komunis Malaya (“PKM”) ditubuhkan atas arahan Communist International atau Comintern yg dipengaruhi oleh Rusia. Keduanya menggunakan alasan yg sama sebagai alasan penubuhan iaitu perjuangan menentang Penjajah. Malahan jika benarlah komunis Melayu itu patut disanjung, maka Melayu Indonesia berhak melakukannya terlebih dahulu kerana berbeza dengan Malaysia, PKI di Indonesia adalah didominasi oleh orang Melayu islam malahan Ketua Umum Pertama PKI juga adalah seorang Melayu iaitu Semaun Prawiroatmodjo. Lebih hebat lagi, Semaun ini merupakan ahli kumpulan Sarekat Islam.

Anda tentu tidak percaya jika diberitahu bahawa PKI Indonesia merupakan serpihan daripada Sarekat Islam, bukan? Tapi itulah hakikat lucunya. Parti yg akhirnya banyak merusak keamanaan bangsa Indoesia itu adalah berasal dari Sarekat Islam. Jadi PKI itu adalah pergerakan orang melayu indonesia .. beragama Islam lagi. Jadi kenapa Komunis Indonesia yg majoriti anggotanya melayu islam itu (berbeza dengan PKM yg didominasi cina) akhirnya dibenci bangsa Indonesia? Jawapannya mudah. Kerana jalan komunis yg dilaksanakan PKI itu keterlaluan jahat. Dalam siri pembunuhan yg dilakukan oleh PKI sekitar tahun 1948, PKI yg dipimpin melayu Indonesia bernama Muso Manowar melaksanakan Modus operandi mendatangi rumah2 penduduk dan memaksa setiap laki-laki dan perempuan yang berusia 15 tahun ke atas menjadi anggota PKI dengan yuran Rp 0,10. Sesiapa yg menolak maka kelak dibunuh. Sudah tentu yg paling menolak itu adalah para kiai dan murid2 sekolah agama. Akibatnya mereka juga dibunuh. Malahan sungai2 di Madiun menjadi merah oleh karena darah para kiai dan santri yg dibunuh itu. Peristiwa pembunuhan tokoh ugama ini diingat oleh bangsa Indonesia sebagai Peristiwa Madium.

Aksi berikutnya pada tanggal 13 Januari 1965 sekitar pukul 04.30 subuh, lebih kurang 3,000 anggota PKI yg dipimpin Ketua pengurus cabang Pemuda Rakyat (PR) Daerah Kediri, Soerjadi, mengadakan teror dengan melakukan penyerbuan di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur. Mereka melakukan pemukulan dan penganiayaan terhadap para kiai dan imam masjid serta merusak rumah ibadah, bahkan menginjak-injak Kitab Suci Al Quran. Mereka berteriak “Ganyang santri!”, “Ganyang Masjumi!”, “Ganyang Sorban!”, “Ganyang kapitalis!”, “Ganyang Kontra Revolusi!”, “Dulu waktu peristiwa Madiun besar kepala, kini rasakan pembalasan!”.

Berdasarkan sejarah PKI di Indonesia, dapatlah disimpulkan di sini bahawa orang melayu Islam pun boleh menjadi gelap mata apabila sudah dibutakan hatinya oleh pergerakan komunis di masa itu. Di Indonesia pergerakan komunis bukannya didukung oleh orang cina, sebaliknya kesemua pemimpin PKI yg menjadi dalang dalam kekejaman adalah orang melayu. Oleh itu tidak hairanlah Mat Indera yg dikatakan hafiz Quran itu pun tergamak membiarkan rakan2 komunisnya membunuh wanita melayu dan anaknya yg berumur empat tahun semasa serangan di Bukit Kepong.

Walaupun sejarah Indonesia masih mengakui peranan awal PKI yg didukung oleh bangsa melayu dalam penentangan terhadap Belanda, namun bangsa Indonesia sama sekali tidak akan sanggup mengiktiraf melayu2 komunis ini sebagai pahlawan. Begitu bencinya mereka pada komunis sehinggakan pada tahun 2001, ribuan penduduk Kaloran, Temanggung, Jawa Tengah bertindak menghalang usaha menguburkan tulang belulang anggota PKI yang dibantai pada 1965. Mereka enggan membenarkan tulang belulang anggota PKI itu dikuburkan di daerah mereka kerana dendam mereka kepada komunis.Pembantaian 1965 berlaku selepas PKI membunuh 6 jenderal Indonesia dalam cubaan untuk melakukan rampasan kuasa. Pihak tentera yg diketuai oleh Jeneral Suharto segera membalas dengan menangkap dan membunuh anggota2 PKI. Akibat oleh dendam kepada PKI terutamanya pembunuhan ahli-ahli agama oleh PKI pada di desa Kanigoro, Kediri, Jawa Timur, rakyat biasa turut turun tangan membantai kesemua anggota PKI. Kelompok2 pemuda dari organisasi2 muslim barisan Ansor NU dan Tameng Marhaenis PNI membalas dendam di Jawa Tengah dan Jawa Timur sehinggakan Sungai Brantas di dekat Surabaya menjadi penuh mayat2 anggota PKI sampai di tempat2 tertentu sungai itu “terbendung mayat”. Di pulau Bali, yg sebelum itu dianggap sebagai kubu PKI, paling sedikit 35,000 PKI menjadi korban di permulaan 1966.

Jika kita lihat apa yg berlaku di Indonesia, ternyata bahawa kebinasaan yang berlaku akibat kewujudan pergerakan komunis adalah adalah sangat dekat sekali dengan sejarah negara kita. Darurat Tanah Melayu berlaku bermula pada 1948 iaitu tahun yg sama komunis di Indonesia membunuh orang awam dan ahli agama dalam tragedi Madium. Dua tahun selepas pembunuhan di Madium, komunis di Malaya pula menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong. Namun kita di Malaysia masih bernasib baik kerana berkat jasa anggota keselamatan kita, darurat akhirnya tamat pada 1960. Indonesia tidak mempunyai nasib sebaik kita. Pembunuhan massal oleh Komunis masih lagi berterusan sehingga 1965 disusuli oleh rusuhan dan pembunuhan balas dendam ke atas Komunis pada 1965 dan 1966.

Jadi kenapa masih ada di Malaysia yg tidak bersyukur dengan nasib kita yg sebegitu baik? Tidak kah kita menyedari bahawa sekiranya Allah mengizinkan, maka boleh saja DIA menterbalikkan nasib antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu? Dan tidakkah PAS terfikir bahawa jika saja apa yg berlaku kepada ahli agama di Madium, Indonesia pada 1948 itu berlaku di Tanah Melayu, maka yg menjadi mangsa pembantaian komunis sudah tentulah kesemua ahli2 parti PAS sendiri? Di Indonesia, anggota PKI yg sudah tinggal tulang pun masih tidak dibenarkan dikubur oleh penduduk. Di Malaysia pula anggota PKM yg membunuh orang melayu lelaki dan wanita pula hendak dijulang sebagai perwira negara.

Malu .. Malu .. Malu .. Malu .. Maluuuuuuuuuuunya… Terus terang pekerja Indonesia saya itu mengatakan bahawa sekiranya Mat Sabu atau penyokong2nya cuba memainkan isu ini di Afghanistan atau Chechnya, maka sudah kepala mereka sudah dipenggal. Malahan tidak keterlaluan jika akan wujud pula seruan jihad membe
nteras kesemua penyokong PAS/PKR/DAP. Jadi tiada guna PAS dan PKR cuba memusing peranan Mat Indera dalam Komunis kerana orang2 Afghan dan Chechnya juga pernah menghadapi ‘Mat Indera’ mereka sendiri semasa perang Afghanistan dan perang Chechen. Inilah barua2 yg membelot kononnya demi kepentingan Negara namun akhirnya mati dimaki bangsa sendiri.

Wednesday, December 7

Mat Sabu Disanjung Oleh Penyokong Bingai.


Satu banner telah dinaikkan untuk menyokong Mat Sabu.PKR Cabang Tasek Gelugor.Adakah penyokong ini bijak atau kurang cerdik ?sama-sama kita renungkan.Badan Mat Sabu memang gemuk, terima kasih dengan mulut longkangnya yang menyumbang kepada kegemukkan itu. Baik dari sudut mana sekalipun, PAS tidak setanding dengan komponen lain dalam Pakatan, apatah lagi dengan UMNO.  Baik dari segi jumlah kerusi parlimen dan DUN mahupun negeri yang diperintah, PAS adalah dikedudukkan paling kodi.  Negeri yang diperintah pun masuk kategori miskin, papa kedana dan sering dilaknat tuhan dengan bala bencana yang pelbagai.


Dari segi kelayakan pun begitu jugak.  Mat Sabu asalnya adalah pelajar ITM yang tecicir kerana sibuk berdemonstrasi daripada menghabiskan pengajian sedangkan TPM lulusan Universiti Malaya dan sudah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sejak berusia 29 tahun.


Molek rasanya kalau Mat Sabu berdebat dengan pakar sejarah, seperti mana saranan TPM.  Berdebat dulu dari segi faktanya sebelum berdebat dengan TPM dari segi politiknya.  Ini bukan isu politik pun tapi isu sejarah.  Apa pun yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah berdasarkan pertimbangan politik bukan pertimbangan fakta.



Negara ini akan jadi bahan ketawa orang kalau sejarahnya berubah ikut parti mana memerintah.  Dimana-mana dalam dunia pun tidak pernah berlaku yang sedemikian dan Mat Sabu sedang merintis jalan untuk menjadikan negara ini sebagai bahan lawak antarabangsa.Oleh itu janganlah dipilih pakat-pakat ini memerintah negara.

Di zaman moden ini, komunis pun sudah langsung tidak seperti komunis dizaman yang menjadi sanjungan Mat Sabu dan kenapa Mat Sabu mahu melawan arus dengan menghidupkan semula fahaman komunis adalah satu tanda soal yang besar kepada kita semua.

Apa pun bila mana kita berharap kebodohan itu berhenti setakat mana dibuktikan bersalah.Tidak cukupkah dengan beratus laporan polis yang dibuat ke atasnya dan insiden dihalau dari bertemu dengan keluarga salah seorang yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepung?

Thursday, November 10

Mat Sabu hina YB Zulkifli Noordin



mat sabu ketika berucap di majlis makan malam bersempena sambutan pas 60 tahun di bukit katil melaka.Apa cerita ni Mat Sabu!!! Cerminlah muka sendiri dulu.. hang tu dah lah mengaji tak tinggi.. Sibuk nak hina orang pulak.. Hang berjubo dengan bini orang tu kira HINA ke tak?Mempertikaikan Pejuang Kemerdekaan tu HINA ke tak? Sudah-sudahlah Mat Sabu Oiiii.. Balik rumah pi tengok cermin naa....Ni meh aku habaq kat hang.. Aku tunjuk hang latar belakang pendidikan YB Zul..Hang compare dengan hang sebelum hang nk HINA orang naa....

Latar belakang pendidikan YB Zulkifli Nordin :-

- Pendidikan awal di Ashby Road (Engllish) Primary School, Ipoh
- Sek. Men Anderson School & King Edward VII
- Pra Universiti Maktab Tentera Di Raja Sungai Besi
- A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland
- Victoria University of Wellington, New Zealand

Manakala Mat Sabu pulak, bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya. Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. 

Monday, November 7

SELAMAT DATANG KE NEGARA KEBAJIKAN


HAAAAAA SAPA NAK TENGOK POK NIK NGAN MAT SABUN MENARI HULA-HULA HAWAII,KELAKAR GILA BABI NIE BEB.CHEH PERUT ADA BULU.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive