Showing posts with label pas 2011. Show all posts
Showing posts with label pas 2011. Show all posts

Monday, January 2

PAS TANJUNG BODOH : ISU TANDAS DIKITAR SEMULA.


MKP pernah berdebat mengenai isu ini yang dibangkit oleh Pemuda PAS Tanjung sebelum ini kira-kira 2 tahun lepas.Isu yang dimainkan oleh Depa nie nampak tahap kematangan PAS tanjung nie sama tahap dengan tandas tersebut.Jika berani sahut cabaran yang telah dikemukakan?dan masih lagi berpegang kepada hujah yang lama mereka memainkan reka bentuk kubah yang telah direka bentuk untuk memberikan lebih cahaya kepada tandas tersebut.Adakah itu salah dengan reka bentuk?Untuk makluman PAS Tanjung reka bentuk tandas tersebut direka oleh ahli PAS sendiri yang kini belajaq di Mesir....


Kepada Ketua Penerangan PAS Tanjung Rashidi Salim bezakan gambaq diatas dan dan disertakan ini,jika masih lagi tak boleh bezakan antara keduanya anda boleh diketegorikan sebagai jumub Agama.Salahkah reka bentuk berkenaan dikekalkan.Rasanya pihak DAP tidak akan melayan isu remeh yang diketengahkan ini kerana PAS tiada hak bersuara pun dalam kawasan Tanjung nie.........Banyak lagi isu yang lebih sensitif patut diketengahkan oleh PAS Tanjung demi menyatukan ummah dari bermain isu pancoq nie!!!!Publisiti murahan dan pelaq nie lain kali tok sah dok main la,malu kepada masyarakat umum. 


Monday, November 7

SELAMAT DATANG KE NEGARA KEBAJIKAN


HAAAAAA SAPA NAK TENGOK POK NIK NGAN MAT SABUN MENARI HULA-HULA HAWAII,KELAKAR GILA BABI NIE BEB.CHEH PERUT ADA BULU.

Saturday, October 29

LGE/POK NIK Gunakan Kanak-Kanak jayakan Program.

Satu Program yang diadakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini telah mengunakan kanak-kanak sebagai untuk memenuhi dewan.Tak sangka DAP telah berjaya mengaburi mata dan hati dengan hanya sedikit bantuan  dan habuan diberikan.Selama ini ternyata propaganda yang telah dibuat telah tercapai.

Yang bestnya program tersebut telah membawa pok nik ke Pulau Pinang.Sememangnya PAS dan DAP telah menjadi sahabat baik dan PAS memang telah dicucuk hidung oleh DAP.

Sapa kata Pok Nik tak suka naik kereta mewah,nie buktinya.Siap parking sebelah menyebelah lagi.

Belia yang menyambut Pok Nik semasa Program.

Thursday, October 27

Pas makin 'bercelaru'



Hala tuju perjuangan Pas dilihat semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik.hala tuju perjuangan Pas yang kabur itu terbukti apabila parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun). 


HAMPAS  sanggup pula menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) semata-mata demi kepentingan politik mereka.Apabila Himpun diadakan, apakah pendirian Pas? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian Pas?Tetapi, apabila perhimpunan haram Bersih diadakan, Pas menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan Pas untuk membela Islam?


Hala tuju parti tersebut semakin celaru, kabur dan MKP percaya pemimpin-pemimpinnya juga kini keliru dengan perjuangan sendiri.rakyat perlu sedar dan menilai sendiri kecelaruan yang sedang melanda Pas.Sekiranya Pas sebagai pemandu, ke manakah mereka akan membawa rakyat yang menjadi penumpang?harap rakyat boleh menilainya sendiri.Pas perlu memperincikan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.ini bagi mengelakkan timbul masalah seperti fitnah dan sebagainya apabila dilaksanakan. 


MKP tidak menolak hudud. Kami cuma mahu Pas memperincikan terlebih dahulu hukum hudud yang ingin dilaksanakan supaya tidak timbul kekeliruan sehingga boleh menyebabkan fitnah.Sekiranya mereka mahu melaksanakannya juga, mereka boleh lakukannya di Kelantan. Kita telah mendengar perkara ini daripada dahulu lagi tetapi sehingga sekarang ia (hudud) tidak pernah dilaksanakan di negeri berkenaan











Tuesday, October 11

Dedah punca Pas disingkir dari BN



Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.

Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.

Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN 'dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.

Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, October 1

Drama Fukatan dlm Hudud.




MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.
Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur. Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu.
Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.
Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.
Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan... atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS. 
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.
Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.
Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.
Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.
Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.
Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir
Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.
Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.
Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.
Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.
Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.
Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan... hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.
Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.

Tuesday, September 27

Hudud Ala PAS.




terbaik dari PADIJANTAN berkisar tentang retorik pemimpin PAS yang hanya tahu mengunnakan Islam Demi kepentingan Politik Mereka.

Monday, August 8

PAS Kutip Derma menuju KePutrajaya.




Pas yang terkenal dengan Negara kebajikan sekarang nie dok pakat-pakat kutip derma bagi menjejak kaki ke Putrajaya,samalah yang dibuat apabila ceramah yang dibuat depa dok tadah tin Milo.Tue dulu lani nie tukaq taktik pakai tin biskut pulak besaq sikit untuk derma kononya derma bagi perjuangan Parti akan tetapi diselingkup oleh pemimpin yang ternyata dah kaya pun tak payah kutip derma lgi afdal nampaknya,Projek hampa sapu duit derma rakyat untuk jejak kaki kePutrajaya nampaknya akan  lingkup jahanam jugak.

Kes derma untuk memali pun depa sapu sampai lanie senyap sunyi.adakah ini yang diperjuangan oleh PAS dan Pemimpinnya.sekali  DAP gertak depa dah terkencing dalam seluaq,Isu pusat hiburan diKedah contohnya dan yang terbaru isu Jais serbu Gereja.apa yang PAS boleh buat selain mengikut telunjuk DAP.

Masih MKP ingat Mat sabun pernah menyatakan akan meghapuskan Putrajaya apabila memerintah.lanie dah terbailik pulak dok mengidam Putrajaya pulak.Agak kelakar sikap mat sabun yang terkenal suka menabur fitnah dan ucapan yang kurang Pandai.

Saturday, June 4

ADUN DAP MEMPERKUDAKAN MPPP.

ADUN DAP telah menyalahgunakan poster tanpa kelulusan oleh MPPP.Dimanakah kebenaran memasang poster sepatutnya dilekatkan diatas poster tersebut.Dengan jelas Sim Tze Tzin mmperkudakan MPPP dengan hanya beliau adalah ADUN kawasan tersebut.Atau takut dengan kebangkitan yang dilakukan oleh Barisan Nasional Bayan Baru.Logo Parti jelas digunakan kerana mengikut undang-undang tidak boleh berkempen sebelum masa pilihanraya.



PAS tidak lagi memainkan isu mengenai pembentukan negara Islam semasa ia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum-13, dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata masanya belum tiba untuk untuk melaksanakan sebuah negara Islam.
Beliau melangkah lebih jauh lagi dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran, tidak ada disebut mengenai Islam negara, tetapi apa yang disentuh ialah negara kebajikan, dan ramai penganalisis politik kini percaya parti itu nampak bimbang dengan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tapi di peringkat akar umbi, ramai penyokong tradisional mereka sudah gelisah kerana mereka percaya PAS telah terlalu banyak berkorban berbanding lain-lain anggota dalam Pakatan.
Ramai para penyokong tradisional juga tidak mahu parti terlalu bergantung kepada sokongan kumpulan bukan-Melayu.
Namun beberapa pemerhati politik berhujah PAS tidak mengenepikan terus konsep negara islam semasa Hadi memberi tumpuan kepada negara kebajikan, malah secara prinsipnya ia serupa dengan negara Islam.
Mereka menjelaskan bahawa negara Islam hanyalah satu label, tapi apa itu lebih penting adalah pelaksanaannya.
“Ini bukan hanya mengenai branding, kerana jika tidak ada pelaksanaan maka tidak ada gunanya. Kita harus bermula dengan pelaksanaan,” kata seorang pemerhati.
Pemerhati sama berkata selepas ucapan perasmian di Muktamar PAS ke-57 Abdul Hadi menjelaskan bahawa perbezaan antara negara Islam dan negara kebajikan hanya semantik, memandangkan kedua-dua konsep memperjuangkan kebajikan rakyat.
PAS sebelum ini menerima kritikan hebat daripada beberapa pihak berhubung pandangannya mengenai Islam, termasuk berhubung pembentukan negara Islam dan pelaksanaan undang-undangn hudud.
Namun, parti itu didakwa mulai lebih fleksible terhadap pendiriannya itu
selepas menyertai Pakatan Rakyat, satu langkah yang membawa respons yang pelbagai dari penyokongnya sejak pilihan raya umum terakhir pada Mac 2008.
Sementara itu bagi MCA, dengan mendakwa hasrat sebenar PAS masih kepada usaha menubuhkan sebuah negara Islam adalah tidak benar.
“Komen Harun Taib yang menggesa kepimpinannya tidak tunduk pada permintaan yang dibuat oleh anggota Pakatan Rakyat pihak dibuat berdasarkan kepada kepentingan sendiri. Apa yang jelas ialah bahawa mereka tidak bekerja sama dengan objektif bersama. Apa yang PR mahukan semata-mata undi yang besar biar apa terjadi sekalupun
 pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai objektif bersama, dengan PAS mahukan sebuah negara Islam, DAP mahukan sebuah negara sekular, Parti Keadilan Rakyat hanya berada di tengah dengan harapan menjadikan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Dengan demikian, jelas bahawa PR hanya sebuah kolaborasi oportunis yang ikatan mereka boleh terburai pada bila-bila masa,




Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive