Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts
Showing posts with label NIK AZIZ. Show all posts

Wednesday, March 20

BREAKING NEWS : NIK AZIZ MASUK HOSPITAL KERNA PERUT KEMBUNG SETELAH DIMAKAN SUMPAH.........


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu 'sakit perut'.
 
Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri sebentar tadi gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.
 
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ashmad Yacob.
 
Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.
 
Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut.
 
Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya.
 
Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya. AP


Monday, March 18

HARAKAH DAILY MAL:UKKAN TOK GURU NIK AZIZ........


Apa nak jadi dengan HaprakDaily nie sampai macam nie pun nak laporkan berita, Nampak sangat bebal dan begap. Pada tilikan MKP mungkin dah kena badi Gay Anuwar kot. Atau ada Kuman disebalik Belalai Gajah yang bengkok...

Dah la kelmarin Harakah kantoi siar dan sahkan Anwar yang beraksi siri gambar aksi gay yang didedahkan oleh blog RajaGoyang360 dan kemudiannya entri itu ditarik balik..

Hari ini Harakah buat lawak bodoh lagi..cuba baca apa yang ditulis oleh penulis/wartawan Harakah ini..
Perkara biasa bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersila menikmati juadah pada satu-satu majlis keraian. 
Tidak perlu hamparan permaidani sebagaimana lazimnya seorang Menteri Besar, Tuan Guru ‘bersedia’ bila dijemput. 
Tak ke lawak..kalau dah jadi perkara biasa buat apa nak melaporkan..melainkan ada niat untuk menunjuk nunjuk atau mencari publisiti murahan..




Saturday, February 23

VIDEO : NIK AZIZ BOLEH DIGELAR SEBAGAI BABI BILA HINA RAKYAT......


Ayat paling power boleh diberikan pada Tuan Guru Nik Aziz...Orang Kelantan nie memang Bodoh....Dah la tak berapa cerdik cakap pandai menipu lagi pandai...


Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV


Pok Nik ni kantoi didepan ribuan orang.. Sebelum ni ramai macai-macai Pas tak percaya yang Pok Nik Ajis ni nyanyuk tahap kritikal.., sekarang ini dia buktinya..

Kencing merata-rata depan umum tu bukan maknanya nyanyuk ke? Kalau nak dikategorikan, Pok Nik tu kira dah boleh dimaafkan apa jugak yang dia buat sebab keuzuran dia..

Tapi bila keuzuran tu dah menggugat keamanan negara dan perpaduan umat, Pok Nik tu dah wajib dijatuhkan dari pegang sebarang jawatan dalam parti ataupun negeri..

Takkan la rakyat Kelantan sanggup dera orang tua nyanyuk macam tu lagi kottt? Sudah-sudah laa bagi dia pegang jawatan MB tu.. Bia la Husam pulak berangan jadi MB di Kelantan tu.. Itupun kalau Pas menang lagi la kann





Monday, January 28

VIDEO : FATWA POK NIK SAMBUT MAULIDUR RASUL TIRU KRISTIAN......


Nik Aziz mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasul yang diadakan meniru budaya orang Kristian.

Kemudian,kita lihat diluar sana Nik Aziz bersama khawarij tiba tiba bertukar menjadi superhero Islam yang sebelum ini mereka lacurkan.Banyak kali kita dipertontonkan bagaimana kalangan khawarij tarik handbrake apabila Karpal,Kit Siang atau Guan Eng berdehem.

Aksi yang dilakonkan oleh khawarij Pas tak ubah seperti syiah yang mengamalkan takiyah dalam masa yang sama mereka begitu taat kepada Dap atas nama tahaluf siyasi.


Tapi yang peliknya Pok Nik datang ke Pulau Pinang dijemput oleh ADUN Seri Delima Rayer. Sambutan harijadinya dibuat dirumah Kalpal Singh.Apakah Pok Nik nie menjual Islam demi politik murahanya...

Batu asas pembinaan menara Masjid Jamek Batu Uban, Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh Pok Nik Aziz telah dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.Salah siapa UMNO jugak ke?Takkan benda macam tue nak dipecahkan oleh pihak UMNO korang tak ade bukti nak dikaitkan dengan UMNO so jangan tuduh menuduh...Laporkan aje pada pihak Polis dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.Kalau ada pihak UMNO terlibat dakwa aje!!!! MKP menyokong penuh...tindakan korang...Tapi mustahil UMNO terlibat...



Saturday, December 22

SOKONG SYAITAN PUN SANGGUP?


Fatwa songsang yang diluahkan oleh manusia yang dijenamakan sebagai 'Tok Guru' semakin melampau demi untuk mempertahankan cina DAP.

Nik Aziz Nik Mat membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Tuesday, December 11

HEBAT POK NIK JADI JURUNIKAH PADA APEX PULAK?


Penjaga gawang gol skuad bola sepak negara, Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 23, tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat meskipun ditawarkan bantuan RM1,000 melalui program ‘gerbang Az-Ziwaj’ oleh kerajaan Negeri Kelantan.


Hebat Nik Aziz nie boleh pulak jadi Jurunikah pada Apex nie..

Friday, December 7

NIK AZIZ BERMULUT BERUS JAMBAN?



Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.


Tuesday, November 6

MADU DITANGAN KANANMU,RACUN DITANGAN KIRIMU....KELANTAN BAKAL HILANG....



Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.


Sunday, November 4

VIDEO PANAS: NIK AZIZ TERNAK ULARMAK?


MKP rasa boleh berdarah hidung bila puak PAS tengok video nie.Bukan apa ayat power dari Ustaz Nor Deris dengan lantang menyatakan Nik Aziz menternak Ularmak yang bakal menghancurkan Malaysia..

Dah lama sangat dok merapu Nik Aziz nie....Sampai DAP hina Islam secara terang-terangan pun masih lagi sanggup berkerjasama dengan mereka demi politik gampang yang telah diamalkan oleh PAS sejak akhir-akhir nie....

Agama Islam bukan untuk dipolitikkan untuk kepentingan peribadi atau agenda Parti...

Saturday, November 3

SEJAK BILA NIK AZIZ JADI MUNAFIK...?



Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.

Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.


Friday, November 2

PAS JADI PARIA AKA TONG SAMPAH JIKA NIK AZIZ MAMPUS



Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.


Thursday, November 1

POK NIK PM KE-7 MALAYSIA.



Menteri Besar Kelantan, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Kata Nik Aziz, soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang.


Friday, October 19

NIK AZIZ Dah Jadi Bangkai Bernyawa Di Dalam PAS.



Siapa lebih berkuasa dalam Pas? Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak apabila melihat kemelut politik yang melibatkan parti itu ketika ini.

Keadaan itu memungkinkan ramai mengimbas kembali kedudukan Pas ketika Allahyarham Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden.


Wednesday, October 17

SESUDAH LA TUE RUMAH KATA PI KUBOQ KATA MAI....



Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

Saturday, October 13

LIDAH PANJANG ATAU PANJANG AKAL DARI NIK AZIZ?


Siapa yang lidah panjang? Nik Aziz umpama menepuk air didalam dulang ,air terpercik kena muka sendiri....Jika Ustaz Nasha telah melanggar etika parti pecat ajelah? kenapa nak bercakap sebegitu rupa dengan membayangkan manusia yang mulia disisi Allah seperti Biawak....Beginikan sikap seorang yang tinggi ilmu ugamanya....Apa lagi yang hendak perlukan untuk membuktikan kewarasan Nik Aziz nei...

Friday, October 12

Nik Aziz Tambah Merapu


Ramai yg tidak terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz bahawa parti itu akan terus bekerjasama dengan DAP dalam memastikan kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

Namun apa yg menghairankan ialah berhubung hujah Nik Abdul Aziz bahawa DAP tidak pernah mengganggu parti itu sejak kedua2 pihak bekerjasama. Kenyataan beliau itu tidak berasas kerana semua orang tahu bagaimana nasib Pas sejak berkawan dengan DAP dan PKR.

Kita hendak bertanya, kenapakah Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan menggantikan dengan negara berkebajikan? Selain itu juga, kita hendak tahu siapakah pemimpin pembangkang yg berkata langkah mayat beliau terlebih dahulu jika hukum hudud mahu dilaksanakan?

Bukankah itu kenyataan seorang pemimpin DAP sehingga menyebabkan Pas sejak tahun 2008 terpaksa mengubah hala tuju perjuangan politiknya dan Pas tidak lantang lagi bercakap soal hukum hudud.


Betul-betul dah nyanyuk Nik Aziz ni ..... adoi ....

Friday, October 5

SALASILAH NIK AZIZ DAN PERILAKUNYA YANG MUNAFIK?


Mengikut susur galur keluarga Nik Aziz dalam salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama Puteri Sadong yang telah membunuh suaminya bernama raja Abdullah. Seorang lagi ahli Salasilah ini yang bernama Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja Abdul Rahim seorang pemerintah yang “zalim sehingga membawa implikasi kepada pembunuhan baginda sendiri.” Keadaan juga “ malap ketika pemerintahan Long Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.”

Sunday, September 9

HUDUD: PAS & DAP TIDO SEBANTAL MIMPI LAIN-LAIN


Umumnya DAP dan PAS bukan gandingan sesuai dalam pakatan pembangkang kerana kedua-dua parti politik itu mempunyai ideologi dan dasar yang amat berbeza. Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila pemimpin parti terbabit membincang soal hukum Islam dan hudud.

Walaupun PAS dianggap terbuka kerana memilih bersahabat dengan Dap, prinsip hukum hudud masih menjadi bualan umum. Apakah PAS dianggap sahabat DAP kerana bersetuju membentuk negara berkebajikan dan menafikan hudud?

Bagi bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata hudud tidak mampu dilaksanakan sekiranya negara masih tidak mampu menyediakan prasarana yang terbaik kepada rakyat. Katanya, undang-undang hudud memerlukan penyusunan rapi untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Tuesday, August 7

Nik Aziz Jerut Lehernya Sendiri.



Sejak dua tiga tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS agak aktif memanipulasi isu royalti minyak untuk kepentingan politik kepartian dengan mengelirukan dan menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan umum.

Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Bagaimanapun disebabkan PAS amat faham sebahagian besar rakyat biasanya tidak pernah ambil kira isi kandungan Akta Kemajuan Petroleum & Perjanjian 1975, maka mereka merasakan terdapat peluang besar untuk mengelirukan pemahaman rakyat bawahan untuk kepentingan politik PAS.

Pun demikian telahan PAS ternyata silap percaturan kerana cuba merendah-rendahkan pemahaman dan daya fikir majoriti rakyat Kelantan yang semakin ramai celik akal dan terbuka mindanya.


Majoriti rakyat Kelantan tidak pun terkesan dengan isu royalti minyak yang sengaja diputarbelitkan oleh PAS dan ini terbukti benar apabila isu royalti gagal memberi kemenangan selesa untuk PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Manek Urai pada Julai 2009.

Malah selang setahun kemudian, PRK DUN Galas pula menyaksikan PAS jatuh tersungkur dalam pertarungan tersebut apabila kalah teruk sekalipun isu royalti minyak semakin kuat dilaungkan tika itu bagi membangkitkan semangat kenegerian dan anti BN.

Ramai rakyat Kelantan yang sebenarnya sudah memahami bahawa baik dari segi perundangan mahupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian 1975, kerajaan negeri tiada hak untuk menerima bayaran royalti minyak.

Royalti 5% hanya layak diberikan kepada Kelantan hanya sekiranya wujud telaga minyak atau gas dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

Manakala kawasan yang melebihi 3 batu nautika ke atas sudah berada dalam kawalan Kerajaan Pusat. Pun demikian, atas budi bicara Kerajaan Pusat, sejumlah wang ehsan atau bayaran tunai masih boleh dipertimbangkan kepada mana-mana negeri.

Apabila PM membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan isu secara runding cara demi kebaikan negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, maka bersyukurlah kerana masih ada ruang untuk melihat isu ini selesai secara harmoni.

Tapi sekiranya isu royalti ini masih cuba dipropagandakan oleh PAS, percayalah ia hanya akan menjadi tali jerut untuk PAS Kelantan kerana menuntut perkara yang bukan menjadi haknya di masa yang sama menolak pula jalan ehsan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive