Showing posts with label 901 anwar. Show all posts
Showing posts with label 901 anwar. Show all posts

Saturday, January 14

Video nie Pasti membuatkan Anda Sakit Jantung,18 SX



Muslimah PAS mempertahankan tindakan ahli dan penyokongnya ketika menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Timbalan ketuanya, Dr Mariah Mahmud berkata, tidak ada apa salahnya bernyanyi beramai-ramai dengan bersemangat.
Beliau berkata, amalan ini berlaku di negara-negara Islam lain termasuk di Timur Tengah dan Indonesia.
Menurutnya, Muslimah yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa dan bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.
Dr Mariah berkata, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.
MKP kata eloklah tue video nie mau bagi anak cucu tengok reaksi nenek mereka apabbila berada dijalanan.

Drama BollyWood Anwar sudah Bemula?



Dengan rekod lepasnya, ‘kelebihan’ dalam mengajak khalayak berada dalam ‘skop yang dipandunya’ pasti sekali akan diulanginya. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah ada kebijaksanaan dalam soal ini. Tentu sekali rakyat mampu menilainya.

Jika disorot tindak-tanduk individu ini pada masa lepas, di atas pentas ceramah, dia sememangnya mampu ‘menggayakan apa sahaja’ yang dikehendakinya. Tentu kita tidak lupa drama keracunan arsenik yang diadu-domba Anwar yang kononnya diperoleh akibat pemakanan oleh pihak polis. Isteri dan para pemimpin Adil (sekarang PKR) ketika itu menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku dan kaki menjadi hitam. Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya konon telah gugur. Maha dahsyat sekali. Namun, isu itu berlalu begitu sahaja setelah siasatan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darahnya.

Masih tidak ‘patah semangat’, sekali lagi isteri si Anwar menguar-uarkan dakwaan kononnya suaminya disuntik dengan darah HIV positif. Tetapi lihatlah, dia sekarang berada di mana sekarang. Sekali lagi isu itu mati. Dan disusuli lagi dengan drama kehidupan Anwar terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel. Masih berbohong lagi dan diikuti pula dengan lumpuh sakit belakang. Namun segalanya bohong belaka.

Yang terbaru pada tahun lepas Anwar muncul pula dalam program berita TV3 yang memetik kenyataan beria-ianya dalam satu ceramah di Pulau Pinang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diseret dan dihumban ke dalam lokap setelah menyertai perhimpunan haram Bersih.

Namun rakyat Malaysia terpaku pada masa sama apabila selang 20 saat, Abdul Hadi muncul dalam program berita sama mengakui polis bukan sahaja melayan beliau dengan baik, malah semua peserta perhimpunan haram itu telah diberikan layanan serupa sepanjang tempoh tahanan. Itulah Anwar.

Dan tentu sekali dalam ‘road show‘nya kali ini ada ‘buah tangan’ baru pula. Dari segi mengadu-domba, orang-orang dari PKR memang nombor satu. Masih ingat tak lagi dengan Azmin Ali, timbalan presidennya. Ketika pengundian baru memasuki tempoh separuh hari di Sarawak April tahun lalu, habis ditwitnya kononnya pembangkang telah menguasai Bumi Kenyalang sampaikan satu sidang akhbar khas terpaksa diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di IPD Kuching.

Anwar pula ketika itu, habis dicanangnya juga kekuatan PKR yang meletakkan calon di hampir 50 kerusi. Tetapi rakyat pun tahu akhirnya siapa yang menang.

‘Road show’ diketuai Anwar dalam negara pasti akan dilakukannya. Cuma dikhuatiri, ‘road show’ sedemikian akan menerbitkan ancaman ketenteraman awam sehingga menggugat sikap kesederhanaan majoriti rakyat Malaysia yang pada tahun lepas telah pun membawa negara ke tangga 19 negara paling aman daripada 153 buah negara di dunia.
Mungkinkah Laporan Global Peace Index (GPI) pada 2012 ini pula akan berubah secara drastik.

Terserah kepada rakyat untuk menilainya.

RM13,599.99 supaya MiloSuam dedahkan siapa Pengebom #BebasAnwar901 @PDRMsia



Nota: Semalam kawan-kawan blogger telah berpakat untuk sumbangkan seorang sedikit duit supaya kita boleh bantu polis tangkap pengebom ni. Sejumlah rakan-rakan blogger juga hampir-hampir menjadi mangsa pengebom ini dan kita semua amat marah dengan tindakan ganas ini. 


Sebanyak RM 3,599.99 telah dikumpul. Apa kata rakan-rakan yang lain juga pakat-pakat beri sumbangan seorang sikit supaya jumlah ganjaran boleh kita naikkan lagi? Marilah kita bersama-sama tunjukkan bahawa kita tolak keganasan dan kita mahukan rakyat Malaysia membantu pihak polis selesaikan kes ini dan bawa pihak yang bertanggung jawab ke muka keadilan. 



MKP kata:mungkin angka 9 menjadi kesukaan Anwar so tambah bagi ada 4kali 9.,



Demi Ganjaran RM10K - @MiloSuam Akan Dedahkan Maklumat Pengebom #901??

PDRM dah keluarkan tawaran RM10 ribu kepada pemberi maklumat kes letupan di Mahkamah Tinggi hari tu.. Ada sesapa yang nak ke?

Kepada sesapa yang berangan nak dapatkan hadiah ganjaran RM10 ribu dari PDRM tu, gua nasihatkan supaya korang lupakan sajalah niat murni tu..

Sebabnya, gua confirm duit reward 10 ribu tu akan dapat pada blogger gay jamban MiloSuam pasal mamat gay tu memang pakar cari bukti..

Kepakaran mamat tu cari fakta memang terkenal seantero blogsphere sampaikan Dr Novandri pun pernah kantoi dengan Milosuam masa kes tisu dalam video Anwar..

Dan yang terbaru, MiloSuam sekali lagi membuktikan ke'GAY'an dia dengan membuat analisis ala-ala doktor haiwan pasal suntikan morphin yang dialami oleh pengawal peribadi Wan Azizah.

Dan sekali lagi jugak la Dr Novandri kantoi termalu... Hebat kan budak Milo tu?

So.., mamat gay Milo tu memang terbukti cekap selain dari banyak kaki yang jadi balachi dia.. Pasal tu Anwar sayang banget kat budak Milo tu..

Sebab tu gua yakin Polis akan dapat selesaikan kes 3 letupan di Mahkamah tu kalau dapatkan bantuan dari Milosuam.. Hahahaha...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.
Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.
"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.

-MEDIA PERMATANG PAUH -

Anwar Dah Ketaq Lutut Saiful Nak Buat Rayuan.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak harus ada campur tangan politik sekiranya Peguam Negara mahu membuat rayuan berhubung pembebasan beliau dalam kes liwat, Isnin lalu.

"Soal pendakwa raya rayu itu bukan soal saya, itu ruang yang ada untuk dia terkandung dalam akta dan undang-undang... ia terserah kepada badan kehakiman untuk memutuskan keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta.

"Tetapi, saya harap tiada sebarang campurtangan politik dalam kes ini. Kami faham undang-undang dan perlembagaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan kelmarin, bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.
Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.
"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan," katanya lagi.
Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
Isnin lalu, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.SINARHARIAN

Thursday, January 12

Wednesday, January 11

MELAYU sudah dihina?





Bukan semua kemenangan itu menguntungkan...Adakala kemenangan itu menyumbang kerugian.Ada juga tikanya kekalahan memberi keuntungan...Tetapi keuntungan yang tersembunyi.


Jika dilihat dari sejarah,Pembebasan Anwar bukanlah kali pertama institusi kehakiman tidak memihak kepada kerajaan dan pemimpin umno.Datuk Haron Idris pernah dipenjara selama tiga setengah tahun kerana dituduh pecah amanah pada 1975,diikuti pengharaman UMNO pada 1988 dan terbaru Khir Toyo dijatuhi setahun penjara. Ini membuktikan kerajaan tidak pernah menggunakan kepentingan dalam Badan Kehakiman Negara.


Aman rasanya...Selesai sudah perbicaraan kes Anwar.Anwar bebas atau kepenjara bukanlah sesuatu yang utama...yang harus kita utamakan ialah kesejahteraan Negara.Anwar dah pun terbang keluar Negara...doakan saja agar beliau tiada keinginan lagi balik ke Malaysia.Sudah terlalu lama Anwar cetuskan masalah yang merugikan!!!


Orang UMNO jangan rasa sedih dan berkecil hati dengan keputusan Mahkamah mengenai pembebasan Anwar.Kes Anwar tidak ada kena mengena dengan UMNO,ianya hanya melibatkan Anwar & Saiful.


Hari ini Dunia sudah tahu...Wujudnya GAY dikalangan Orang Melayu yang pernah tertulis didalam kebanyakan hikayat lama,sebuah bangsa yang berpegang teguh pada Islam,sebuah bangsa yang bersopan santun serta sebuah bangsa yang berpekerti tinggi.MELAYU sudah dihina!!!Rupanya memang benar,Anwar seorang gay...ini kerana beliau dibebaskan kerana aktiviti sedap tersebut berlaku secara suka sama suka.Anwar ke penjara atau tidak bukan sesuatu yang penting,yang penting kenyataan ini membuktikan Anwar memang gay @ kaki juboq!


Syukur... Anwar bebas. Terbukti mahkamah kita adil. Malangnya selepas bebarapa jam meraikan kemenangan Anwar batal ceramahnya di Seberang Jaya kerana pergi bercuti & rehat ke MUMBAI. INDIA lebih penting dari pulang ke Permatang Pauh untuk berjumpa penyokongnya yang dah histeria. Anwar dah bebas & tak perlu sokongan sesiapa lagi. TAKBIR!!!


Dari segi maruah Negara,kita sebagai rakyat Malaysiayang cintakan keamanan harus berbangga kerana memiliki sistem kehakiman yang adil lagi bersih.Menjatuhkan hukuman dengan mengambilkira berlakunya liwat atas dasar suka sama suka.Pada rakyat bersalah atau tidak bukan kebanggaan.Istilah suka sama suka itu membuktikan berlaku liwat..nyatanya Anwar seorang GAY!


Yahudi seringkalali gagal mencari ruang membolosi Malaysia.Ketika Bersih 2.0 yang ditahan diberi makan,kali ini pula siapa sangka Anwar bebas?Syukur atas apa yang berlaku..negara kita terus aman,nilai matawang kita terus naik dan pelabur makin berani mengunjungi kita.


MKP kata:Rogol jangan,liwat line clear beb.........tak sangkut nyer.

Tuesday, January 10

INIKAH BEKAS MODEL BANTU KEMPEN HIMPUN 901 ANWAR!!?


Semalam semasa MKP membuat liputan di mahkamah jalan duta tengok benda nie tapi tak terperasanlah dengan dua gambar ini. Ingatkan gambar muslimat PAS. Comel betul.




Tapi bila pagi ini MKP baca posting kat blog Medan Info Kita (http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/kehadiran-shamsidar-di-mahkamah-beri.html), barulah MyMassa tau siapakah dia gerangan dua gadis comel di atas.


Terima kasih blogger MIK atas maklumat.

Jangan lupa dulu kedua-dua gadis ini pernah bergambar seperti ni.




MKP: pstttt…gambar perempuan diatas sekali hanyalah gambar hiasan semata-mata…kehkehkeh

Kenapa Anwar Keluar Negara???


Kenapa perlu keluar negara diwaktu kemenangan tercipta????Sanggup melupakan pengundi yang menyokongnya sebelum dijatuhkan hukuman, merayu dan sanggup berlakon drama supaya menyokongnya sepenuh hati.Maklumat diterima anwar membatalkan untuk hadir pada ceramah di Permatang Pauh untuk ke India betemu dengan cucu pemimpin hebat dinegara itu....Apa motifnya?????????/

 

Walaupun telah menang dari kes liwatnya akan tetapi dari segi moralnya anwar tetap dilabel sebagai pemipin yang mempunyai masaalah.Riak wajah Wan Azizah semasa keputusan dibacakan oleh Hakim semalam nampak tidak gembira dengan keputusan tersebut????Adakah apa yang telah dirancang sebelum ini gagal????Atau Anwar ada agenda tersembunyi selepas ini???? Hanya orang terdekat dengan beliau tahu dan faham apa yang tersimpan dihatinya??

1. Satu keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah yang memeranjatkan ramai pihak. Tetapi persoalannya sekarang ialah what is next?

2. Penyokong-penyokong Anwar yang hadir di Bangunan Mahkamah, Jalan Duta menyambut keputusan dengan kegembiraan tetapi di dalam masa yang sama seperti ada yang tidak kena.

3. Ada di antara kita terutamanya penyokong-penyokong parti pembangkang telah ditanam dengan perasaan membenci serta tidak mempercayai lagi sistem kehakiman negara.

4. Setiap pemimpin pembangkang menyuarakan perkara yang sama. No fair justice in BN ruling party.

5. Sistem kehakiman negara dilabel seburuk-buruknya sebagai tali barut BN, UMNO atau pun dibawah telunjuk Najib Razak. 

6. Dimana sahaja Anwar Ibrahim berada sama ada di dalam mahu pun luar negeri, beliau akan menuduh sistem kehakiman negara adalah yang paling teruk dimanipulasikan oleh kerajaan pemerintah UMNO.

7. Sama ada anda tergolong di dalam pihak yang percaya 'sistem kehakiman yang teruk serta tali barut UMNO' atau pun percaya Anwar Ibrahim meliwat, kedua-duanya amat yakin Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat Shaiful Bukhari.

8. Begitu juga dengan kenyataan Anwar Ibrahim selama ini yang mengatakan bahawa kes liwat Shaiful Bukhari adalah konspirasi UMNO dan Najib Razak. 

9. Dari hari pertama sehingga di malam sebelum 9hb Januari, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin bahawa kes liwat tersebut diada-adakan atau pun ulang tayang kes liwat yang pertama. Pokoknya, UMNO yang kononnya bersalah!

10. Tetapi sekarang, semua mata terbuka dan sedar bahawa 'sistem kehakiman dibawah telunjuk Najib Razak' dan 'kes liwat adalah konspirasi UMNO Najib Razak' merupakan pembohongan dan fitnah Anwar Ibrahim belaka!

11. Selama 3 tahun ini Anwar Ibrahim telah menipu rakyat termasuk penyokong-penyokongnya sendiri supaya mempercayai bahawa kes liwat beliau tidak akan diadili dengan saksama dan Saiful Bukhari adalah boneka UMNO.

Video Berapi : Macam Nie Hampa Panggil Muslimah.



melihat kepada tingkah laku muslimah PAS nie ternyata sempit pemikiranya.Apa tidaknya kes Anwar tidak ada kena mengena dengan UMNO pun akan tetapi dipukul canang oleh muslimah PAS nie menyatakan UMNO bersalah dan semua hal.Esok klu anak depa gagal dalam peperiksaan pun salahkan UMNO jugak ke?Kita manusia tidak akan melihat kelemahan diri sendiri sedangkan kelemahan orang lain pulak dicanang.Berbalik pulak tomahan yang dilemparkan itu kepada diri sendiri.Apakah riaksi anak kepada muslimah PAS nie apabila melihat seorang yang bergelar ibu memaki hamun dijalanan?Depa nie aibkan siapa UMNO atau diri sendiri,Jika Pakatan memerintah Malaysia pun merasakah depa nie menjejak kaki ke Putrajaya?.

Monday, January 9

Anwar Kata Liwat Suka Sama Suka

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik."Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Ismail Kamus pernah berkata;

"Melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah."

Faham tak apa maksudnya? Faham? Samar-samar? Atau nak kaji dulu? Hmmm...

Pasukan Pendakwaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun tak cukup cemerlang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah melakukan tugasnya. Mungkin akan ada hakim lain pula selepas ini yang akan melakukan tugas yang sama, mendepani kes yang sama, melayan karenah penangguhan yang sama, di platform yang berbeza. Itupun jika Peguam Negara mahu teruskan. Dan pasti bicaranya akan memakan masa yang panjang lagi...dan kali ini mungkin cecah 5 tahun!



Atau mungkin selepas ini tiada lagi kedengaran kononnya MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK ADIL? atau SISTEM KEADILAN MALAYSIA TEMPANG? Heh...MUNGKIN TIDAK...

Apapun tahniahlah kepada Kak Wan & keluarga, kaum kerabat serta pencinta Bapak Anwar Bin Ibrahim. The damage has been done. Mungkin akan ada lagi 'bukti' cctv di kondominum atau hotel terbaru yang akan berleluasa di alam maya selepas ini?! Manalah tau...kan...kan...kan! Hehehe...

#fitnah2 Tahniah Anwar Berjaya Pecah-Belahkan Umat Islam Malaysia?.


Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga  wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".
Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.
hasanalidanisteri400
Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.
"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.
Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PHD, saya tahu sistem reseach, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...
"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."
"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan  justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.
Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bahcok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
nasharudin400
Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.
Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri dari golongan profesional yang bukan jenis pak turut danindependent.
Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR)  dalam PRU ke 12.
"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.
Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA,yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengata, Dr Hasan ada PHD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.
Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

Guan Eng Gembira Hassan Ali Dipecat PAS.#fitnah2 #bebasanwar901.



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS telah membuat keputusan terbaik untuk parti itu dalam pendiriannya mengambil tindakan ke atas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali, hari ini.
Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta semalam.
"Hubungan antara PAS dan DAP adalah normal dan sihat dan akan diteruskan sebegitu," katanya ketika ditemui selepas Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pula berkata "itu adalah isu dalaman PAS" sementara penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberi sebarang komen.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor Ronnie Liu berkata tindakan pemecatan itu sudah dijangka berikutan Hasan sering mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan yang membelakangi polisi pakatan pembangkang serta PAS.
Ditanya mengenai kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri Selangor, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Abdul Samad menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk memecat Hasan.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata secara peribadi, beliau menganggap keputusan itu adalah jalan terbaik yang telah difikirkan oleh pucuk pimpinan pusat untuk kebaikan parti pada masa depan.
"Pada pandangan saya, kita hormati keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS pusat (memecat Hasan).
"Banyak pandangan telah diberikan kepada Hasan sebelum ini. Di peringkat PAS Selangor sendiri, kita dah cuba banyak kali nasihatkan dia (Hasan) sebelum ini," katanya.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri hanya akan dibincangkan selepas PAS menyerahkan notis rasmi berhubung pemecatan itu kepada kerajaan negeri Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor itu berkata: "Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali."SINAR HARIAN.
MKP kata:Sudah pasti DAP gembira dengan pemecatan ini,DAP sudah menunggu saat ini sekian lama.Hassan ali bukanlah pemimpin PAS yang disukai oleh pemimpin DAP kerana mengganggu usaha DAP untuk memecah-belahkan melayu.DAP adalah seperti mentornya PAP yang tidak akan mengiktiraf pemimpin yang susah untuk dicucuk hidung seperti khalid Gagap dan Khalid Samad.Peringatan kepada semua melayu PAS pihak DAP tidak dapat menghancurkan perpaduan kita sesama Islam,hanya Islam itu sendiri dapat menghancurkan sesama kita.Kaum ini tidak setia kepada kepada raja dan negaranya. 

Anwar Teriak Sampai Keluaq Air Mata Darah DiCeramahnya Terakhirnya.?


Anwar teriak sampai macam tue,pasal esok dah tentu pasti dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. "Apa kekuatan Anwar? Kekuatan saya kegentalan dalaman. Membujur lalu, melintang patah!" Anwar memberitahu pada hadirin yang hadir bahawa Kempen 901 untuk membebaskannya ini bukanlah semata-mata isu peribadinya tetapi ianya merupakan agenda rakyat kononnya dalam menentang kerajaan yang zalim. Tugasnya hanya menyelaraskan dan menguatkan Pakatan Rakyat. Bukan nak jadi Perdana Menteri. 





Sunday, January 8

Berapi :AMK Kantoi Menipu?


Depa main drama bollywood lagi dengan bermacam provokasi murahan telah dimainkan.Cubaan ini telah  dikantoikandek  kerana kebodohan puak AMK nie.Lain kali klu nak main Drama biaq la cerdik skit. 


Fayyad Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Laporan laman web Keadilandaily menyebut, mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.



Berikut apa yang diulas oleh DR MIM:Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!

Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi. 

Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!

Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!

@Anwar901 :Rusuhan Bermula Di Pematang Pauh?


MKP baru pulang dari tempat keramat bagi aljuburi sebentar tadi,melihat sekeliling kawasan Parlimen Permatang Pauh.Banyak bendera PKR dinaikan dikawasan ini dengan bermulanya hari kiamat bagi anwar serta penjilat tegarnya.Serangan puak AMK ini selalunya bermula dari permatang pauh dan  twitter Syedmeroyan ini



Ejen Jason Bourne baru sahaja mengirimkan gambar pengawal keselamatan Wan Azizah yang dikatakan telah  'diserang' dan 'disuntik' dengan sejenis racun.

Sebentar tadi heboh beberapa totok PR mengatakan Fayyad tidak sedarkan diri dan jantungnya berhenti berdenyut.

Maklumat ejen sebentar tadi mengatakan bahawa Fayyad sudah sedar, serta mampu bercakap melihat dari gambar di atas juga kelihatan mata Fayyad terbuka.

Anehnya di sini beberapa kekeliruan serta kebodohan pembangkang jelas ketara.

Pada awalnya mereka mengatakan Fayyad cuba dibunuh di mana penyerangnya telah menyuntik mangsa dengan sejenis racun :


Namun tidak berapa lami selepas itu, twitter Keadilan memperbetulkan kembali laporan dengan mengatakan Fayyad tertusuk jarum ketika berceramah.

Tapi drama ini tidak berhenti di situ sekejap tadi ianya dibetulkan semula di mana mereka mengatakan Fayyad ditusuk ketika bersalam.


Kalau benar-benar ada pihak mahukan Anwar Ibrahim dan isteri mati, percayalah ianya telah lama dilakukan dan nescaya Anwar Ibrahim hari ini mungkin tidak mampu menghirup udara di bumi bertuah Malaysia.

MKP kata:Depa nie klu nak buat provokasi biaqla cerdik skit nie dah nampak macam bangang dah,buat cerita bukan-bukan dan boleh dipertikaikan.Dengaq kata sapa pi KL esok akan dapat seorang 500ratus?Woiii kayanya puak PKR nie sampai terdesak nak suruh orang pi!!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive