Showing posts with label PAS selangor.. Show all posts
Showing posts with label PAS selangor.. Show all posts

Tuesday, July 31

WOI VIDEO APA NIE???




Dengar nama MP Shah Alam YB Khalid Samad semua laju jer kan. Mana tak nyer, dulu kita tahu Shah Alam merupakan kawasan yang sangat dijaga terutama yang melibatkan perkara-perkara MAKSIAT. Kawasan yang majoriti penduduknya Melayu kini diperintah oleh Pakatan Haprak sudah tidak seperti dahulu.

Walaupun Shah Alam kini diperintah oleh PAS namun segalanya berubah. Banyaknya rumah urut muncul macam cendawan hidup selepas hujan TAPI tiada sebarang tindakan yang diambil untuk mengurangkan malah diam membisu kerana takutnya si kepala jahanam DAP.GR

MKP Ayat Sempoi : APA MACAM PAS SELANGOR BERANI BANGKANG DAP HARAMI?

Friday, June 8

NAPE NIE PULAK DAH,APA YANG TERJADI?



Ini bukan kes Melayu mudah lupa tetapi PAS pura-pura tidak ingat.Entahlah sama ada Khalid Samad ada merujuk hal ini kepada Datuk Seri Haji Hadi Awang.Apakah Ahli Parlimen PAS Shah Alam itu sudah mengidap penyakit kabur ingatan dan lupa pada 'fatwa' Presiden PAS bahawa video itu besi tidak boleh dijadikan bukti.

Mungkin dalam keadaan desperate nak cari political milage ,Khalid terpaksa melanggar kehendak bosnya.Khamis beliau tampil dalam satu sidang akhbar di Shah Alam mendakwa ada rakaman video cubaan 'orang UMNO' untuk membeli seorang Ahli Parlimen PKR.

Ia didakwa berlaku di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.

Pelakon dalam vieo itu dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN manakala jumlah wang sogokan yang ditawarkan RM2 juta.

Kata Khalid beliau nak didedahkan siapa Ahli Palimen PKR berkenaan semasa sidang Parlimen Selasa ini.

Hairan juga video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembangkang buat 'dont't know' saja tetapi dalam hal ini nak jadi master dedah.

Juga Khalid lupakah CCTV yang jelas tunjuk Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen lokasi aksi seks itu.

Dakwaan kemungkaran pembesar pakatan pembangkang yang jelas terbentang depan mata cuba dipendam begitu sahaja dan kini nak tunjuk perhatin pada satu bukti video.

Jangan lupa siapa saja boleh jadi pelakon dalam aksi 'jual beli' di sebuah restoran begini.

Lagipun apa bukti dua wakil NGO berkenaan mewakili BN.

Siapa sahaja boleh boleh dakwa dirinya begitu.

Khalid nampaknya sudah letak dirinya ke taraf cukup rendah hingga boleh memalukan Haji Hadi.

Juga jangan lupa isu 19 September Anwar nak 'borong' 30 Ahli Parlimen BN masih segar dalam ingatan ramai.

MKP: GAMBAQ DIATAS TUE HANYA HIASAN TAPI NEELOFA PUN SAKIT PERUT DENGAN KERENAH PUAK PKR DAN PAS NIE...HEEEE

Tuesday, April 10

ZARINA ANJOULIE SAMPAI HATI U SAYANG?





MKP terbaca apa yang telah ditweet oleh artis paling seksi dan gedik sepanjang tahun,mungkin sikap sebegini akan terus meningkatkan populariti dalam dunia seni nie.Apa nak buat terima ajelah jika artis suruh blogger yang menyanjung aaron aziz nie makan racun.tak bermakna jika blogger harus menyerah dan dan pasrah tanpa serangan balas.Nie pendapat MKP jangan pulak nanti zarina meroyan pulak,kalau setakat popular suam-suam kuku lepas tue mengaku hang no 1,,,,pooooodah....Naik popular pun pasal gambaq tak senonoh ada hari nak jadi no 1.




Yang nie pulak lagi harami , jawapan yang geli tahap babi aku tengok! Pantau atau tengok sebelah mata Dr Zul.Pembohong klu tiada aktiviti maksiat kat umah urut dikawasan Kuala Selangor tue.Klu setakat jawapan "play safe", Dr Zul lebih baik pakai kondom aje.Pencacai bodoh Pas boleh la hang dok ranjau dan tipu sekupang dua lima duit.Bersepah rumah urut yang menawarkan lolipop geli-geli macam jawapan hang.




Boleh pecaya ka? jawapan tahap geli kali kedua nie,sat gie abang besaq si Roniie Liew bersuara ,Dr Zul jadi bewak kena kunci mulut.So dari jawapan pertama tadi dah kantoi!!!!!!!! kata MDKS pantau dan dan tiada aktiviti lolipop dijalankan.nie apa kes klu dah tak salah kenapa nak tamatkan lesen jika menjalankan perniagaan tanpa kesalahan BERSIHIT kan dulu apa yang telah dirancangkan pada 28hb nie jika mendapat restu dari Pemimpin Kerajaan PAS Selangor ...Nie Dr Zul pi habaq kt Ambingai kata bershit 3.0 kita buat kat rumah urut kat kawasan hang dulu.duduk dan bagi depa lolipop lagi best...

MKP Ayat Sempoi ; LolipopServis BERSHIT KUALA SELANGOR 3.0 sedap dapat syurrrrrrr pun sedap.......Bila Ayaq Keluaq.....................Puas....

Thursday, January 19

Kahalid Semakin Gagap,PAS diHina?



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambilalih portfolio Hal Ehwal Islam daripada wakil Exco Pas dijangka memberikan implikasi negatif yang boleh merugikan umat Islam khususnya rakyat di negeri Selangor.

Ini kerana portfolio berkenaan sepatutnya disandang oleh individu yang berkelayakan dan arif tentang soal agama dan Pas yang mengangkat diri sebagai parti Islam dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan amanah penting itu.

Profesor Datuk Dr Zainal Kling dari Fakulti Sains, Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, walaupun Khalid berhak membuat keputusan itu, namun tindakan beliau itu mungkin dilihat sebagai tunduk kepada tekanan DAP dan PKR untuk mengawal institusi seperti Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).

"Maknanya, ia akan memenuhi kehendak-kehendak DAP dan yang lain-lain dan bukannya memenuhi kehendak umat Islam di Selangor. Seharusnya kita jangkakan memang hal ehwal Islam ini akan diterajui oleh PAS...Ini terang-terang menunjukkan Khalid mengekang kegiatan-kegiatan MAIS atau Jais (supaya) sesuai dengan kehendak PR (Pakatan rakyat)," .

Walaupun menggantikan Hasan, Yunus tidak diberikan portfolio agama, sebaliknya beliau hanya dijandikan Exco Adat Resam Melayu serta menjaga porfolio Bela dan Sukan. 

Khalid berkata keputusan itu berdasarkan pengalaman Yunus dan mengumumkan beliau akan mengambil alih tugas-tugas sebagai Exco Hal ehwal Agama daripada Hasan. 

Datuk Dr Zainal khuatir dengan rombakan  itu, segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Hasan berhubung isu-isu pengkristianan orang Islam serta aktiviti memesong akidah umat tidak akan lagi dipantau dan dibiarkan  begitu sahaja. 

Beliau juga menjangka polimik mengenai isu-isu agama akan bertambah hangat kerana Hasan akan meneruskan perjuangan beliau dengan menubuhkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi tumpuan kepada masalah terbabit.

Sekaligus katanya, akan berlaku konflik diantara kerajaan negeri dan NGO-NGO di Selangor dalam hal berkaitan agama.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Noordin pula menyifatkan rombakan berkenaan jelas sebagai satu penghinaan besar kepada PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam

"Konon kata PAS mendabik dada memperjuangkan Islam, tiba-tiba potfolio hal ehwal Islam ditarik daripada mereka. Keduanya ia menunjukkan rakan Pakatan sendiri tidak percaya bahawa PAS boleh menjaga hal ehwal Islam ," katanya lagi

Menurutnya lagi, PAS sewajarnya membuka mata setelah parti tidak diberikan sebarang potfolio dalam kerajaan Pakatan negeri Pulau Pinang, dan kini jawatan yang sewajarnya diberikan pada mereka tidak dberikan di Selangor.

Hasan dipecat pada 8 Januari kerana dianggap bertindak membelakangkan kepentingan parti setelah beliau mengkritik tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit keputusan kes liwatnya. . 

Wednesday, January 18

Exco Selangor ...Dr Rani melepas





Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menunjukkan kelemahan parti Islam itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.pelantikan itu bukannya sebagai strategi tetapi menggambarkan kelemahan yang ada dalam Pas.


Sepatutnya orang yang mengetuai pimpinan diberi keutamaan. Mereka sepatutnya memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abdul Rani Osman kerana dilantik mengetuai negeri.PAS bukan lagi sebagai sebuah parti  kukuh yang boleh menjadikan polisi sebuah kerajaan itu kuat.Keadaan nampak kelam kabut. MKP yakin andai kata polisi kerajaan negeri dibuat oleh Exco yang bukan ketua parti, dibawa kepada ketua parti, adakah ketua parti itu boleh menjiwai apa yang dibuat.


Sudah tentu nanti ada percanggahan, bila ada percanggahan ini yang berlaku kepada Hasan Ali. mereka yang dipilih seharusnya menentukan polisi supaya tidak akan bercanggah antara parti dengan kerajaan memerintah.keputusan lantikan dibuat bukan satu strategi tetapi kelemahan yang nyata.Biar rakyat nampak kelemahan dan memang ini yang diamalkan mereka. Negeri tidak kuat... polisi tidak kuat... kerajaan juga lemah.



Thursday, January 12

BERAPI !! Kenapa MKP Mempersoalkan Akidah???



Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di muka bumi ini.

DR Hassan Ali dipecat PAS kerana mempertikaikan soal akidah Anwar dan kini tiba pulak masanya Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kini menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dilihat berada pada kedudukan bahaya dan mungkin pada bila-bila masa akan menerima nasib yang sama seperti mana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat Ahad lalu.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof berkata gerak geri beliau serta segala tindak tanduk Ahli Parlimen Bachok itu mungkin dalam perhatian golongan Anwarinas yang telah berjaya mencampakkan Hasan Ali keluar daripada Pas.

Menurut beliau tidak mustahil perkara yang sama yang menimpa Hasan Ali itu akan turut terkena kepada Nasharudin memandangkan beliau didakwa tidak sebulu dengan golongan Anwarinas yang berada di dalam Pas hari ini.

“Mungkin Pas hari ini menunggu lampu hijau daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat ‘suis utama’ di dalam Pas yang tidak boleh dijentik atau disentuh oleh mana-mana pemimpin di dalam parti berkenaan.

“Apa yang berlaku terhadap Dr Hasan seolah-oleh menggambarkan kedudukan Anwar lebih tinggi ‘darjatnya’ dari kalangan pimpinan Pas yang lain termasuklah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Apa tidaknya…..Sebaik sahaja disentuh oleh Dr Hasan, beliau menerima tekanan dan akhirnya dicampak keluar dengan serta merta tanpa ada sedikitpun penghargaan terhadap Adun Gombak Setia itu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, jika dulunya Hasan dijaja dan didukung sebagai pemimpin serta cendekiawan yang menyertai Pas, hari ini kerana taksubnya kepada Anwar, segala-galanya hilang dalam sekelip mata.

Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menegaskan cengkaman kumpulan yang pro kepada Anwar di dalam Pas hari ini seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Mereka katanya menguasai segala tindak tanduk dan seolah-olah bertindak kepada nasihat daripada orang luar untuk menggerakkan parti berkenaan.

“Kepada Ustaz Nasharudin, bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan kerana kedudukannya dalam paras bahaya….Jika musim tengkujuh, amaran pada tahap berjaga-jaga,” katanya.

Monday, January 9

#fitnah2 Tahniah Anwar Berjaya Pecah-Belahkan Umat Islam Malaysia?.


Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga  wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".
Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.
hasanalidanisteri400
Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.
"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.
Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PHD, saya tahu sistem reseach, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...
"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."
"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan  justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.
Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bahcok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
nasharudin400
Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.
Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri dari golongan profesional yang bukan jenis pak turut danindependent.
Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR)  dalam PRU ke 12.
"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.
Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA,yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengata, Dr Hasan ada PHD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.
Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

Saturday, October 8

HAMPAS KUALA SELANGOR.

Kata negeri berkebajikan, tetapi mengapa terpaksa merayu kepada rakyat? Sepatutnya segala kemudahan disediakan oleh parti yang memerintah! Sampai bila nak tebal muka untuk minta sedekah yang tidak pernah diauditkan? Adakah ini jihad PAS! Amat memalukan sebagai sebuah Parti berkebajikan..tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Belanjawan 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.
Beliau berkata Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatuyang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.
"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, BankNegara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semuapandai-pandai dan ada kelulusan Phd.
"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat.Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama lebih 3,000 masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan Deepavali dan Hari Raya AidilAdha kepada 600 penerima


Sunday, September 11

Khalid Samad...Lu Pikir La Sendiri.



Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam Khalid Samad dikatakan tidak akan dijemput menghadiri acara rasmi sempena lawatan Yang Di Pertuan Agong  Tunku Mizan Zainal Abidin ke Selangor pada 21 hingga 23 September.Andai benar tindakan itu, bermakna Sultan Selangor mungkin sudah murka dengan tindak tanduk Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang begitu kritikal terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Tidak perlu dIulas apa perbuatan Khalid tetapi beliau cukup ‘garang’ menghentam JAIS dalam isu pemeriksaan gereja Methodist Damansara  Utama dan kes beliau akan didakwa kerana memberi tazkirah tanpa tauliah.
Menyerang agensi agama itu sama juga menyentuh Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri.
Baginda Sultan sudah berulangkali mengingatkan tidak membenarkan mana-mana pihak jadikan masjid dan surau di negeri Selangor sebagai gelanggang politik.
Khalid yang didakwa JAIS beri takzirah di sebuah surau di Taman Seri Sementa ,Kapar,Klang pada 16 Ogos di mana beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada bulan 24 November ini.
Tengahari Khamis lalu Khalid yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor beri sidang akhbar di ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur menyentuh tentang tindakan JAIS ke atasnya.
Katanya beliau pernah memohon tauliah tetapi ditolak. Beliau mempersoalkan tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya mengenai alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".
Namun, sumber memberitahu Agendadaily, Khalid tidak ada kelulusan agama sama ada berbahasa Arab atau belajar syariah.
Khalid cuma ada gelaran Ir atau engineer, bahasa Melayunya jurutera.
Apapun, sebagai pemimpin yang mendakwa mewakili parti memperjuiangkan Islam, Khalid tidak patut memersoalkan sampai boleh menyinggung perasaan Sultan Selangor selaku ketua agama negeri.
Sama ada beliau dendam peribadi dengan Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali mahupun Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohd Adzib Mohd Isa, Khalid patut menangani masalah peribadinya secara profesional sama seperti jurutera  menyelesaikan masalah kerja mereka.
Bagaimanapun, Khalid memilih menjolok sarang tebuan.
Andai benar, beliau tidak diundang ke majlis rasmi lawatan Yang di Pertuan Agong nanti, Khalid sudah boleh pikir nilai yang harus beliau bayar untuk meneruskan karier politiknya di Selangor.
Pengundi mahupun rakyat Selangor di Shah Alam mungkin akan fikir dua kali untuk memangkahnya dalam pilihanraya umum akan datang kerana boleh dianggap membelakangkan sultan yang juga Payung Negeri.
Justeru, amat wajar sekali jika Sultan Selangor bertindak demikian sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya berpijak di bumi nyata.
Banyak yang PAS perlu tanggung akibat Khalid selain Mohamad Sabu yang kini berdepan ‘ancaman’ komunis dan ‘telefon sex’.
Jangan terkejut kalau terdengar sok sek ada perwakilan pada Muktamar Agung PAS lalu yang mengundi Khalid dan Mat Sabu sudah mula geleng kepala. 
AgendaDaily

Wednesday, August 17

Pakatan Haram Dah Meroyan,Isu Murtad Membunuh PR.



Pakatan Rakyat sememangnya dalam keadaan kelam-kabut dan tidak terurus. Isu murtad di Selangor adalah senjata paling membunuh yang sangat tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat cuba menggunakan isu pendatang asing dan daftar pemilih. Isu itu cuba mengelabui isu sebenar yang lebih penting.
Hari ini para pemimpin Pakatan Rakyat buat lawak dengan isu kerakyatan dan sumpah sarap dengan kepingan kertas yang kononnya merupakan sumpah yang perlu diperakui oleh PATI (gambar di atas). Sudah ternampak jelas, betapa terdesaknya para pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari kalangan PKR untuk mematikan isu murtad.
Para pencacai Pakatan Rakyat seperti biasa, menjadi anjing yang melolong dan melalak. Isu ini dilihat seperti isu yang sangat penting dan sangat benar walaupun ia sebenarnya tidak jauh tarafnya berbanding iklan yang ditempekkan ke dinding jamban.
Apa yang dikatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tentang ‘operasi menyamar’ untuk mendapatkan pengesahan bahawa berlaku penyelewengan dalam pemberian kerakyatan, adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.
Program 6P yang sedang dijalankan sekarang ialah program pemutihan pekerja-pekerja asing. Ia tidak ada kena-mengena dengan program memberi kerakyatan. Proses memberikan kerakyatan bukannya proses daftar dan kemudian terus diberikan kad pengenalan biru. Zuraidah Kamaruddin sendiri telah pernah melalui proses tersebut. Seharusnya dia lebih faham, sebelum dia memperolehi kerakyatan Malaysia menerusi perkahwinan, berapa lamakah masa yang diambil untuk dia mendapat kad pengenalan biru.
Cerita yang dijaja oleh Zuraidah Mak Lampir sememangnya penuh dengan kisah dongeng untuk menggambarkan betapa terdesaknya UMNO untuk menang di Selangor. Dengan berbekalkan surat yang kelihatannya dicetak sendiri, Mak Lampir mengulangi drama pendaftaran PATI Hulu Selangor sebagai pengundi UMNO-BN.
Tanpa melalui tempoh waktu sebagai Penduduk Tetap, PATI yang diputihkan pada program 6P dikatakan mudah diterima sebagai rakyat Malaysia dengan hanya berjanji untuk memangkah UMNO-BN pada PRU akan datang.
Nampaknya tohmahan yang dilakukan oleh Mak Lampir dan pemimpin PKR terhadap Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, sangat berat. Walaupun ianya kelihatan sangat kebudak-budakan, terutama dengan cerita ‘menyelinap’ masuk dan menyamar sebagai PATI, namun sesuatu yang perlu diterima kenyataannya ialah para pembaca dan peminat Pakatan Rakyat tidak cerdik dan bukannya jenis akan berfikir banyak kali. Apa-apa sahaja yang disumbatkan ke telinga mereka, akan diterima sebagai kanun mutlak.
Perlu diakui, dalam hal memanipulasi sebarang isu, Pakatan Rakyat memang hebat. Apa yang dilakukan oleh Zuraidah Kamaruddin yang sedang hangit di kawasannya sendiri, sebenarnya tidak lebih daripada cubaan untuk lari daripada topik yang lebih hangat dan lebih membunuh PKR di Selangor.
Itulah sebabnya mengapa Zuraidah beria-ia buat dan reka cerita tentang kerakyatan mudah dengan bantuan Nik Nazmi. Dalam hal kerakyatan mudah, yang kelihatan beria-ia dan bersungguh-sungguh adalah PKR. Sebabnya sangat mudah, Selangor kelihatan sangat goyang untuk PKR memegang kuasa. Apatah lagi, terlalu banyak pendedahan yang dibuat terutama sekali kisah penamatan kontrak Alam Flora Sdn. Bhd. yang mempunyai kaitan rapat dengan wakil-wakil rakyat PKR sendiri.
PKR dan para pemimpinnya akan terus melolong dan menyalak dengan isu kerakyatan dan program 6P. Mereka akan terus mengeluarkan ‘bukti-bukti’ yang sangat kelakar sifatnya. Selagi isu murtad diperkatakan, semakin hebat dan lebatlah bukti-bukti seperti yang ditunjukkan oleh Zuraidah Kamaruddin akan dikeluarkan. Soal tulen atau tidak, itu lain cerita. Yang penting, isu sebenar ditutup dan dikambus!
Selagi tak dikambus, hayat PKR semakin hampir…

Tuesday, August 16

Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC Di Dedahkan... EXCO Selangor DAP Terlibat



Menurut sumber ScrewKuat perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka. Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?


Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS. Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini.

Saturday, August 13

Zul Nordin Demo Anti Murtad


Demo Petang tadi,ucapan Zulkifli Nordin yang pedas dan berapi menghentam PAS dan pucuk pimpinan hingga ke Pemuda PAS yang diam seribu bahasa dalam konflik ini.

Thursday, August 11

Sinchew Daily News dah Melampau.



Berikut adalah apa yang ditulis Sinchew Daily News mengenai Hassan Ali dan JAIS... Adakah kerana kebanyakan Melayu tidak membaca akhbar cina, maka sesuka hati mereka menulis tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Melayu lain?

Tertanya-tanya apakah PAS masih ingin bersama DAP dalam Pakatan mereka... Di depan manis tetapi di belakang pisau dihulurkan!!!! 

JAIS-Gereja-Hassan Ali: Bermain Api?


Oleh Lim Swee Guan Timbalan Pengarang Sinchew Daily News Tarikh: 8 Ogos 2011 (Isnin)

JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor Hassan Ali adalah ancaman besar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kuasa kerajaan negeri Selangor. Jika tindakan mereka tidak dikawal, mungkin akan berlarutan dan akan berulang berlaku peristiwa seumpama ini, (JAIS) akan berterusan menggeledah majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja. 
Rekod lepas-lepas JAIS dan Hassan Ali bukannya begitu baik, sebelum ini JAIS pernah mengharamkanpenjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam serta melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak, mereka lakukan tangkapan pada hari Valentine Day, dan menangkap bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri. 
Hassan Ali adalah salah seorang yang berbincang secara sulit dengan UMNO untuk bergabung antara PAS dan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor; beliau selalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan yang membelakangi kerajaan negeri Selangor, apabila MB Selangor berkata tidak mengharamkan menjual tiket judi dalam negeri Selangor, Hassan Ali mahu JAIS dan Exco Agama Negeri Selangor melarang aktiviti penjualan tiket judi. 
Tidak kompromi dan sepakat dalam kerajaan memang lazim berlaku, contohnya isu tentang pemutihan buruh asing, apabila Kementerian Sumber Manusia berkata mahu serahkan urusan itu kepada pihak orang tengah, Kementerian Dalam Negeri pula berkata mereka tidak terima sebarang arahan seumpama itu, tetapi dalam isu dan hal-hal yang lebih besar, mereka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan yang membawa muafakat dan pada masa sama mereka boleh mempunyai pendirian yang sama.
Apa yang membuat orang tidak faham di sini, apa yang berlaku pada 3 Ogos itu dimana pihak JAIS menggeledah dan memecah masuk Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Selepas selang sehari MB Selangor dalam ucapannya rasa kecewa tentang peristiwa itu dan meminta JAIS ajukan laporan; dan Teresa Kok Suh Sim pula memberitahu, pada hari tersebut semua ahli exco mengadakan perbincangan, Hassan Ali dan Ketua JAIS berkata mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. 
Tidak disangka pada malam hari itu pula Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS itu.
Sebenarnya siapa yang bercakap bohong? Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat kawal Hassan Ali lagi. Jabatan Agama Islam Pusat juga mungkin telah nampak bahawa Hassan Ali sudah tidak sehaluan dengan kerajaan negeri Selangor. Dengan itu jawatan pengerusi agama Islam negeri yang disandang beliau ditarik balik, walau bagaimana pun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya mereka lucutkan jawatan Exco Hassan Ali.
Jika Pas mahu ambil jalan tengah, Pas sepatutnya tidak boleh ikut sama rentak mengiyakan tindakan pegawai-pegawai JAIS. Pas sepatunya menjadi salah satu pemimpin dalam agama Islam, sepatutnya Pas mempunyai perhubungan di antara agama lain, tindakan yang mana boleh buat dan yang mana yang dilarang, diperinci dan diperjelaskan dengan teliti, supaya dapat menghalang gangguan dari orang tengah yang mahu merosakkan parti itu, dan pihak luar dikhuatiri dapat ambil kesempatan tarik pengundi yang di tengah-tengah itu.
Sebelum ini, berlaku isu melarang penjualan tiket judi di negeri Kelantan, dan kerajaan Kedah pula keluarkan arahan melarang aktiviti pusat hiburan pada bulan Ramadan (telah ditarik balik), ini menunjukkan bahawa puak konsevatif dalam Pas masih kuat; isu menggeledah gereja itu juga boleh menentukan sama ada Pas boleh lakukan perubahan ataupun tidak. 
Jika ia dapat diselesaikan dengan aman, tindakan Pas barulah tepat, wajar dan akan dapat hasil yang terbaik.
Pegawai-pegawai agama juga perlu disekolahkan, mereka kena faham apa itu maksud penyebaran agama dan apa itu maksud menghadiri aktiviti amal di gereja, mereka tidak sepatutnya memasuki kawasan agama lain untuk laksanakan tugas-tugas mereka. 
Jika di antara agama itu tidak boleh berhubung, jika menghadiri aktiviti NGO dan aktiviti amal, ia bukan sahaja dapat saling memahami antara satu sama lain, jika tindakan itu berlaku ia hanya akan semakin terpisah di antara mereka.
Bayangan-banyangan ini menunjukkan, majlis makan malam itu akan jadi isu politik. Suratkhabar berbahasa Melayu dalam dua tiga hari ini telah membuat liputan mengatakan: “ada pertubuhan yang mengeluarkan peruntukan tarik orang Islam tukar agama”. Ini adalah tuduhan yang agak luar biasa.
Tentang isu Naib Censelor UNiSel letak jawatan, surahkhabar Melayu dalam beberapa hari ini juga asyik menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat; pihak musuh politik mungkin akan ambil kesempatan menggunakan isu majlis makan malam itu untuk merosakkan Pakatan Rakyat, dan mereka akan dapat raih tiket undi orang-orang Islam.
Isu agama itu sangat sensitif, sepatutnya tidak boleh menggunakan isu agama untuk raih tiket undi, ini adalah martabat paling rendah dalam permainan dan percaturan politik. Jika bermain politik tidak ikut paraturan, umpama mereka ini sedang bermain api.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive