Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, December 4

@Sir_Azri Bayar Gantirugi Pada Anwar Guna Duit Seringgit...


Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menjelaskan keseluruhan ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.



Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh anak guamnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Husna Dzulkifli.

Wan Muhammad Azri yang turut hadir memberitahu pemberita, beliau telah melunaskan RM1,260.30 dalam bentuk tunai (note RM1 dan 30 sen) manakala bakinya RM950,000 dijelaskan dalam bentuk bank deraf.

Sementara itu, peguam J. Leela yang mewakili Anwar memberitahu, mahkamah menetapkan esok untuk pihaknya menarik balik petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa blogger itu menyiarkan artikel dan paparan video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac 2013 di blog miliknya, www.papagomo.com.

Pada 28 Februari 2014, Hakim Rosilah Yop memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar jumlah ganti rugi berserta kos kepada Ketua Umum PKR itu selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.

Friday, October 4

APA HAL PULAK @AmenoWorld NIe.......


Selembab-lembab AmenoWorld akhirnya faham juga akhbar rasmi PAS, Harakah sememangnya tido sebantal dengan agama Syiah Sesat. Tiada apa yang perlu dihairankan akan hal ini. Sememangnya telah lama Harakah mempromosi Syiah tetapi itupun dinafikan oleh pemimpin mereka yang buta hati dan buta aqidah.

Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Bila ditanya minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh. 

Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad. 

Juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS. 

Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.

Pemimpin Syiah dalam PAS adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa. 

Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah. 

Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif. 

Fahaman Syiah diasaskan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’aa, Yaman yang pergi ke Madinah ketika pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau berpura-pura masuk Islam dan berlagak alim untuk menyebar dakyah bahawa Saidina Ali adalah pengganti Nabi Muhammad SAW, menuduh semua sahabat Rasulullah adalah murtad, isteri Baginda, Aisyah seorang penzina dan pelacur, manakala Imam Syafie, Hanafi dan Maliki adalah kafir.

Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, pengikut Syiah anggap Saidina Ali lebih mulia daripada Rasulullah dan kononnya Malaikat Jibril sepatutnya hantar wahyu kepadanya, bukan Nabi Muhammad. Bagi mereka, al-Quran boleh diubah, dan periwayat hadis seperti Abu Hurairah dan Amru bin Asy adalah pembohong. Mereka anggap solat Jumaat tidak fardu, manakala amalan meratap dan memukul badan sehingga berdarah tanda kesyahidan Saidina Husin adalah sebahagian penyelewengan akidah mereka.

Yang menarik ialah kahwin mutaah, yang boleh dilakukan dengan sesiapa, hatta untuk beberapa jam dengan sedikit bayaran dan tiada had berapa orang. Ulama Syiah bernama Yusuf Sani’ie mengulas sebahagian bab akad dan nikah dalam Kitab Tahrir Wasilah karangan Khomeini seperti berikut: “Boleh menggauli isteri dari dubur dengan syarat mendapat keredaannya. Bermesra-mesra dengan cara meraba isteri yang belum mencapai umur sembilan tahun (termasuk yang masih menyusu) dengan syahwat atau memeluknya atau ‘bermain-main’ dengan pahanya, adalah harus.” Bagi kita, ini adalah perbuatan keji, mungkar dan zalim.

Friday, February 22

PEMIMPIN BARISAN NASIONAL HINA BLOGGER DAN CYBERTROOPER PRO-BN.......


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. 

Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...


APA HAL DOCTOR NOVANDRI MENGAMUK PULAK...........

Dedahan terbaru dari MIM mendedahkan bahawa blogger pembangkang hanya menfitnah tanpa usul periksa dan mengikut hawa nafsu sonsang demi kepentingan politik untuk menghasut supaya membenci BN dan pemimpin PAS sendiri..

Ikuti pendedahan blog Dr Mim yang turut berada

MiM ingin memperbetulkan kenyataan Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura PAS yang dilaporkan di dalam Harakah Daily.

Di antara kenyataan beliau :

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009.  
Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.  
Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 
"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.
"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. 
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, MiM merupakan salah seorang daripada wakil delegasi Malaysia di International Conference Asian Political Parties (ICAPP) di Cambodia.

MiM juga telah menulis 3 entri secara langsung tentang program ICAPP itu. Di antaranya :

ICAPP yang di adakan di Phnom Penh, Cambodia masuk hari kedua. Untuk pengetahuan semua, wakil-wakil Malaysia yang hadir adalah dari wakil parti politik Malaysia. Parti UMNO di ketuai oleh DS Shahidan Kassim. Yang turut hadir ialah DS Ir Mohd Zin Mohamed, Puan Shahamin Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan lain-lain.
 

Di sana juga penulis telah berkenalan dengan 3 wakil PAS. Di antaranya ialah Dr Raja Ahmad, Ketua Lijnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat, Dr Ahmad Shamsuri, SU Politik Presiden PAS dan Ustaz Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syurah PAS.Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.MiM juga turut merakam beberapa video semasa berada di persidangan itu. Sila rujuk : 
ARTIKEL 1  ARTIKEL 2  ARTIKEL 3


Maka, pembetulan yang ingin MiM sampaikan ialah :

1. Program yang dihadiri oleh Nik Zawawi bukanlah Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) seperti yang dilaporkan oleh Harakah. 

2. Ianya ialah International Conference Asian Political Parties (ICAPP) 

3. Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 

4. Padahal, isyarat di dalam foto di atas tidak seperti yang dinyatakan.

5. Tatkala foto ini di ambil, simbol itu merupakan isyarat 1 Malaysia bukannya 'One Nation Political Parties'.

6. Perkara ini juga disahkan oleh rakan-rakan lain di dalam delegasi Malaysia. 

7. Correct me if I'm wrong, sebenarnya tidak ada pun isyarat 'One Nation Political Parties' semasa ICAPP di Cambodia.

Sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS, MiM sarankan kepada Nik Zawawi supaya memperbetulkan kesilapan beliau tentang program yang beliau hadiri di Cambodia. Respons segera ini disarankan supaya kita tidak menganggap beliau tidak peka dengan program yang beliau sendiri hadiri.

Dan mengenai foto kontroversi 1Malaysia pula, MiM sangat hairan dengan sikap Nik Zawawi yang seolah-olah melenting cuba menafikannya. Teruk sangatkah jika perkara ini benar?

Padahal, Nik Aziz sendiri rileks sahaja memakai baju berlogo 1Malaysia.


MiM cabar Setiausaha Majlis Syura PAS menjawab penjelasan MiM ini. Jangan dek perkara ini, nama baik beliau tercemar dan diragui pula.

Tuesday, January 22

RANKING TERKINI BLOG PRO KERAJAAN 21/1/2013...


Ranking terkini blog Pro-Kerajaan pada 21 januari 2013,Ranking ini telah dikeluarkan setiap minggu oleh SuaraGenerasiBaru bermula dari 2013.MKP agak pelik dengan keadaan ini selalunya ranking hanya dikeluarkan pada awal bulan sahaja.

Kemungkinan PRU -13 hanya tinggal sebulan dari sekarang , Cara yang terbaik untuk memperkukuhkan kedudukan blog menyokong kerajaan serta memberi motivasi pada para blogger untuk berkerja lebih tekun dan bersemangat menentang pakatan harami adalah memperingati rakan-rakan blogger dengan mengeluarkan ranking terkini setiap minggu. Bagus jugaklah strategi yang digunakan oleh Admin SGB nie...

Sebagai Blogger yang berada di Pulau Pinang agak berbangga bila yang berada dipuncak adalah rakan dari Pulau Pinang...Perghhh mantop lu bro dah banyak bulan lu rampas carta teratas...... Blogger yang MKP maksudkan adalah MPP dan kedua adalah Dr MIM dan ramai lagi dari Penang nie tahniah sahabat seperjuangan...





Thursday, January 17

@AmenoWorld BETULKE WANITA TERLEBIH MAKE-UP NIE LU.....




Ada jugak yang dah dapat mencari blogger macai yang pernah counter blog MKP...Adakah ini orangnya kalau benar MKP nak kenalan boleh?.Muka bolehlah tahan macam kajol tapi make-up terlebih sudah...huhuhu..

  AMENO WORLD yang kononnya diuruskan oleh seorang wanita bernama Siti Norashikin.



Dan ini pula identiti sebenar AMENO WORLD.


Jantan rupanya.

Kalau tak percaya, anda boleh cari fail MS Excel tersebut di Google.



*Kenapa ramai blogger pembangkang ada masalah identiti? Mungkin sebab itu mereka menyokong Anwar Ibrahim. 

Wednesday, January 16

ANAK SUNGAI DERHAKA KINI MENJADI BURUAN.......... @AnakSgDerhaka


Anak sengal negara @ Anak sungai DERHAKA kini dicari. Desas desus blogger-blogger disini begitu kecoh bila dikatakan ASD nie jugak yang merupakan diantara disyaki pemberi maklumat tawaran REWARD MENCARI BLOGGER PISAU.NET sebanyak RM 1000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat Kepada orang kuat DAP. beberapa nama disebut-sebut juga diantara yang disyaki menjadi talibarut serta cai angguk suruhan DAP 

Sebagaimana yang siarkan di Buletin atau berita TV3 sebentar tadi dicari atas sebab banyak menyebarkan Fitnah terhadap Kerajaan, UMNO, BN malah Perdana Menteri juga tidak terlepas, dengan memaparkan pelbagai cerita rekaan dalam siri pembohongan dalam laman Blog ASD dan beberapa bloggers upahan memaparkan pelbagai Fitnah demi mahu undi rakyat denga menipu kenyataan serta Fitnah

Buru  hadapkan ke Makamah. Tindakan mencari Bloggers yang tegar dengan fitnah ini    bila begitu banyak Fitnah yang disebarkan untuk kelirukan dakyat yang kononnya pelibatan rasuah serta memberi pembaca mengesyaki pelbagai keburukan, rasuah, korupsi malah melebelkan sebagai Pembunuh untuk menjadikan rakyat Percaya dengan rekaan fitnah seterusnya keliru serta  menge  syaki serta melebelkan PM sebagai pembunuh atau terlibat dalam pembunuhan altantuya  

Mengadakan kekeliruan kepada rakyat dengan fitnah ASD terhadap Rosmah dengan mengaitkan Deepak yang kononnya banyak bukti dalam mereka cita kaitan Deepak, Rosmah malah DS Najib sendiri terlibat dalam penyelewengan serta rasuah.   

Tindakan begini  juga amat diharap oleh kebanyakan bloggers kerana disyaki juga dia Dalah pembocor maklumat kepada tawaran RM 1000 untuk sesiapa yang dapat menjadi pencacai DAP membocor identiti blogger Pisau yang sekali gus menjadikan Pisau serta keluarganya terancam

Kali nie dia pulak akan merasa bagaimana dalam buruan seprti Pisau bila bakal ada pembongkaran balik kepada dia sendiri, macam biasa ler bila dema ngutuk cukup handal tapi bila kena tang dema baruler kita tau dia pulak yang menghilang dengan sama telurnya pun turut hilang... amacam baru tau langot tinggi rendah!!!

Monday, January 7

BLOGGER MELETOP PENANG KENA SAMAN.....


Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Saturday, October 20

BLOGGER BODOH SILA PAKAI HELMET SEBELUM TEMBAK? @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu



Setelah gagal untuk memfitnah Menteri Besar Perak, kini Pas menghalakan serangan kepada Setiausaha Politik MB iaitu Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie. Tanpa usul periksa blogger pembangkang terus menyerang setpol MB itu dengan menuduh Datuk Shalimin bersubahat dengan konsert amal yang ditaja oleh pengeluar minum arak Tiger Beer.

http://perakite.blogspot.com/2012/10/setpol-zambry-rasmi-konsert-amal-tiger.html


Wednesday, October 3

CHEGU BARD DAH TAKUT DENGAN BLOGGER PENANG? @DzainalAbidin


Dakwaan serkap jarang telah dibuat oleh Chegu Bard mengenai sorang blogger Penang.Kenapa pulak chegu Bard kecut teloq dengan dedahan blog Penggempur Mutiara..Mungkin dah kantoi dengan dedahan panas sebelum ini..

Untuk makluman Chegu Bard dan pencacai pembangkang individu didalam gambar itu bukanlah Blogger Penggempur Mutiara dan tuduhan ini mencerminkan kebodohan Chegu Bard sendiri membuat tuduhan tanpa usul periksa dan kesian kepada mamat yang berbaju kotak tue....Kena fitnah dan macam mana nak cari makan lepas nie???? Nasihat MKP kepada Chegu Bard selidik dulu......Macam nie ke pemimpin yang bakal diangkat oleh PKR untuk memimpin tapi membuat tuduhan serkap jarang? Memalukan!!!!


Tuesday, September 25

GEMPAR BLOGGER ELIT PENANG NAIK MIG-N29


Ada jugak blogger pencacai jilat pungkoq Anwar kata DS Zahid hamidi naik jet pegi menunaikan haji di Mekah dan dakwaan yang telah dibuat ini tanpa bukti serta gambaq. Woi celaka nak fitnah pun biarla ada bukti serta gambaq yang boleh diterima akal bro......akal letak dekat lutut mamat nie.......Kalau setakat dakwaan dari email MKP pun boleh buat der..........

Monday, September 17

Papan Tanda Istimewa Untuk Para Blogger!


Comel kan papan tanda ni?

Teguran kepada diri sendiri & rakan semua. Bab mati ni sensitif sikit. Terasa ngilu dan dingin bila dengar lagu "Bila Izrail datang memanggil... Jasad terbujur di pembaringan".

Bila sentuh bab mati, dalam kepala aku teringatkan kejahilan & keburukan yang aku dah lalukan. Rasa haus, rasa kosong dan berdengung panjang. 

Thursday, August 23

Jangan Menfitnah!!!Kuda Tua Blogger APA.


Jika ini yang pinta MKP dah beri serta menjawab segala tomahan yang berbaur fitnah terhadap Datuk Ahmad Maslan.Sengaja untuk tidak menyiarkan gambar ini terlalu awal kerana menunggu blogger kuda tua meroyan dulu...Dah jawab ke atau mahu lagi gambar?Kalau nak buat fitnah lain kali agak-agaklah....MKP sengaja simpan benda nie sebab bulan puasa malas nak melayan blogger nafsu buas menghentam Pemimpin UMNO.Seronok korang ek menghentam dan dispin oleh blogger belah sana? 

Saturday, July 7

Terima Kasih Semua, Selamat Tinggal.


Setiap yang bermula pasti ada akhirnya,MKP ucapkan Jutaan terima kasih kepada semua pembaca serta rakan-rakan blogger mahupun dari Pro BN dan Pakatan Rakyat.Jika ditakdirkan inilah kesudahanya.Selamat Maju Jaya kepada semua.



Thursday, July 5

GAMBAR UNCLE SEEKERS DIGARI?


Gambar dari Sinar Harian yang MKP cilok.Sapa yang bersama uncle ni? Cun jugak ek?Kini apa yang telah dilaporkan disahkan oleh Sinar Harian dan pihak Polis.Uncle ditahan kerana penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.Artikel sebelum ini klik

UNCLE SEEKER DITAHAN POLIS?

Dari semalam MKP memerhati dan mengikuti perkembangan terkini uncle seekers nie?Kini apa yang telah dilaporkan disahkan oleh Sinar Harian dan pihak Polis.Uncle ditahan kerana penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu.Turut ditahan seorang perempuan berusia 26, dikenali sebagai Siti Nadhirah Mohd Zain.Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972.Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

MKP Ayat Sempoi : Kita tunggu apa kesudahan cerita ini.Mungkin suatu hari nanti MKP dapat bertemu dengan Uncle Seekers.

Wednesday, July 4

BLOG RIZIQIN (UMB WILAYAH) TELAH HILANG DARI ALAM MAYA?


Semalam MKP telah menerima BBM daripada Riziqin menyatakan berhati-hati dengan serangan virus kelaman blog Pro Kerajaan,semua aplikasi keselamaan telah diaktifkan dan dipertingkatkan untuk menangkis serangan bertali arus itu akan tetapi sayangnya blog beliau sendiri kini telah dikeluarkan dialam maya ini.Kenapa dan mengapa MKP tak dapat kepastian hanya tuan punya blog dapat memberi penjelasan.MKP berharap semua blogger berhati-hati dengan serangan virus terbaru ini.

Wednesday, June 27

MARIA DAN KISAH POLITIK TAN SRI?


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Berikut adalah luahan rasa Semut Hitam 


Dulu orang kata Politik dan hiburan ni adalah dua perkara yang berbeza. Ada orang pesan, jangan campurkan dua perkara ni sebab ianya tak de kena mengena.

Malah, ada jugak dikalangan blogger yang buat cerita artis diboikot oleh sesetengah blogger lain hanya semata - mata enggan dengar cakap orang lain.

Tapi hakikatnya, sekarang dunia artis dan dunia Politik tu sudah menjadi satu. Ianya tidak dapat nak dipisahkan lagi sejak artis pun mula berkecimpung dalam Politik.

Bagi Semut, tidak kira sama ada orang tu artis ke, penjual burger ke, tukang kebun ke atau sesiapa sahaja, sudah pasti Politik akan melingkari hidup dia.

Seperti kata Umar Al Khattab. Politik ini berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Didalam agama memang ada wujudnya Politik atas dasar prinsip tersebut.

Melihat kepada perkembangan tersebut, sekarang, media hiburan pun dah mula berminat untuk menyiarkan berita mengenai Politik dalam laman web mereka.

Malah, satu forum khas bagi membincangkan perkara tersebut turut bakal diadakan kelak. Jadi memang tak salah la kalau kami 'blogger artis' ni buat cerita artis dalam blog Politik. Sebab Politik dan artis sekarang pun tak dapat dipisahkan jugak!!!

Sunday, May 6

BLOGGER PRO UMNO "ANAK HARAM".


Terkejut MKP baca bila Salahuddin Ayub kata macam tue,,,,Adakalanya terfikir jugak bila Pemimpin durjana nie kata macam tue pun ada benarnya akan tetapi bukan semua yang macam tue hanya segelintir aje...kalau nak kira dengan jari tangan tak sampai sebelah tangan aje?Tak payahlah nak jelaskan lebih lanjut kat sini nanti ada pulak yang meroyan.MKP teringat kata-kata munafik seorang rakan "Kita nie diambang pilihanraya apa guna nak pilih kem baik damai aje"ayat memang sedap didengar macam tengah pekena nasi kenduri al maklum sedap sebab free. 


Berbalik kepada Salahuddin nie hampa jangan terkejut dengan tajuk entry ni.. Ia memang diucapkan oleh Salahuddin Ayub yang sakit hati bila dia dikaitkan dengan satu skandal tak lama dulu.

Kata Salahuddin, pemimpin kerajaan gunakan blogger ANAK HARAM Umno untuk tuduh dia..haaa dia nie buat lawok tahap gaban dan sanggap kot?

Selama ni, MKP tak pernah dengar lagi pemimpin kerajaan maki hamun blogger Pakatan laknatullah sampai tahap macam tu walaupun blogger-blogger lembu dorang tu memang mulut macam neraka..

Tapi 'semulia-mulia' pemimpin Pakatan khususnya PAS, dorang berani melabelkan blogger pro Umno sebagai ANAK HARAM!!! Itu sudah kira dahsyat!!!

Dalam video kat bawah ni, korang nilaikan sendiri perangai sebenar pemimpin PAS dan Pakatan.. Dan korang bandingkan sikap dorang dengan pemimpin kerajaan yang ada sekarang..

Pasal tuduhan blogger Umno ANAK HARAM tu.., nanti kita kira ye Din.. Kita tengok nanti sapa yang jadi ANAK HARAM



Tahniah la MKP ucapkan kepada blogger otai PRO UMNO kalau dah macam nie riaksi Din Pudu bermakna berjayalah hasil kerja yang ditunjukkan oleh hampa PAPAGOMO.DR MIM.EMPAYARPEMUDA.MPP,PARPUKARI,GERAKAN ANTI PKR, MYMASSA,PISAU DAN LAIN LAIN

Monday, April 30

PANAS BEB BLOGGER @AMENOWORLD NAK BUNUH DIRI


CT tak kenal pun siapa Blogger Amenoworld ni! Tak pernah kenal! dan rasanya tak perlu kenal! Cuma Blogger Amenoworld ni melahirkan rasa menyesal insiden-insiden yang berlaku semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari. CT pun terkejut gak bila Amenoworld membuat pendedahan bahawa Anwar dan Azmin beri arahan kepada peserta untuk merempuh halangan polis. Sampai ada hebahan berita dari mulut ke mulut kematian peserta BERSIH supaya menaikkan kemarahan peserta perhimpunan. Seperti kata Amenoworld, "KEBENARAN TIDAK BOLEH DISELINDUNG" CT setuju sangat! ALLAH MAHA ADIL DAN SAKSAMA...READMORE

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive