Showing posts with label mahasiswa PKR. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa PKR. Show all posts

Sunday, February 17

Adun Pulau Manis, Pekan Pahang Maki Hamun Mahasiswa


Kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Pekan, Khairudin Mahmud mengamuk dan memaki mahasiswa yang masuk bertemu penduduk di kawasannya tanpa kebenaran beliau kini menjadi video top di youtube.

Video itu menggambarkan YB Khairudin yang lebih dikenali Cikgu Din itu menemui para mahasiswa yang masuk ke Pekan melalui Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) untuk menyampaikan agenda mereka.

Mahasiswa nie membawa flyer fitnah dan menghasut penduduk kampung mana tak naik angin, Mahasiswa adalah golongan terpelajar tapi mengapa boleh dipergunakan oleh pihak pembangkang untuk menyebarkan fitnah...

Sepatutnya bila masuk kampung orang tue bagilah salam atau pandai mengambil hati orang tua ini tidak  main terjah aje....

MKP dengar ada jugak suara makcik yang berhujah mempertahankan BN. Mati kutu mahasiswa yang baru nak kenal politik nie der...Korang masuk tempat DS Najib Razak der kena ingat!!!! 

MKP tak salahkan Adun Pulau Manis kerana beliau adalah Guru dan amat faham apa yang harus dilakukan oleh Mahasiswa pada dan ketika ini..Belajar dulu bila dah dapat segulung ijazah tue nak berpolitik tungging terbalik pun lantak korang lah...

Korang belajar pun hasil dari duit makbapak korang sepatutnya ingat pada pengorbanan mereka.Jangan mempersiakan waktu belajar ini untuk berbuat kerja yang tidak menguntungkan korang demi taksub pada omongan kosong anwar kaki suntut ChinaDoll...

Friday, January 4

ADAM ADLI KUDA TUNGGANGAN MAT SABU PULAK....


Adam Adli dan Safwan Anang pulak menjadi kuda tunggangan Mat Sabu...Selepas Ambiga menarik diri dan tak mahu bersengkongkol dengan BERSIH sebelum ini...MKP agak pelik semalam didalam ucapan Safwan Anang bahawa tak mahu parti politik masuk campur tapi hari nie dah kona baring pulak..

Thursday, January 3

DATARAN MERDEKA KECOH KERANA KHEMAH ATAS LORI.....


Adam Adli sekali lagi lagi cuba buat hal dengan menimbulkan kekecohan diDaratan Merdeka...Cuba korang tengok gimik gampang yang cuba dibuat oleh mamat sengal ala jambu anwar nie..

Sunday, December 23

JIKA LANGGAR UNDANG-UNDANG TANGKAP AJE JANGAN KASI MUKA?

Kalau dah kurang assam sangat apa lagi tangkap dan dakwa aje mahasiswa yang kurang sopan nie.Meraka bukanlah suara majoriti aakan tetapi hanya bilangan yang agak kecil.

Mak dan Bapak mereka punya berbangga apabila anak mereka menjadi mahasiswa akan tetapi mahasiswa yang terpesong dengan dakyah palsu pembangkang...

Sikap mereka bukan saja dipandang serong masyarakat akan tetapi mencemarkan nama mahasiswa itu sendiri...Apa korang nak lagi jika dah melanggar undang-undang dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah bererti memang anda salah...



Friday, June 8

KHALID ISMATH DIGANTUNG 3 SEMESTER,MESTI BAPANYA RESTU?


Beginilah nasib apabila mahasiswa telah melanggar tartatertib yang telah ditetapkan oleh pihak UITM.Sudah tentu pihak Ibubapa akan menyalahkan Kerajaan dan pihak UITM walaupun tidak disuarakan secara in-direct namun sikap sayangkan anak sudah tentu akan membela anaknya walaupun ibubapanya tahu akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.MKP teringat kata-kata pujangga oleh P. Ramlee dalam filem Anakku Sazali hayatilah video dibawah supaya memberi pengajaran kepada kita semua.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini. 
Khalid, 22 dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
"Selain digantung pengajian, saya juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan bagi semester ini," tambah beliau. 
Beliau yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). 
"Tujuan saya bukan semata-mata kerana politik, tetapi saya mahu meneruskan usaha gerakan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi meneruskan perjuangan, menyuarakan pendapat dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara.sinarharian
Ingatlahkah kita pada kenyataan bapa kepada khalid ismeth nie....samalah seperti yang telah MKP nyatakan diatas kerana sayangkan anak sanggup membela anaknya sedangkan tahu apa yang dilakukan bakal dikenakan tindakan.Terlajak perahu masih boleh berundur akan tetapi jika sudah terlajak perbuatan terimalah natijah dari perbuatan kita.Adakah pihak pembangkang akan terus membela Khalid Ismeth nie dengan menyambung pelajaranya di Universiti Selangor yang mereka kuasai..? 

Sunday, February 12

Adam Adli Lari Ke Balai Polis.

Adam Adli lari kebalai Polis selepas dikejar oleh Pemuda Kelang selepas membuat provokasi di Bahagian Itu semalam.

Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh pemuda sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.

Makluman daripada penduduk tempatan; Pemuda UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".

Pemuda UMNO/BN memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengarahkan orang ramai bersurai di semua jalan masuk menuju ke dewan.Mereka hanya mahukan Adam Adli.

Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan Pemuda UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program.

Pemuda UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Pandamaran.

Adam Adli lain kali jangan suka membuat kacau ditempat orang inilah padahnya jika masuk rumah tak bagi salam.

Sunday, January 29

Ostaz Zizan Tak Iktiraf Buku Jinggay Bila Nak Kena Pecat?



Ostaz Zizan nie bercakap seperti tak iktiraf buku Jinggay yang dibawa oleh PKR,Nampaknya Geng Anwar tak tegur atau takut dengan Ostaz tak tau nie???Ostaz Zizan mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa.Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.
"Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain".
Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya. 
“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama.


Sunday, January 8

VC UiTM Diperlakukan sebegini disebabkan menjaga anak bangsa?

 



Sejak kebelakangan ini kelantangan VC UiTM menjaga kepentingan UiTM dan anak bangsanya memanaskan puak-puak pakatan HARAM.

VC UiTM cuma mengingatkan anak-anak bangsanya supaya menumpukan perhatian di minggu-minggu peperiksaan akhir dan tidak menyertai demostrasi.

Pihak  VC UiTM cuma buat roadblock dan gantung banner (rasanya inisiatif MPP) menetang pihak yang cuba mengajak mahasiswa berdemostrasi.

Adakah tindakan VC UiTM ini salah?

Tindakan pencegahan supaya unsur-unsur demostrasi tidak masuk ke dalam kampus supaya tidak menggangu anak bangsanya seramai 30,000++ supaya fokus kepada final exam dikecam pihak pakatan HARAM.

Adakah kerana tidak memihak kepada yang menganjurkan demostrasi VC UiTM layak dikutuk?

Lihat...Deputy Information Chief for  KEADILAN Malaysia dalam tweetnya...

Marah betul si NAJWAN Halimi ini... Kenapa?

Sampai serangan peribadi pun menjadi target utamanya...Warna KULIT yg ALLAH s.w.t jadikan pun dipolitikan...

Adakah anda tidak suka KAUM TAMIL???

KAUM TAMIL tiada ke dalam PKR???

Anda anti KAUM TAMIL ke???



BACA SETERUSNYA


MKP kata:Salahkah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan demi menjaga keselamatan anak bangsa walaupun bukan anak sendiri.akan tetapi telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik sempit mereka dengan alasan mansuhkan AUKU.Tembelang mereka telah didedahkan,oleh itu mahasiswa patut menilai dengan akal yang waras dan terbuka terhadap mahasiswa dipergunakan oleh mereka.  

Tuesday, January 3

18SX : Mahasiswa Terlampau!!!



Jangan Tengok jika anda tidak cukup matang untuk berbuat sedemikian."Penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal."-Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Safwan Anang Boleh BerLAKON NAZAK....ISTERINYA MASTURAH PERNAH BERLAKON HILANG.


Memang dasar penipu kedua pasangan duasejoli nie,dari apa yang diperhatikan MKP lebih mencari apa yang telah diselidik dengan fakta yang sahih,rupanya depa nie adalah pelakon terbaik tahun baru dek kerana mentornya Anwar,akhirnya kantoi dengan perbuatan menipu itu sendiri.Apa nak jadi dengan depa nie berikut adalah apa yang berlaku terhadap isteri beliau Mastura Abu Bakar.


Misteri kehilangan Masturah Abu Bakar tidak perlulah MKP ceritakan panjang lebar kerana ianya sudah dilaporkan di dada-dada akhbar samada mainstream ataupun tidak. Sila rujuk di sinisini, dan sini.


Untuk makluman pembaca sekalian, kes kehilangan Masturah ini telah pun menjadi satu kes polis. Dan ianya masih dalam siasatan. Namun siasatan pastinya terganggu ekoran keengganan Masturah untuk ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) bagi tujuan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan psikologi. Malah ibunya, Mariam Abdul Rashid meminta kebenaran dari PPUM untuk membawa pulang anaknya ke rumah kononnya 'tidak ada sesiapa yang akan menjaganya' ekoran keluarga Masturah yang akan berangkat ke Indonesia.

Namun apa yang menghairankan ialah bagaimana seseorang yang mendakwa mahu ke Indonesia, akhirnya kantoi sedang berkempen di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau? Apakah Ibu Masturah 'terlupa' untuk ke Indonesia? Atau sebenarnya adalah alasan untuk 'Melarikan' anaknya dari diperiksa kesihatannya oleh PPUM?

Kepada Masturah Abu Bakar, kami tahu kamu ini merupakan seorang pelajar dalam jurusan Sains Politik Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bercita-cita tinggi mahu menjadi Ahli Parlimen menjelang 2020, namun tindakan kamu melarikan diri dari menjalani pemeriksaan kesihatan adalah satu tindakan yang kurang wajar. Janganlah disebabkan ilmu yang kamu pelajari di API menjadi asas untuk kamu membuat pelbagai helah.....Kalau kamu benar-benar di pihak yang betul, mengapa takut untuk menyatakan kebenaran? Mengapa masih melarikan diri? Mengapa kamu boleh ada masa membahagikan bunga-bunga ros sempena Hari Wanita Sedunia di pondok Bas berdekatan Perpustakaan, tetapi kamu tidak ada masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di PPUM? Apa yang cuba kamu sembunyikan wahai Cik Masturah?

Tidak ada gunanya kamu belajar tinggi-tinggi dalam bidang sains politik Islam kalau kamu sendiri tidak mengaplikasikan segala ilmu yang kamu pelajari. Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi pembohong. Maka dengan itu nyatakanlah kebenaran, walaupun pahit untuk ditelan.

Kepad Masturah, jangan disebabkan kerenah kamu, orang lain pula yang akan mendapat susah. Sudah berapa minggu ini, MPMUM masih belum dibentuk. Dan kami mendengar cerita, kelewatan pengesahan status MPMUM ini kerana 'Kes Kehilangan' kamu ini masih belum dapat dirungkai.

Yuyu Luna Klu Dah Termakan Air Kaki Aljuburi Beginilah Perangainya?



MAHASISWA sekarang lebih kepada berpolitik dari belajar(bukan semua yang bersikap menentang),jika dahulu pada zaman MKP menjadi mahasiswa tak ramai pun yang menentang AUKU nie,Banyak yang patut difikirkan dan lebih kepada pelajaran , almaklum MKP bukanlah orang senang dan masuk universiti pun keluarga dikampung berharap dan memberikan kepercayaan yang penuh supaya nasib keluarga berubah.Umpama hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kehidupan MKP dikampung.Nasib baik mendapat biasiswa dari kerajaan ringanlah sikit perbelanjaan keluarga menangung MKP belajar.Alhamdulilah berkat doa keluarga yang susah MKP lulus dengan cermerlang.Kini dapatlah menanggung keluarga dan berubahlah nasib keluarga MKP.Terima kasih Kerajaan BN kerana membantu keluarga miskin seperti MKP melanjutkan pelajaran dengan kouta yang diberikan.Akan tetapi kisah berbeza dengan Mahasewel yang membuat onar di depan UPSI baru-baru nie  






klik gamabar untuk memperbesarkan imej.




Kasihan rupanya pelajar-pelajar yang terlibat merusuh semata-mata membela nasib mahasiswa biadap bernama Adam Adli terdiri daripada anak-anak mereka yang berpendapatan rendah. Kebanyakkan dari mereka berasal dari Pantai Timur :


Ada ibu bapa yang bekerja tukang jahit, petani dan selebihnya bekerja sendiri - namun pendapatan bulanan ibu bapa pelajar ini di bawah RM1000 sebulan.

Tidakkah mereka kasihan dengan perit jerih ibu bapa mereka yang menghantar mereka ke menara gading semata-mata untuk melihat mereka berjaya?

Kita lihat beberapa lagi pelajar yang terlibat serta diperbodohkan oleh Adam Adli yang mana kita dapat maklumat sebelum berhimpun beliau dipercayai berjumpa dengan seorang pemimpin politik pembangkang.



Lagi para 'mahasewel' yang terlibat dalam kejadian merusuh serta memfitnah pihak PDRM :







Nama : Mohd Salaihudin Bin Mat Jusoh 


Fakulti Sains Kemanusian/Semester 8/Pengajian Malaysia/AJK Tertinggi LMP 


Facebook: Park Jung Din









Nama : Amar Afiq Harun


Diploma Sains/Semester 2/AJK Tertinggi LMP

afiq_92sya@yahoo.com





Kumpulan pelajar di atas dipercayai turut terlibat dalam menulis status di laman facebook mengatakan bahawa polis bertindak kejam serta memukul Safwan Anang sehingga berdarah. 

Betulkah dakwaan ini?

Jika benar...

Kasihan sungguh tidakkah mereka sedar bahawa Adam Adli mempergunakan mereka semata-mata untuk membebaskan dirinya dari dihukum oleh pihak pentadbiran UPSI? 

Pelajar lain sibuk mengulang-kaji untuk menghadapi 'final exam' kamu sibuk merusuh... isk..isk..isk...

Sabar belum habis lagi, sambung lagi dengan paparan gambar perusuh yang dipercayai turut terlibat memecahkan pintu klinik Syifa :


Yuyu Luna klu dah termakan air kaki aljuburi beginilah perangainya
Mereka-mereka ini dikeldaikan oleh Adam Adli yang dipercayai mendapat sentuhan 'ajaib' dari Chegubard ahli AMK yang mengetuai SMM.

Dalam kebebasan bersuara, kita perlu tahu batas-batas lebih-lebih lagi kamu adalah golongan mahasiswa yang bakal bergelar guru serta bertanggungjawab mendidik anak bangsa kelak. 

Jika sikap ekstrem begini ditunjukkan ketika masih belajar tidak hairan jika sekolah-sekolah di Malaysia kelak hanya mampu melahirkan golongan murid yang tidak berkualiti.

Soalan akhir saya kepada golongan 'cerdik' ini - bukankah kerajaan telah mengumumkan untuk mengkaji serta memansuhkan AUKU dan membenarkan mahasiswa berpolitik. Jadi apakah tujuan sebenar perhimpunan di hadapan UPSI tempoh hari?

Saya beranggapan tujuan perhimpunan yang diadakan tempoh hari bertujuan :

  • Untuk menyelamatkan 'batang tengkuk' Adam Adli yang bakal dibuang kolej dan akan gelap masa depannya?
  • Untuk melatih mobilisasi sempena 9 Januari yang akan datang?
  • Atau pun perhimpunan diadakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari salah pihak berkuasa dengan harapan imej kerajaan berjaya diburukkan?

Laporan terkini menyatakan ada yang telah membuat penafian terhadap penglibatan mereka dalam rusuhan depan UPSI BACA DISINI

ANWAR 'MELIWAT' SYUKRI DEMI JAWATAN PERDANA MENTERI


Tapi harus ingat...orang lain pun MAHASISWA juga jangan jadi macam MAHASEWEL. Cuma MKP tak berideologikan KHAWARIJ macam korang ni.Oklah...sebab korang 'proclaim' diri korang sebagai 'BEBAS'...MKP nak tanya kau lah Syukri. Boleh kau nyatakan hubungan 'ISTIMEWA' kau dengan ANWAR IBRAHIM?




Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim. 
 
Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah.
 
"Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'.

"Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.


Depa nie MKP pening,PAS pulak ditembak oleh mahasewel nie kerana isu KUIN.Dasar tak malu puak PAS nie ditemplak oleh SMM sendiri.Puak mahasewel nie hanya berkiblatkan Anwar. 

Monday, January 2

Gempar:Adam Adli Mengamuk Lagi!!!



Kereta Kawan Adam Adli dipecahkan cermin hadapanya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,sudah tentu Adam akan menyalahkan orang lain padahal tiada bukti yang sahih atau saksi yang nampak kejadian tersebut.


 


Budak kontroversi Adam Adli mula mengamuk di twitter nya bila kereta rakan baiknya yang juga pelakon terbaik demo SMM , Safwan Anang telah dipecahkan .


 

Seperti skrip Pakatan yang menjadi  kebiasaaanya , pastinya  isu kereta Safwan Anang  akan  digunakan semaksimum mungkin untuk meraih simpati dan publisiti .   Mana tahu duet  Perlis iaitu Dr Juanda - Dr Asri lepas ini akan keluar kenyataan lagi defend SMM   sebab cermin kereta pemimpin mereka  pulak pecah .

Tak ada keja  la orang  nak pergi pecah cermin  kereta budak nazak ini .  Tak mustahil mereka sendiri pecahkan seperti yang ditulis oleh   Adam sendiri di twitternya kononnya  meraih simpati mahasiswa dizalimi . .


Skrip Oleh GBP gambaq oleh DOUBLE YY Pengarah seni MKP.

Cikaro Adam Adli Biar Betul???



Terkejut bila penulis didatangi email mendakwa bahawa gadis ini teman wanita kepada x gangster UPSI Adam Adli. Email yang tertera nama Mr zooul yang dihantar melalui pelayar email yahoo group telah mula tersebar.

Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim email tersebut penulis masih samar-samar sebab setahu penulis Adam Adli ini sibuk dengan aksi rempuh merempuh pintu pagar UPSI dan klinik UPSI –mana sempat untuk bercinta.

Kalau pembaca budiman boleh sahkan…sila tulis diruang komen penulis…

MKP SUMBER DISINI.

Datuk Saifuddin Abdullah menggesa pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) semalam, yang bertukar menjadi ganas supaya tampil dengan bukti menggunakan saluran-saluran sesuai.
"Pihak-pihak yang tidak puas hati dalam insiden ini wajar tampil dengan bukti masing-masing. Saluran menyuarakannya ada, contohnya melalui Suhakam," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, dalam kenyataannya pensyarah Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya bagi menyiasat kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan di pekarangan Upsi itu.
Selain itu, Asri yang juga bekas Mufti Perlis menyarankan agar Saifuddin, yang sebelum ini menjadi fokus isu-isu generasi muda dan penuntut universiti, mengadakan satu pertemuan antara polis dan mahasisawa yang terbabit dalam perhimpunan di Upsi, bagi mencari jalan penyelesaian.
Asri berkata, beliau telah memberi pendapat itu kepada Saifuddin semalam, beberapa jam selepas insiden di pintu masuk utama Upsi pada awal pagi tahun baru 2012.
"Saya juga telah beri pendapat tadi (semalam) kepada Datuk Saifuddin agar berjumpa dengan ketua operasi polis dan pihak pelajar secara tertutup.
"Siasat. Bawa peguam yang baik untuk bersoal jawab. Mungkin hakikat sebenar dapat ditemui," kata beliau yang kini merupakan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford.
Mengulas lanjut mengenai insiden di pekarangan Upsi awal pagi semalam, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah meneliti kenyataan-kenyataan dibangkitkan oleh banyak pihak menggunakan pelbagai medium sejak awal semalam.
"Saya dapati terdapat kenyataan atau istilah tertentu yang digunakn tak tepat atau sesuai," katanya.
Sehubungan itu Saifuddin menambah, beliau juga telah menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau istilah bagi mengelakkan elemen-elemen fitnah.
"Kerana saya bimbang berlaku fitnah daripada insiden ini," katanya.
Dalam kenyataannya, Saifuddin juga berkata, mahasiswa ada hak untuk bersuara tetapi perlu dengan cara yang sesuai.
"Polis ada tanggungjawab menjaga keamanan dengan cara tertentu. Saya yakin tiada permusuhan antara kedua-duanya," katanya lagi.

Wednesday, December 21

Adam Adli Kini Kesorangan Dalam Perjuangan.



Sepanjang penubuhannya, PKR telah mengkaderkan ahli-ahli baru yang sentiasa mengamalkan sikap revolusioner dengan sebahagian pegangan Mao Tze Tung iaitu golongan pelajar menentang guru, golongan muda memusuhi golongan sederhana dan idea-idea anti-establishment menjadi motif pendewaan, turut menunjangi perjuangan parti tersebut.
Ianya tidak menghairankan memandangkan Anwar Ibrahim sendiri merupakan seorang pejuang Sosialis pada zaman pelajarnya. Kemudian bertukar kulit menjadi seorang pejuang pergerakan Islam, sebelum bertukar kulit lagi menjadi seorang pejuang Nasionalisme dan pada penghujung kerjaya politiknya, sekali lagi bertukar sebagai Sosialis Islam yang memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme.
Menentang kerajaan atau anti-establishment dianggap sebagai kemuncak kejayaan pejuang-pejuang muda. Lagi hebat penentangan terhadap kerajaan, mereka akan dianggap sebagai pemimpin masa hadapan yang bersuara lantang.
Cuma sesuatu yang agak aneh di Malaysia ialah, semangat membara menentang kerajaan yang dipertontonkan menerusi siri-siri demonstrasi semenjak 1974 hanyalah membabitkan pelajar-pelajar Melayu yang kemudiannya diketahui keciciran dan terpaksa mengulangi kembali pelajarannya. Malah lebih ramai yang terus tercicir dengan Anwar Ibrahim sendiri adalah contoh utamanya.

MKP melihat  tuntutan Bebas dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana:

1.     Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555.

Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi. Saya bersetuju pindaan pada Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.
 
 
2.     Bebaskan Ilmuwan Berakademik.

Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadapkes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas.

3.     Bebaskan Mahasiswa Bersuara.

Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak  telah membuka ruang seluasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan?

4.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus.

Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

5.     Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti.

HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan di halang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar.
 
6.     Bebaskan Mahasiswa Berpatisipasi dalam Politik.

Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan?

Sehubungan itu, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik.

Bagaimanapun  kelompok seperti ini harus dekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik terdesak mereka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive