Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.
Khalid, 22 dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Selain digantung pengajian, saya juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan bagi semester ini," tambah beliau.
Beliau yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).
"Tujuan saya bukan semata-mata kerana politik, tetapi saya mahu meneruskan usaha gerakan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bagi meneruskan perjuangan, menyuarakan pendapat dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara.sinarharian
Ingatlahkah kita pada kenyataan bapa kepada khalid ismeth nie....samalah seperti yang telah MKP nyatakan diatas kerana sayangkan anak sanggup membela anaknya sedangkan tahu apa yang dilakukan bakal dikenakan tindakan.Terlajak perahu masih boleh berundur akan tetapi jika sudah terlajak perbuatan terimalah natijah dari perbuatan kita.Adakah pihak pembangkang akan terus membela Khalid Ismeth nie dengan menyambung pelajaranya di Universiti Selangor yang mereka kuasai..?
No comments:
Post a Comment