Showing posts with label terangganu. Show all posts
Showing posts with label terangganu. Show all posts

Thursday, June 27

BARISAN NASIONAL BAKAL KECUNDANG JIKA AZHAR IDRUS CALON PAS DI KUALA BESUT.......


Kenapa korang tak pecaya yang jadi ADUN kelak adalah Ustad Munafik Azhar Idrus.....? Maklumat yang pasti dan Sahih MKP dapat datangnya dari dalaman PAS Terangganu sendiri untuk menawan Terangganu. PAS umpama mati hidup semula kerana ISU STOPA SPENDA tempohari. Jika tidak kerana isu tersebut sudah pasti Terangganu sudah ditawan PAS.

Pada UMNO Terangganu hampa jangan dok Ranggi sangat!!!! Kalau setakat menang 2ribu lebih sahaja masih belum cukup kuat lagi. MB Ganu jangan dok perlekehkan rakyat Ganu. Ucapan Ahmad Said tempohhari amat menyakitkan hati. MKP pasti isu ini bakal ditimbulkan lagi. 

Kenapa MKP letak gambar kurang sopan diatas!!!! Ini kerana Ustad Azhar nie suka anak dara lawa-lawa der....... Mana tahu ini bakal no-4. Berikut adalah ulasan mamat Penyu dari Ganu....

Sekadar berbincang secara umum jer ... dibawah adalah keputusan peratusan undi yang dimenangi oleh BN dan Pas untuk 3 PRU - 

Jelas kerusi Kuala Besut merupakan kubu Umno dengan agihan undi yang agak konsisten untuk 3 penggal berturut-turut.

Harus diingat itu adalah keputusan PRU, apakah trend bakal berubah jika diadakan Pilihanraya Kecil bilamana seluruh kekuatan jentera parti ditumpukan kepada Kuala Besut ? 

Antara point2 kali ini - 

1 - Offhand, saya lihat kelebihan 16% yang dimenangi Umno baru ini tidak menjamin kemenangan bila diadakan Prk. Pas hanya perlukan tambahan 8% + 1undi untuk memenangi majoriti mudah.

2 - Pertembungan dilihat lebih kepada Umno lawan Pas bukan BN lawan Pas. Apatah lagi orang Melayu merupakan 99% dari jumlah pengundi. 

3 - Kedua Umno dan Pas akan all-out untuk menang mengambilkira kedudukan kemenangan tipis 17-15 yang dimenangi kerajaan Umno baru ini. Kemenangan Pas akan menjadikan keputusan 16-16  !

4 - Apakah kesannya kepada kedudukan kerajaan Umno jika keputusan tergantung begitu ? Wallahualam ... ini kena rujuk kepada pakar undang2. Jadi Umno terpaksa berjuang habis2an mempertahankan kemenangan tipis mereka. Umno pastinya tidak mahu berdepan apajua kemungkinan sekiranya kedudukan seri 16-16.

5 - Satu nama segera muncul bila saya mula memikirkan isu Prk ini - Bukan Mat Said atau Idris Jusoh atau Hadi Awang atau Mustafa Ali tapi .......... Ustaz Azhar ! Saya ada beritahu rakan2 sebelum ini yang bagi saya, Ustaz Azhar merupakan antara faktor utama menyebabkan Pas menang besar dikawasan kawasan Parlimen dan Dun Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang dimana Pas PR menang 13-2 ! Dan tumpuan sekarang cuma satu kawasan kecil - Kuala Besut.  

Pasti menarik kalau Ustaz Azhar jadi calon Pas !

6 - Keputusan TIDAK PUNYA KESAN kepada kedudukan BN di Kerajaan Pusat ..... hmmmmmm .....

KORANG BACA SETERUSNYA DIN TURTLE

Wednesday, February 20

BUMBUNG STADIUM TERANGGANU RUNTUH SALAH UMNO..........


Memang salah UMNO kerana tak pandai nak jaga Stadium... Ayat gampang yang digunakan olah cai-cai pakatan untuk menfitnah..Padahal Stadium tue tak ade kena mengena dengan UMNO pun...

Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

MKP Ayat Sempoi : Din Turtle tolong pi siasat Sat salah Siapa?



Wednesday, February 6

GEMPAK VIDEO PENGAKUAN : Gambar Lucah ADUN Paka......



Agak terkejut juga mendengar alasan isteri kedua Adun Paka, Mastura Othman memohon cerai daripada suaminya. Tambah mengejutkan Abang Nara ialah apabila mengetahui kakak Ella turut terlibat di dalam permohonan cerai ini.

Saidatul Aminuddin, kakak sulung kepada ratu rock negara, Ella merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional. Pada hujung tahun lalu, Saidatul dan suaminya, Zakaria @ Ariffin Abdullah telah keluar di sebuah majalah hiburan yang menjadi punca permohonan cerai daripada Mastura, isteri kedua Zakaria.

Kata Mastura:-
Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).

Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini.

Apa pun Abang Nara taknak komen mengenai kes penceraian ini. Cuma mahu ucapkan tahniah kepada kakak Ella kerana telah selamat berumahtangga. Nampak gayanya hanya tinggal Jojie sahaja yang masih single. Semoga dipercepatkan jodoh buat Jojie. Sama-samalah kita doakan. 

Sumber asal Kosmo.

Saturday, July 14

Tangki Air Di BOM Kerana Lawatan @NajibRazak Ke Terangganu?

Tangki takungan air pacah salahkan kehadiran PM DS Najib Razak ke Terangganu?Lawak tahap gaban dan boleh jadi berita lawak paling lucu dalam sejarah Malaysia.Hadi Awang yang suruh puak harami PAS reka cerita nie ke?Tak sangka tahap pemikiran tadika sekolah PASTI.....


Kejadian itu belaku di Sekolah Menengah Paka Dungun Terangganu.Jarak kedua-dua lokasi yang MKP sertakan gambar diatas agak jauh dari tempat lawatan DS Najib Razak kalau dikutkan didalam peta Goggle Map ini jaraknya lebih kurang 22km...Kantoi la sekali lagi depa nie....Mencari salah dan meyalahkan BN memang senang tapi lain kali kalu nak buat fitnah biarlah jelas dan mempunyai bukti yang nyata dan sahih....Hampa tengoklah penfitnah PAS haram jadah nie klik dan blog nie klik dan berikut adalah laporan dari bernama
DUNGUN, 13 Julai (Bernama) -- Padang lapang di Arena Square dekat sini yang biasanya sunyi bertukar meriah bagaikan temasya apabila warga Dungun beramai-ramai bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba 9.45 pagi ini. 
Tinjauan Bernama di sini mendapati kira-kira 400 orang wakil dari 20 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari Dungun bertungkus-lumus menyiapkan menu hidangan tengah hari sempena jamuan rakyat yang dijangka dihadiri 40,000 orang. 
Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan berkata warga Dungun sangat teruja dan berbesar hati dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke daerah itu kerana ia adalah kunjungan kali pertama oleh pemimpin nombor satu Malaysia itu ke sini. 
Dungun terpilih sebagai lokasi pertama dikunjungi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja seharinya ke Terengganu, hari ini. Beliau dijadual melancarkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' bersama warga Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sebelum bersama-sama rakyat menikmati hidangan tengah hari di situ. 
Najib juga mempunyai dua lagi program iaitu di Marang dan Kuala Terengganu sebelum pulang ke ibu negara. 
Dr Rosli berkata bagi jamuan rakyat itu, sebanyak 40 ekor lembu telah ditumbangkan dengan pembahagian tugas memasak kepada 20 JKKK yang dipilih dalam mesyuarat baru-baru ini. 
"Pastinya hidangan istimewa kita ialah gulai kawah yang begitu sinonim dengan masyarakat Terengganu, selain sayur goreng, sambal belacan dan goreng ikan masin sebagai pembuka selera," katanya kepada Bernama. 
Sementara itu, bagi 20 wakil kaum ibu dari JKKK Kuala Abang, pengalaman bergotong-royong memasak sejak 10.30 malam tadi sangat berharga dan tidak boleh dilupakan. 
"Proses memasak ini agak lama kerana kita perlu lebih teliti bagi memastikan keenakan gulai kawah ini kekal terpelihara melalui petua-petua memasak tertentu yang biasa kami amalkan," kata Ketua Wanita Umno Cawangan Kuala Abang, Salina Abdul Rahim, 46. 
Bidi Abdullah, 53, dari Rantau Abang pula amat teruja dengan lawatan Perdana Menteri itu kerana secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan di antara warga daerah Dungun. 
"Kita semua bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan rapi ini yang telah dirancang teliti oleh pimpinan bahagian Dungun...ini sebagai bukti penghargaan dari warga Dungun terhadap kepimpinan beliau (Perdana Menteri)," katanya.
-- BERNAMA
MKP Ayat Sempoi :Lepas nie sapa pulak nak mengaku ada hak cipta terperlihara.....PJO 

Saturday, June 30

PAS CUBA LAGAKAN PEMIMPIN UMNO TERANGGANU?


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.

"Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar)," katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.SINAR

Tuesday, April 17

DANA PILIHANRAYA - PAS, SATE DAN PELAJAR SEKOLAH


Kecoh di Felda Gugusan Besout hari ini apabila seorang guru (ustaz) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di situ mengedarkan kupon kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menghadiri majlis makan sate bersama Bob Lokman malam ini.

Seorang ibu menghantar sms mengadukan hal itu, bagaimana anaknya menerima kupon daripada seorang ustaz yang amat dikenali pro-PAS. Selepas itu beberapa aduan dan mms diterima dari penduduk di Besout menunjukkan bentuk kupon yang anak mereka terima.

Oh... nak kutip dana pilihanraya rupanya. Di kupon berkenaan jelas tertera harganya RM15 siap dengan nombor siri.

Kesemua ibubapa yang menghubungi saya menyatakan rasa kecewa dengan tindakan ustaz itu kerana cuba mengheret anak mereka dalam program politik partinya.

Tak salah PAS nak buat apa juga program bagi mengutip dana pilihanraya asalkan ada permit. Lagipun bukan perkara baru PAS mengutip wang daripada rakyat, khususnya pengikut mereka untuk tujuan dana politik. Asal ada program ceramah PAS, maka akan adalah tong yang beredar. Kalau di Kelantan, mereka sebutnya 'jahe'.

Tetapi apa yang tak kena di Felda Besout adalah kerana kupon itu diedarkan kepada pelajar sekolah. Ustaz yang mengedarkannya itu memang sudah lama dikesan membawa unsur-unsur dan fahaman politik ke dalam pagar sekolah.

Sekolah bukan medan untuk berpolitik. Jadi janganlah salahkan pihak jabatan atau pihak-pihak lain jika tindakan dikenakan ke atas ustaz berkenaan.

MKP Ayat Sempoi ; sampai macam tue terdesaknya PAS nie? 

Friday, February 10

VIDEO RAHSIA : KEKEJAMAN PAS TERANGGANU! HADI AWANG MASIHKAH KAU INGAT.





PETIKAN BLOGGER PAS

Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

DI ATAS TU CERITA DI TAHUN 1981

Hari ini, 11/12/2011 hadi awang lancarkan buku “negara berkebajikan : tawaran pas”. boleh rujuk berita yang dipaparkan dalam lawan web propembangkang http://malaysiakini.com (kebelakangan ini web site ini pro dap dan pkr sahaja. pas sendiri kena hentam)
Hadi awang hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.
Apa sudah jadi pas sekarang ini. nak berkebajikan pulak. dulu amanat sekarang dah jadi cilanat. kafir bila berkompromi dgn kafir dalam politik. sekarang dia jilat balik ludah dia sendiri..haiya.. wa jugak ada untung lo…


Monday, January 30

Anwar Dan Haji Hadi Awang Termakan Sumpahnya Sendiri? @wanahmadfarid



Bekas ahli Umno yang mengkhianat kepada "Parti Keramat" UMNO tidak akan senang hidupnya.Ungkapan terbaik dari Menteri Besar Terangganu  Datuk Seri Ahmad Said,Asal perjuangan terdahulu Parti Keramat ini dimulakan dengan niat berjuang demi Bangsa,Agama Dan Tanahair tercinta.Pejuang terdahulu dalam UMNO berjuang dengan sifat keikhlasan dan hati yang tulus membantu Melayu.Siapakah yang belot kepada UMNO? Lihatlah apa yang telah berlaku kepada Anwar yang kini, perjalanannya hidupnya umpama didalam neraka kerana telah melanggar sumpahnya sendiri.Khianat kepada UMNO juga sama dengan khianat dengan Bangsa sendiri.Natijahnya Anwar kini sudah tidak releven dalam perjuangannya.Ramai pengikutnya kini telah sedar dan kembali menyertai UMNO didalam sedar atau tidak!Fenomena PRU 12 tidak mungkin berulang pada PRU 13, Betul atau sebaliknya kita tunggu dalam masa terdekat ini.


Baca seterusnya KLIK DISINI




Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.


Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?


Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.


Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)


Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)


Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".


Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.


ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG


Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".


Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?


Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)


TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI


Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982.


Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.


Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut . Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).


Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?


Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)


Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.


Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.


Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).


Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).


Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.


Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?


Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.


Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.


Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.


Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).


Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.


Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:


"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".


Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.


Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.


Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.


Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?


Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.

Sunday, December 11

Bekas Ketua Puteri Umno ikrar 'gantikan Umno dengan PAS'


Puan Rosni Hassan, 37, mewakili 40 rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Bukan mencari salah siapa akan tetapi benda macam nie berlaku diakar umbi.betul atau tidak tidak dapat dipastikan kerana ianya berlaku di Terangganu.MKP Berharap UMNO Terangganu mengambil berat isu yang dibangkitkan ini.


Takut terjadi macam nie saja kat ketua Puteri nie saja?PAS nie bukan betul sangat Perjuanganya Silap-Silap kena tipu dengan puak PAS nie.Baru Betul.

Wednesday, November 23

Pegawai Wakil Rakyat Kantoi.



Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang, petang kelmarin.

Bagaimanapun, perbicaraan secara tertutup diadakan kerana ia berlaku pada hari cuti umum iaitu Jumaat.

Difahamkan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah terpaksa menangguhkan perbicaraan untuk rayuan dan keputusan dibuat pada hari bekerja.

Kedua-dua tertuduh terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2011 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenainya.

Namun ketika diajukan soalan mengapa perbicaraan itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, ia hanya prosedur biasa bagi membolehkan pihaknya menahan individu terbabit dalam masa lebih panjang.

Sehubungan itu, ADUN terbabit ketika dihubungi bagi mengesahkan status lelaki terbabit memberitahu, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan. SH


** Dimaklumkan di Parlimen Marang mempunyai 4 kerusi DUN  DUN terbabit ialah Alor Limbat (BN )  , Rhu Rendang ( PAS )  , Bukit Payung ( PAS )  dan Pengkalan  Berangan  ( BN )  .

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive