Thursday, January 19

DAP Umpama Menang Loteri Kebajikan Di Awal Tahun 2012



DAP tersenyum lebar umpama kena loteri kebajikan RM2 juta.  Apa tidaknya ada dua perkara besar yang membuat DAP, parti paling rasis ini bergumbira iaitu pertama Anwar Ibrahim dibebaskan dari kes liwat (walaupun mahkamah akui kejadian itu berlaku suka sama suka).
Yang kedua pula Pas telah mengesahkan buat sekian kalinya bahawa mereka adalah “Barua” setia kepada DAP apabila sanggup memecat Dr Hassan Ali.
Kenapa DAP harus meraikan dua perkara ini?
Jawapannya cukup mudah, Anwar amat diperlukan DAP bukan kerana Anwar bersih, suci dan murni tetapi Anwar diperlukan untuk memecahbelahkan lagi orang Melayu dan menjadi alat penting untuk mengawal Pas.
Ini kerana selain kebijaksanaan otak auta Anwar, ramai pemuja Anwar juga berada dalam saf kepimpinan Pas.  Jadi mudahlah DAP untuk menjayakan agenda mereka.
DAP tak kisah untuk angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana segala rahsia Anwar sebenarnya sudah berada dalam poket DAP.  Bukankah Karpal Singh sendiri yang mengesahkan Anwar seorang peliwat pada tahun 1997?
Lagi pun Karpal jugalah yang mengakui kes liwat antara Anwar dan Saiful adalah satu perbuatan SUKA SAMA SUKA.  Maka dalam bahasa kasarnya telur Anwar kini dalam genggaman DAP.
Dalam kes Hassan Ali juga ternyata telah memberi jaminan kepada DAP bahawa Pas sanggup lakukan apa saja demi DAP.  Pas sanggup memancung siapa saja di kalangan pemimpin mereka yang cuba melawan DAP.
Bukankah Hassan Ali seorang pemimpin yang lantang menentang dasar DAP yang ghairah untuk membiakkan rumat urut, penjualan arak dan aktiviti murtad di Selangor.
Jadi dengan ketiadaan Hassan Ali memudahkan kerja-kerja DAP untuk menyemarakkan lagi aktiviti sosial tidak bermoral ini.
Justeru nampaknya DAP sudah menempah kejayaan awal…. Syabas buat DAP yang telah berjaya menjadikan pemimpin Melayu PKR dan Pas menjadi KUDA KAYU buat mereka dalam melaksanakan agenda rasis mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive