KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau telah membuat satu rombakan kecil kepimpinan Pergerakaan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.
Perlantikan ini adalah bertujuan memantapkan struktur organisasi dan kepimpinan di peringkat Pemuda negeri terbabit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Khairy, beliau amat yakin perlantikan ini mampu untuk menguatkan lagi jentera PRU di seluruh Bahagian negeri Pulau Pinang di dalam objektif merampas semua kerusi-kerusi yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
“Saya amat berharap agar pergerakan Pemuda di semua bahagian negeri Pulau Pinang dapat memberi kerjasama yang baik disamping memperbanyakkan lagi program-program di peringkat Pemuda bagi mendekati mengundi muda pada setiap masa,” ujarnya menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini. – MediaUMNO.
No comments:
Post a Comment