Wednesday, March 16

Apa Dah Jadi?Ketua Menteri RM100.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak wajar menyalahkan rakyat ataupun NGO yang bangkit mengadakan tunjuk perasaan kerana pada hakikatnya mereka sedang tertekan dengan kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan janji. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Ketua Menteri sepatutnya perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO melakukan pelbagai bantahan sehingga ada yang sanggup menghantar keranda kepadanya. 

“Kita tak boleh salahkan rakyat mahupun NGO kerana mereka sudah mula tertekan. Dulu sewaktu pilihan raya, mereka (Kerajaan Negeri) berjanji bermacam-macam kepada rakyat tapi sekarang sukar menunaikannya dan disebabkan itu rakyat memberontak. 

“Kalau kita lihat dahulu sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak berlaku bantahan atau tunjuk perasaan seperti ini,” katanya pada sidang media di pejabat BN di sini semalam. 

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berbangga dengan tindakan rakyat dan NGO kerana apa yang dilakukannya dahulu kini menjadi ikutan orang lain termasuk rakyat Pulau Pinang. 

Namun, Musa menegaskan tindakan seorang peniaga menghantar keranda kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik baru-baru ini bukanlah budaya yang diamalkan di negara ini.


Mat Kilau Penang kata Ketua Menteri asyik dok bagi selalu RM 100,Lepas nie nak panggil di KM100.lebih sekupang pun dak kurang lima duit pun tidak.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive