Showing posts with label DAP.penang.mahkamah. Show all posts
Showing posts with label DAP.penang.mahkamah. Show all posts

Monday, October 31

Guan Nenen Jadi TIGER La Pulak.


Bila masa pulak LGE nie jadi TIGER pulak dah,Pening kepala la bapak nenen nie lepas satu-satu tukaq nama la pulak dah.Projek Tiger isu terbaru yang dibangkitkan pada sidang DUN kali nie,Nie dia yang YB yang paling lancang dalam sidang DUN,Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim dah kantoikan bapak nenen kali nie!!!!!!rakyat Pulau pinang perlu tahu apa yang bapak nenen nie dok kencing rakyat.umno-online dah kena sembilan Lapor polis Oleh DAP berikut apa artikel yang didalam laporan Polis  bertajuk, 'Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam' ; 'Isu Cabul : Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Sial Moral??' ; 'Dari Rambut Panjang ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit' ; 'Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit' dan artikel siaran suratkhabar harian Cina, Guang Ming Daily pada 21 Oktober (Guang Ming Daily bagaimanapun telah menafikan kewujudan laporan berkenaan).

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa "kejayaan" kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.
"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?" kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.
Isnin lepas, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.
Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.
"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara," katanya.
Azhar berkata bahawa setelah lebih tiga tahun berlalu, masih banyak janji kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang belum dilaksanakan.
"(Kerajaan negeri) pernah janji nak wujudkan Tiger Park, mana dia? Sampai sekarang tak ada apa.
"Heboh kata syarikat Korea akan melabur kira-kira RM300 juta untuk buat padang golf di Batu Kawan. Hilang...sampai sekarang tak bunyi-bunyi dah," katanya.
Azhar juga berkata beliau masih menunggu bila anggota exco kerajaan negeri akan mengumumkan aset masing-masing seperti yang dijanjikan.
"Dah tiga tahun enam bulan berlalu, borang tak siap lagi?" katanya.

Wednesday, September 21

Guan Eng Bacul Jika Tak Saman BN.



Barisan Nasional (BN) mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengotakan hasratnya untuk menyaman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta syarikat Tropical Island Resort (TIR) berhubung kegagalan anak syarikat Urban Development Authority (Uda) itu membayar lebihan premium tanah berharga RM10.6 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, perkara itu (saman) sudah lama diperkatakan Guan Eng namun sehingga sekarang, tiada sebarang ‘khabar berita’ berhubung kes saman itu.


Hock Nan berkata, Guan Eng dilihat tidak berhenti daripada mengedarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat selain tindakan itu hanya untuk mengalih perhatian daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya rakyat tidak sedar akan hal itu.

“Sebagai kerajaan yang bermaruah, tindakan berkenaan adalah tepat daripada terus menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat. Dia sepatutnya tunjuk sikap bertanggungjawab sebagai pemimpin (Ketua Menteri), bukannya seperti ahli politik mentah. Jika dia rasa BN salah, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, samanlah. Namun apa yang berlaku sebaliknya, dia sanggup buat fitnah, guna duit rakyat sebar risalah berbohong.

“Saya cabar Guan Eng saman Tsu Koon dan TIR sepertimana yang beliau selalu sebut. Jika dia mengatakan hendak saman sebab gagal untuk bayar lebihan premium, kotakanlah. Jangan suka-suka sebut dalam sidang media sahaja. Jika dia benar ada maklumat yang sah, kita minta dia buat laporan polis dan kepada SPRM,” katanya kepada media selepas menyertai Program Walkabout Bersama Barisan Pemimpin BN negeri di Pasar Chowrasta semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Loga Balan Mohan berkata, Guan Eng diminta supaya membuat laporan polis dan SPRM jika beliau merasakan BN terlibat dengan perkara yang salah seperti yang diperkatakan dan bukannya mengulangi memperkatakan perkara yang sama.

“Jangan hanya pandai cakap kepada rakyat, BN tidak betul, BN terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Jika dia berani, saya cabar dia buat laporan polis dan SPRM. Jangan terus-terus bersandiwara dengan rakyat dengan memburukkan BN.

“Dia cakap BN tipu rakyat, Kerajaan Negeri sebenarnya yang menipu rakyat, dan kita sudah ada bukti iaitu kerugian lebih RM480 juta yang perlu dibayar rakyat Pulau Pinang terhadap perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (Spice). Jangan hanya cakap sahaja, bertindaklah. Kita tidak ada masa untuk melayan semua ini,” katanya.

Mac lalu, Guan Eng mengumumkan bahawa mesyuarat Exco yang diadakan memutuskan untuk menyaman TIR kerana gagal untuk melunaskan bayaran premium tanah yang bernilai RM10.6 juta iaitu nilai keseluruhan tanah 32.4 hektar di Pulau Jerejak itu bernilai RM12.9 juta.

Monday, May 23

AHLI PARLIMEN DAP:"MAD MAN" BAYAR RM 150 RIBU.


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai ahli lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.



READ MORE

MKP:Lan kali JEFF OII Buat lagi,,,,,,,padan muka.

Thursday, March 31

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.

Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.

"Kos mahkamah sebanyak RM7,000 akan ditanggung sepenuhnya oleh defendan," katanya dalam prosiding di sini, hari ini.

Teh didakwa pada 20 Mei 2005 kerana memfitnah Tan yang ketika itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Jawi berkenaan tabung 'Jawi Charity Trust Fund' yang dikelolakan oleh Tan.
Kenyataan fitnahnya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar berbahasa Cina. Dia juga telah mengeluarkan kata-kata fitnah menggunakan risalah, surat layang, panji-panji dan poster.

Pada 1 Julai 2005, Tan mendapat perintah ex-parte untuk menghalang Teh daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Tan, yang ditemui di luar mahkamah, menyatakan rasa gembira kerana dapat membersihkan namanya sebagai seorang wakil rakyat.

"Selama tempoh itu saya mengalami tekanan perasaan yang teruk, bukan sahaja diri saya tetapi ia juga melibatkan maruah keluarga saya," katanya.

Tan berkata, fitnah itu juga telah menjejaskan kerjayanya dalam politik serta kepercayaan orang ramai terhadapnya

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive