Showing posts with label pdc. Show all posts
Showing posts with label pdc. Show all posts

Tuesday, April 10

DAP DAN PDC PROP. TIPU PEMBELI RUMAH? @dzainalabidin


Selepas pembeli-pembeli Halaman Kenanga buat sidang media, baru PDC Properties sudi berjumpa untuk berbincang isu injunction mereka oleh kontraktor utama. Majlis Penyerahan kunci dibuat secara tertutup dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri pada 4 March 2012. Tetapi pembeli-pembeli pula dilarang daripada pindah masuk dan membuat sebarang renovasi.


Apa punya celaka DAP dan sekutunya PDC nie dok buat naya dekat pembeli rumah, Hampa dok sembang dalam media macam baguih tapi bila ada masalah macam nie bayak sangat protokolnya,Ini baru permulaan bagi kes nie MKP bawa penjelasan dan video pada artikel seterusnnya.Bukti kepala toya yang DAP telah menunaikan janji kepada rakyat.............Mana ada tipu nanti cakap Guan Eng.....haaaa lagi banyak rakyat akan mengamuk lepas nie........

Wednesday, March 23

YB Malik Itik Kantoi,tolong Jawab apa dah jadi.



 Apa dah jadi nie awat dok sembunyi pasai apa tak mau buat sidang media yang pasti benda nie nak habaq kat ketua menteri 100ringgit dulu kot.Dengaq kata depa semua pi anjuran PDC.akan membongkaq apa berlaku rasanya pihak PDC tak bayaq duit atau malik itik cilok duit kot.


 Kini YB Malik Kassim sedang gundah gulana di Medan... dimaklumkan oleh rakan2 niaga termasuk orang2 kuat Dewan Perniagaan Melayu P.Pinang, para peniaga dan orang yang turut serta dlm rombongan kerajaan negeri, Rumah Kerajaan Negeri P.Pinang yang sepatutnya meriah dgn pelbagai jualan di Medan Fair kini lengang dan kosong...

MKT dimakluamkan barangan yg dibawa dari Pulau Pinang tidak dibenarkan masuk ke Medan atas sebab2 tertentu.. Dari sumber tidak rasmi, MKT dimaklumkan kegagalan menjelaskan bayaran/hutang ke atas pihak penganjur dan kelemahan pengurusan oleh YB Malik adalah punca segalanya...

YB Malik & kerajaan DAP telah mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya deligasi dan para peniaga dari Pulau Pinang diperlakuakan sebegini oleh pihak Medan Fair. Inilah yg dikatakan pentadbiran yang CEKAP, AKAUNTABILITI & TELUS...


Sekumpulan usahawan Pulau Pinang memboikot Pekan Raya Sumatera Utara (Medan Fair) di Medan, Indonesia akibat tidak berpuas hati dengan karenah birokrasi yang berlaku di sana. 


Salah seorang usahawan terbabit memaklumkan kepada Sinar Harian akibat masalah itu, barangan mereka tersadai di Lapangan Terbang Polonia dan tidak dapat dikeluarkan dengan alasan masalah cukai.

Dalam aduannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar dari Medan, 30 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sepatutnya menyertai Pekan Raya Sumatera Utara ke 40 menarik diri dan pulang ke tanah air tengah hari semalam.

“Kami terpaksa menarik diri dan pulang ke tanah air apabila kargo dari Pulau Pinang dihalang dikeluarkan dari Lapangan Terbang Polonia, Medan.

“Delegasi yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan dan 30 usahawan berangkat pulang dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) pada jam 12.45 tengah hari setelah kecewa dengan bahagian cukai di lapangan terbang itu,” katanya.

Sinar Harian yang menunggu kepulangan mereka sejak jam 12.15 tengah hari itu bagaimanapun gagal untuk menemui usahawan sampai di LTABL setelah ‘disambut dan dinasihati’ oleh lima pegawai dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang ‘mengawasi’ setiap usahawan yang tiba di balai ketibaan. 



Usahawan yang tiba kelihatan seolah-olah ‘takut’ setelah disapa Sinar Harian dan ada yang cuba ‘menutup mulut’ dengan berkata mereka ke Medan untuk melancong.

Persoalannya, adakah wajar seorang pelancong yang mengunjungi Medan perlu berjumpa dan berbual panjang dengan pegawai PDC apabila tiba di tanah air?





.



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive