Friday, January 28

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah


Rasanya Mat Kilau banyak kali mengikuti PRK akan tetapi kali ini banyak peraturan baru dibuat rasanya agak pelik dan hairan kerana sejak PRU 12 sebanyak 13 PRK tak ada peraturan begini dibuat.Mungkin kayu itu akan dijadikan senjata.Penyokong UMNO/BN tidak akan berbuat sedemikian tak tahu pulak puak-puak tak cukup akal pas-pis pus nie.  


LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen. 

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan



masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka. 

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya merampas kayu yang digunakan pengguna kenderaan untuk mengibarkan bendera dan mengembalikan bendera kepada mereka.

 
Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar. 

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini. 

Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam. 

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah. 

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk pilihan raya ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya. 

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku. 

Jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam.



Sumber klik

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive