Benda yang baik kita kena puji, antaranya kewujudan Unit Media Baharu (UMB) UMNO, sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini.
Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini.
Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini.
Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini.
Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan sapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter.
Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO.
Katanya, di Batu Sapi pun serupa. Memang ada kekurangan itu ini, tapi siapa yang sempurna. Kita semua perlu belajar dan terus belajar. Well done bro !
Tahniah kepada calon bertanding. Syabas kepada Pemimpin barisan Nasional. Anda adalah yang terbaik kepada Petugas-Petugas Barisan Nasional. Terima kasih Kepada rakan-rakan Blogger. diatas kerjasama yang hebat yang diberikan didalam Misi kita menawan N45 Galas dan P185 Batu Sapi. Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua.
sesungguhnya Perjuangan masih panjang dan belum lagi
selesai. Matlamat kita adalah PRU 13 yang akan menjelma
tiba. DI situ lah kekuatan kita akan teruji. Syabas semua Sahabat Blogger!!!!
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh!!!
Mat kilau apa nak kata!menang sudah.lepas nie tunggu pulak
kalau ada PRK lagi,kepada petugas PRK Pulau Pinang
TAHNIAH ANDA TERBAIK.
selamat pulang.Kepulangan anda dinanti.akhir sekali
Sebentar tadi rakan-rakan seperjuangan Mat Kilau yang berkempen di Galas memberi tahu puak pakatan haram buat ceramah disana,yang bestnya isu yang dimainkan ialah pengundi hantu mungkin depa dah tak ada modal kot,terdesak dengan kehebatan jentera Barisan Nasional menawan Galas.Depa memang pandai putar belit macam ular. kalu jumpa ular ayaq dengan puak kepiah putih cop bulan nie hentam depa nie dulu.maklumat lanjut klik disini.
takut pula apa yang disiarkan digambar nie berlaku,pasal benda nie pernah berlaku masa di Permatang Pasir dulu.depa tuduh BN hantar pengundi hantu tapi depa semua betul..........pi.....rah!!!!!!!!!.
nie baru betulnya.
soalan ini belum dijawab lagi?
atau yang nie formula terbaik.
Pemuda UMNO percaya Pas hari ini terperangkap dengan permainan politiknya sendiri apabila menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap kerjasama antara UMNO dengan MCA semata-mata menghalalkan kerjasama mereka bersama DAP.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata putar belit mereka sebenarnya bertujuan untuk menutup keterlanjuran Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO menerusi amanat Hj Hadi yang menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Justeru tegas beliau, kenyataan Hadi berhubung kerjasama antara UMNO dan MCA hanyalah untuk menutup keterlanjuran “lidahnya” dalam fatwa berkenaan yang sehingga hari ini menjadi pegangan kepada sesetangah pengikut Pas.
“UMNO bekerjasama dengan MCA dulunya dituduh kafir. Apabila mereka bekerjasama dengan Dap yang secara terang-terangan menentang Hukum Hudud tidak pula dianggap sedemikian rupa. Putar belit sedemikian bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah sehati dan sejiwa dengan Pas.
“Sebab itu kita tidak hairan malah amat tepat apabila Tan Sri Muhyiddin Yasssin menggelarkan mereka sebagai putar alam kerana itu jiwa mereka. Apabila ada kepentingan segala dalil dan hadis serta ayat al-Quran akan digunapakai.
“Lagi pun fatwa mereka adalah sesuka hati. Dengan kata lainnya fatwa yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata tanpa berpaksikan kepada soal hokum hakam agama,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai i mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah.
Dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya tersebut, Abdul Hadi berkata, keadaan itu terjadi kerana mendakwa pemimpin UMNO mengikut perangai pemimpin MCA yang bertentangan dengan Islam.
Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau panjang seterusya berkata atas alasan apakah kerjasama mereka dengan DAP dianggap “halal”.
Ini kerana katanya DAP secara terang-terangan menentang pelaksanaan Hukum Hudud dan pelbagai perkara lain yang menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.
“Bentangkan kepada kami atas alasan apa hubungan mereka itu dianggap “halal”. Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayat beliau dulu jika mahu melaksanakan hukum hudud.
“Berbanding dengan kerjasama UMNO dan MCA serta pelbagai parti komponen lain menerusi BN, kita sama-sama membangunkan negara dengan satu semangat dan kerjasama yang erat,” katanya.
Mat kilau kata macam-macam puak harbie nie bak kata pepatah paku dulang paku serpih................?terbaca komen Pak Chat ketua editor sinar harian edisi utara menyatakan blogger pro UMNO pisau.net setengah masak.sedap jugak klu telur setengah masak ek tambah roti pun sedap.yang hairan kenapa dok melatah pulak sedangkan blogger anti-UMNO pun banyak macam tue tak kuar surat khabar pun?alahai kayalah nanti member kita tue.
Mungkin mula berasa terdesak. Kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang selama dua hari ini berlangsung dalam keadaan tenang mula dicemari perbuatan khianat apabila berlaku kejadian membakar bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Kampung Lembaga di sini, hari ini.
Setelah dua hari kempen bermula ternyata bahang kempen mula terasa dengan aktiviti ceramah dan menaikkan bendera serta poster calon bertanding.
Sehingga semalam ternyata jentera BN mendominasi pemasangan bendera dan poster calon di merata tempat berbanding Pas yang dilihat lebih tertumpu kepada ceramah-ceramah umum.
Malangnya suasana tenang selama dua hari mula dicemari perbuatan khianat pihak tertentu apabila terdapat beberapa bendera BN dan UMNO yang digantung di Kampung Lembaga, dibakar pada awal pagi oleh individu dipercayai daripada parti pembangkang.
Selain itu, terdapat kain rentang BN di Kampung Baru di sini yang disimbah bahan peluntur untuk melunturkan gambar pada kain rentang itu yang memaparkan Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa pemimpin BN lain.
Mengulas perkara tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin melahirkan kekecewaan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Tegas beliau pihaknya kesal dengan sikap jentera kempen Pas yang datang dari luar dengan mengambil tindakan terdesak dan agresif terhadap BN sedangkan jentera BN bersikap profesional dan beretika semasa berkempen.
“Saya melihat jentera tempatan dan penyokong tempatan tak ada masalah. Mereka tak ada yang ketara sangat antara UMNO dan Pas di Gua Musang ini.
“Di sesetengah tempat mungkin ada ketegangan… pulau memulau, tapi di sini tak ada masalah, kita salam bersalaman, sembang malah boleh minum sekali”, katanya.
Bro Minaq Jinggo menunjukkan banner BN yang telah dirosakkan!
Justeru beliau percaya perbuatan khianat tersebut bukan dilakukan jentera Pas tempatan tetapi jentera Pas dari luar.
“ Mungkin mereka sendiri tak tahu sensitiviti dan tatasusila politik tempatan. Mereka terbawa-bawa dengan cara agresif di tempat lain,” ujarnya.
"aziz limau" Lambang Kemesraan
Bersama Penduduk Gua Musang
Jika disebut nama penuhnya, Abdul Aziz Yusoff mungkin tidak ramai yang kenal atau perasaan gerangan orangnya, sebaliknya beliau lebih popular dengan gelaran ‘Aziz Limau’ di Gua Musang ini. Itulah kelebihan calon yang ditampilkan BN bagi mengalas harapan untuk merampas kembali kerusi DUN Galas 4 November ini.
Abdul Aziz Yusoff atau ‘Aziz Limau’ bukanlah asing bagi masyarakat Gua Musang, sebaliknya sudah lama dikenali di sini. Nama timangan itu diberikan masyarakat setempat memandangkan beliau pernah bertugas sebagai kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di RPT Limau Kasturi.
Jalinan kemesraan yang terjalin antara beliau dengan penduduk di sini dapat dilihat ketika Abdul Aziz menjalankan kempennya dan melawat setiap kedai yang ada di Bandar Lama di sini.
“Eh, awak jadi calon kat sini ke? Bagus-bagus, saya pasti akan sokong awak.” Demikian reaksi spontan seorang pemilik kedai elektrik, Lee Weng Chong, 69, ketika Abdul Aziz datang ke premisnya.
Weng Chong ternyata terkejut kerana tidak menyangka rakan yang telah dikenalinya selama lebih 20 tahun itu terpilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.
Weng Chong ketika ditemui wartawan selepas itu kelihatan amat ceria dan bersemangat kerana warga emas ini sebelum ini tidak menyangka Abdul Aziz itu adalah Aziz Limau yang dikenalinya.
“Ya, saya mula-mula tidak tahu siapa dia calon BN. Tapi bila dia datang sendiri cakap saya pun terkejut dan gembiralah sebab ini kawan lama saya di sini. Dia memang baiklah. Lebih 20 tahun kami berkenalan sebagai kawan dan dia juga pelanggan tetap saya selama ini,” kata Weng Chong yang telah berniaga di situ sejak 38 tahun lalu.
Dalam masa yang sama, beberapa penduduk lagi yang ditemui berkata, panggilan Aziz Limau memang telah lama diberikan masyarakat di sini terhadap calon BN itu terutama yang pernah berurusan dengan beliau.
Kebanyakan mereka amat gembira dan menganggap Abdul Aziz seorang individu yang baik dan banyak membantu ketika masih berkhidmat dengan Kesedar.
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com