Wednesday, April 13

PRN SARAWAK! Sapa Lagi Lama???????



Datuk Ahmad Maslan berkata meminta rakyat di negara ini khususnya pengundi di Sarawak membandingkan antara jasa kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud selama 30 tahun dan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim.
Tegasnya selama 30 tahun banyak jasa yang telah dilakukan Tan Sri Taib yang bukan sahaja membangunkan kemajuan Sarawak malah pembelaan terhadap rakyat tanpa mengira kaum.
“Apa jasa Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi Awang termasuk Anwar Ibrahim terutama kepada rakyat Sarawak?  Mereka mempertikaikan kepimpinan Tan Sri Taib yang dikatakan terlalu lama.
“Mereka lupa Lim Kit Siang yang berumur 70 tahun sudah menjadi wakil rakyat di Kota Tinggi pada 1969, sudah 42 tahun, Karpal, 71 sudah bertanding di Alor Star pada tahun 1974, sudah 37 tahun, Hadi Awang, 64 bertanding di Marang tahun 1982, sudah 29 tahun, Nik Aziz, 80 terlibat dalam politik dan bertanding pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun dan Anwar Ibrahim, bertanding di Permatang Pauh sejak 1981, sudah 30 tahun.  
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata pemimpin-pemimpin pembangkang ini ghairah dan lantang mengajak rakyat membuat perubahan tetapi mereka lupa mencermin diri sendiri untuk melihat kepimpinan mereka yang masih tidak berubah.
“Sekurang-kurang Tan Sri Taib sungguhpun sudah 30 tahun menerajui Sarawak banyak jasa yang boleh dilihat untuk rakyat dan negara tetapi pemimpin pembangkang ini sudah lama tapi hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja”, ujarnya.
Malah kata beliau lagi Tan Sri Taib sendiri sudah mengakui mempunyai rancangan peralihan kepimpinan bagi memastikan kesinambungan kemajuan di Sarawak ini berterusan.
“Malangnya kita tak dengar lagi proses peralihan kepimpinan dalam DAP, Lim Kit Siang serta anak-anaknya masih di situ sama juga dengan Karpal dan anak-anaknya.
“Begitu juga Hadi Awang, Nik Aziz serta beberapa pemimpin lain yang sudah hampir 30 tahun memegang jawatan. Mana pelan peralihan kuasa mereka”, soalnya.
Justeru beliau berpendapat pemimpin pembangkang hanya pandai menuding jari sedangkan mereka sendiri masih lagi ghairah mahu memegang jawatan walaupun sudah berpuluh tahun.
“Mereka tuntut orang lain meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin”,

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.