Bagaimanapun beliau tidak menyebut nama bakal penggantinya itu tetapi sekadar berkata, telah membuat perancangan terperinci bagi memastikan peralihan kuasa berjalan secara teratur supaya penggantinya bukan sahaja diterima oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak tetapi juga rakyat. Taib berkata, calon tersebut perlu mendapat sokongan daripada pemimpin lama yang dapat memberi nasihat bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.
Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar
Malah, kata beliau pasukan yang akan mengambil alih pucuk pimpinan pada masa ini perlu disusun sebagai satu pasukan yang boleh bekerjasama, serta mampu memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Ini semua kita ambil kira. Jika peralihan tidak (berjalan dengan) baik maka rakyat tentu marah," katanya dan menambah pemimpin negara sebelum ini turut melakukan peralihan kuasa secara teratur sebelum meletakkan jawatan seperti (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) dan begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri keempat).
"Kita sudah ada rancangan dengan pemimpin PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), saya pergi dulu dan kemudian diikuti oleh pemimpin yang kemudian daripada saya, manakala orang yang kita (telah) bimbing sudah dapat menjalankan tugas yang baik," katanya.
Taib, yang menjadi ketua menteri sejak Mac 1981 ketika berusia 45 tahun berkata, dalam memastikan barisan pemimpin muda mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dengan baik dan lancar, beliau telahpun mewakilkan "sebahagian kuasa kepada banyak menteri."
"Saya sudahpun merupakan seorang kapten sahaja dalam masa 10 tahun yang lepas," katanya dan menambah pemimpin baru yang bakal menggantikannya juga telah dibimbingnya sejak 20 tahun lepas.
Taib, yang akan menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-75 bulan depan berkata, hasil pendedahan dan bimbingan, pemimpin pelapis yang bakal menggantikan beliau akan mempunyai kefahaman yang baik daripada segi perancangan dan pembentukan dasar-dasar kerajaan.
Daripada segi politik pula, penggantinya juga dapat diterima dan boleh bekerjasama dengan pemimpin dan anggota parti baik PBB dan juga BN.
MatKilauPenang kata Pahin Sri dah nak berundur tapi Pihak Peambangkang masih memegang kuasa.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.