Kalau Anwar Ibrahim selalu dikenakan soalan panas oleh wartawan di sidang medianya , tetapi hari ini Ketua Menteri Kuat Penipu , Lim Guan Eng pulak kena hamput di sidang medianya di perasmian jalan alternatif baru di Taman Bagan .
Yang terjahnya bukanlah wartawan , tetapi seorang Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang iaitu Sdr Shaik Hussien Mydin yang juga kebetulan berada di sidang media berkenaan . Dalam sidang medianya , seperti kebiasaan la Guan Eng menjadikan UMNO dan Utusan sebagai mangsa untuk dihantamnya .
Apabila ditanya ada soalan kepada wartawan , Sdr Shaik Hussein terus bertanya soalan sehingga berlaku pertikaman lidah di antara mereka . Ramai wartawan mula tertarik dengan soalan oleh Sdr Shaik sehinggkan Guan Eng tidak boleh menjawab dan muka beliau terus merah padam !!
Di antara soalan yang dibawa oleh Shaik Hussein ialah usaha Lim Guan Eng merasmikan jalan alternatif dari jalan Mak Mandin ke Jalan Tiram di Sungai Nyior tetapi dalam masa yang sama, DAP telah gagal menunaikan janji PRU 12 mereka iaitu untuk memansuhkan tol di Tol Sungai Nyior. Soalan yang mudah itu tidak dapat di jawap oleh Setiausaha Agung DAP tersebut.
Shaik Hussein mencabar Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi jika beliau didapati terlibat di dalam perhimpunan paderi-paderi yang dikatakan turut mengandungi ikrar bahawa 'Agama Kristian akan di jadikan agama rasmi negara ini dan Perdana Menteri adalah orang kristian.'
Lim Guan Eng yang cuba mengelak daripada menjawab tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan desakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi.
Siapa kata Pemuda UMNO Pulau Pinang lena dan takut ....kali ini Guan Eng selaku MP Bagan telah dimalukan di kawasannya sendiri selepas bertemu buku dengan ruas iaitu Ketua Pemuda UMNO Bagan dan Pulau Pinang !
Dikhabarkan juga selepas Guan Eng beredar menaiki keretanya pulang , ramai penduduk di sekitar Taman Bagan yang hadir ke perasmian majoritinya kaum Cina bertepuk tangan kepada Sdr Shaik Hussein yang dianggap berani berdepan dengan seorang Ketua Menteri Pulau Pinang bagi pihak rakyat di Bagan .
Mat kilau Penang kata:inilah ketua pemuda yang bakal mengoncang DAP lahanat nie.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.