Sunday, May 8

PEMUDA UMNO TANJONG BUAT LAPORAN POLIS.



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong memandang serius dakwaan Utusan Malaysia dan beberapa laman web tentang peristiwa sekumpulan manusia yang berhimpun di Pulau Pinang, termasuk MP DAP Jelutong Jeff Ooi yang telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Saudara Nizam Hashim perkara ini perlu disiasat segera kesahihannya oleh Pihak Polis walaupun ia dinafikan oleh Jeff Ooi.
“Jika dakwaan ini benar, kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengancam Keselamatan dan Kestabilan negara dengan mempelopori usaha untuk memusnahkan asas perlembagaan negara.
Walaupun kita hidup dalam negara yang berbilang agama, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti Penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Ini tidak boleh disangkal dan semua rakyat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Melayu yang beragama Islam,”



Tambahnya, Islam adalah agama Persekutuan, ini tidak boleh disangkal dan dipersoal oleh sesiapapun. Apa-apa cubaan untuk menukar agama rasmi persekutuan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Kumpulan yang masih mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan harus sedar bahawa tindakan mereka mengakibatkan rakyat terdedah dengan suasana yang tidak selamat dan menganggu-gugat keselamatan Negara. Dan ini tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan dengan itu, kita minta pihak PDRM menahan sesiapa juga yang cuba membakar api perkauman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Budha atau Hindu,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.