hayati video ini untuk kesedaran umat islam Pulau Pinang
KALAU tidak dibantah habis-habisan mungkin orang Melayu Pulau Pinang terpaksa melalui proses pembuangan undi macam pilihan raya untuk memilih anggota jawatankuasa masjid.
Ini satu lagi idea daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebelum ini, DAP juga yang mencadangkan diadakan pilihan raya untuk memilih ketua kampung.
Idea pemilihan ketua kampung itu kemudian mendapat sokongan daripada kerajaan PKR Selangor.
Daripada satu sudut, memang proses pemilihan melalui pilihan raya itu nampak 'molek' sesuai dengan amalan demokrasi. Tetapi tidakkah ia menjurus kepada perpecahan dalam masyarakat apabila terbentuk kumpulan-kumpulan yang menyokong calon bertanding.
Dalam proses pilihan raya untuk memilih wakil rakyat pun, masyarakat yang menyokong parti politik masing-masing boleh bermasam muka dengan musuh partinya, inikan pula pemilihan AJK masjid. Silap langkah mungkin masjid akan hilang jemaahnya kerana kecewa.
Jangan kita dibuai dengan idea DAP hingga lupa apa agenda di sebaliknya.
Demokrasi satu hal, tetapi kesan selepas proses demokrasi itu perlu juga difikirkan. Mengapa DAP sibuk-sibuk untuk adakan pilihan raya ketua kampung dan AJK Masjid. Pas pula tumpang semangkuk untuk bantu melaksanakan cita-cita DAP.
Kenapa DAP tak cadangkan pilihan raya untuk memilih AJK tokong, kuil dan gereja. Apa kata masyarakat beragama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tentang unsur-unsur politik masuk dalam urusan rumah ibadat mereka.
Dulu, beberapa wakil rakyat DAP berjaya masuk ke dalam masjid. Sekarang parti itu hendak masuk campur tangan urusan pentadbiran masjid pula.
Jikalau boleh, DAP mahu pelantikan dalam semua sistem pentadbiran dipilih melalui pilihan raya. Jadi, usah terkejut kalau-kalau ada cadangan DAP supaya pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) atau ketua pengarah di jabatan kerajaan diadakan melalui proses pilihan raya juga.
Untuk meletakkan seseorang di tempat mulia bagi memimpin dan diberi amanah bukan semua layak dan perlu melalui undi pilihan raya. Ada individu patut dipilih tanpa melalui pilihan raya.
Kualiti pimpinan individu berbeza. Ada yang boleh buat kerja tanpa menjual nama. Ada yang jual populariti tapi tak mampu berkhidmat. Sebenarnya pilihan raya adalah salah satu proses politik. Apabila unsur politik sudah masuk dalam urusan masjid maka mahu tidak mahu akan berlaku perpecahan.
Inilah yang DAP mahu supaya umat Islam Melayu berpecah hanya melalui satu pilihan raya masjid. Orang Melayu apabila berpecah dan bermusuh antara satu sama lain, bukan mudah untuk ditautkan semula.
Malah pilihan raya masjid akan membawa kariah sesebuah kawasan membentuk fahaman untuk merebut kuasa. Mana ada pilihan raya berlangsung tanpa kempen yang dalamnya penuh dengan unsur memburuk-burukkan pihak lain.
Buka mata, buka telinga, buka hati dan buka minda - patutkah Melayu ikut telunjuk DAP yang terang-terang menentang Negara Islam.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.