Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang yang ‘panas telinga’ apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota Parlimen kerajaan.
Keadaan bertukar gamat sebaik Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka.
Soalan itu nyata ‘mencuit’ sensitiviti anggota pembangkang yang mula ‘panas telinga’ termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota Parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.
Anwar dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang — Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pasa sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.
MKP kata patut hampa panas telinga pasal semua tue janji kosong yang tak mampu diberi kepada rakyat malaysia.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.