Sunday, June 26

JOE BEDUL:HANG DOK TEMBAK MACAM MERIAM PADANG KOTA.



Macam meriam padang kota Joe Bedul nie tembak saja pandai tapi apa yang ditunjukkan tidak langsung sama.muka macam P.Ramli.Pencacai Pak Sheikh Anwar Ibrahim dan selamatkan air muka bos mereka. Macam-macam cara mereka buat untuk alihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang menyelubungi AL-Juburi.

Boleh dikatakan, pemimpin PKR ini tidak pernah hilang idea kreatif untuk tujuan alih isu ini. Macam petang Jumaat, bila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul panggil wartawan untuk sidang media dan tayangan video istimewa macam mana seseorang boleh solek supaya jadi orang lain.

Demi nak selamatkan bos, Johari pilih untuk berlakon dan disolek macam P Ramlee. Cuma sekali tengok kita tahu, tak ada gaya langsung. Tengok sendiri gambar di atas, ada rupa P Ramlee ke?

Beza sangat dengan lelaki yang dalam klip video itu, bak kata seorang yang biasa dengan Pak Sheikh bila tengok klip video itu, "Dia lintas saja, aku mengucap, Ya Allah apa Anwar buat kat situ...".
Kisah Johari nak jadi P Ramlee ini bermula apabila wartawan yang hadir dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Jumaat diberitahu mengenai tayangan video yang dihasilkan sendiri Johari sebagai usaha untuk menangkis tuduhan terhadap Anwar yang dikatakan sebagai pelaku video seks.

Walaupun Johari mengakui dia sendiri menerbitkan video berkenaan, tetapi ternyata video itu mempunyai sentuhan profesional dalam kerja produksi.

Sepatutnya Johari menjemput sama Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya Presiden MCA itu dapat belajar menerbitkan sebuah video dokumentari untuk menangkis isu VCD seksnya dulu.

Barangkali Johari dapat membantu Soi Lek menyelamatkan maruahnya dengan cara yang sama, sekiranya mereka bertemu lebih awal dulu. Lagipun Johari cuma mengambi masa 34 hari untuk menerbitkan video dokumentari berkenaan.

Johari menunjukkan bakat 5 dalam 1 dalam video ala Majalah 3 itu yang ditayangkan kepada media itu apabila dia bertindak sebagai penerbit, penyunting, penyelidik, penulis skrip dan hos.

“Saya mengambil masa 34 hari untuk menerbitkan video ini, termasuk membuat penyelidikan yang membawa saya hingga ke Thailand,” katanya kepada pada sidang media berkenaan.

Lebih kelakar, Johari siap ambil kesempatan menawarkan untuk menjual video itu kepada media. 'Saya buat video ini pakai duit saya. Jadi siapa nak, kena beli. Lepas beli, anda boleh salin dan sebarkan kepada orang ramai,” katanya.

Video berkenaan bermula dengan opening montage yang memaparkan judul “Dalang Video Seks’ yang memaparkan gambar ketiga-tiga Datuk T. Johari memulakan mukadimah sebagai hos dengan mengatakan video itu akan menunjukkan bukti bahawa Anwar bukan pelaku dalam video seks yang menjadi isu hangat.

“Terdapat seribu kemungkinan siapa pelakon dalam video ini, tetapi apa yang kita tahu, ia bukan Anwar kerana beberapa sebab,” kata Johari dalam dokumentari itu.

Cuma yang pelik, Johari Abdul tidak pulak minta polis siasat siapa pelakon itu jika bukan Anwar atau minta tubuh Suruhanjaya Diraja untuk kenal pasti siapa yang sebenarnya pelakon video seks itu kalu bukan Anwar.

Johari menggunakan modal lama dengan menunjukkan lelaki yang digelarkan “Lelaki X”, kemudian membuat perbandingan dengan gambar-gambar yang memokuskan perut, pinggul, hidung dan rambut Anwar.

Gambar-gambar itu diselang-seli dengan gambar yang memberi fokus kepada hidung Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Johari memberi alasan lelaki yang dikatakan Anwar itu memakai cermin mata sedangkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak memakai cermin mata sejak menjalani pembedahan lasik dua tahun lalu.

Johari juga mendakwa bahawa lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu berhidung mancung, sementara Anwar berhidung penyek, serta jam Omega yang dikatakan milik Anwar sebenarnya kepunyaan Eskay.

Kira-kira 15 wartawan yang menyaksikan video berkenaan tergelak besar melihat adegan seorang make-up artis membuat “make-over” terhadap Johari supaya dia kelihatan seperti idolanya, P.Ramlee. Tambah melucukan apabila Johari cuba menari gaya P.Ramlee.

“Lihatlah, kesan solekan boleh buat saya kelihatan macam P Ramlee,” kata Johari, disambut gelak ketawa wartawan.

Bagi saya, ah, jauh panggang dari api! Langsung tak ada persamaan!. Kadang-kadang solekan boleh tiru, tapi bagaimana Johari hendak jelaskan body language pelakon video seks itu yang sebijik Anwar?

Johari juga dalam ulasannya mendakwa bahawa Eskay pernah memberitahu bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.

Menurut Johari, PKR akan menjual VCD ini dalam ceramah-ceramahnya mulai minggu ini dan video berkenaan akan dimuatnaik ke Youtube selepas sidang media.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.