Sunday, June 26

PEMUDA AKAN DIBUNUH JIKA MEMBANTAH BERSHIT.


Pemuda UMNO akan dibunuh dan bakal disembelih jika menyertai himpunan Patriot yang akan diadakan pada 9hb nanti.Ini menunjukkan bahawa Pemuda UMNO mempunyai kekuatan mengoncang pakatan haram yang menganjurkan bershit.Depa berani buat atau gempaq saja lebih.Jangan dok buat drama nak ugut orang seperti anjing menyalak saja akan tetapi penakut bila kena hambat terkencing dalam seluaq.Awat depa hantaq sms kat KJ dan semua tahu Ketua Pemuda tidak akan menyertai Perhimpunan Patriot.Nak Habaq mai Pemuda tidak gentaq dengan ugutan dan akan meneruskan Perhimpunan Patriot biar berputih tulang jangan berputih mata melihat Puak celaka nie dok buat menghuru-harakan malaysia.Pemuda UMNO sayangkan Malaysia tercinta dan  sanggup berjuang walaupun  berkorban jiwa dan raga.
SEPANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh tengah malam tadi yang ditujukan kepada anggota Pemuda Umno yang akan menyertai perhimpunan 9 Julai ini.
SMS itu, yang diterima jam 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali turut mengandungi kata-kata kesat yang mengugut untuk 'menyembelih' anggota Pemuda Umno yang ditemui di perhimpunan itu nanti.
Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad, Khairy berkata laporan polis mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid, yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama.
"Saya nampak ini perkara yang amat bahaya sekali dan mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana anggota Pemuda Umno yang ingin turun pada 9 Julai.
"Saya harap polis boleh mengambil tindakan sebab ini adalah perkara yang serius," katanya.
Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.
Sementara itu, Megat Firdouz yang dihubungi berkata satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya jam 12.15 tengah hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS ugutan bunuh, juga mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada hari yang sama. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.