Friday, July 29
Blogger DAP Ditahan.Dok Hasut Lagi.
Polis mengeledah rumah penulis blog DAP Chan Lilian di Pulau Pinang dan merampas komputer meja dan modem miliknya, dalam siasatan mereka berhubung hasutan mengajak masyarakat membenci kerajaan dan teruskan budaya perhimpunan Bersih bulan lalu.
Chan, seorang juruvideo, sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mesej tweetnya itu, serta Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana didakwa menghasut dan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Jika sabit kesalahan, Chan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Semalam, empat pegawai polis dari unit jenayah siber Brickfields, Kuala Lumpur, menyoalsiasat Chan selama kira-kira satu jam di ibupejabat polis (daerah timur laut) Jalan Petani, Pulau Pinang.
Mereka kemudiannya pergi ke rumah Chan di Tanjung Bungah dan menghabiskan masa selama dua jam mencari "bukti".
Mereka juga menyemak lapan fail dalam komputer Chan, mengambil gambar akaun Twitter beliau dan melukis gambar rajah kawasan di situ.
Pasukan polis, yang diketuai pegawai penyiasat ASP Ridzuan Ibrahim, beredar kira-kira jam 8.30 malam, dengan membawa komputer dan modem Chan.
Chan yang ditemani peguam Tham Shien Shyong berkata: "Ini adalah harga yang terpaksa saya bayar apabila saya mahu DAP memerintah Malaysia dan rakyat patut tahu DAP sahajalah yang layak memerintah Malaysia".
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.