PanelPoint SDN BHD telah menyatakan telah mendapat kelulusan dari Datuk Seri Najib Razak akan tetapi telah dinafikan oleh beliau.Adakah ini fitnah yang terbaru untuk mengaibkan kreditbiliti Perdana Menteri?Adakah mereka dari Panel Point SDN BHD mempunyai agenda politik dan diarahkan berbuat demikian oleh individu yang tidak bertanggungjawab?Berikut jawapan PM kepada wartawan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menafikan dakwaan sebuah syarikat tempatan mendapat hak mengusahakan sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).
“Tidak, tidak…tidak ada perkara seperti itu. Kita tidak pernah bincang mengenainya,” katanya dalam nada terkejut kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.
Rabu lalu sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai PanelPoint Sdn Bhd mendakwa Najib telah memberi restu secara hitam putih kepada syarikat tersebut untuk membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).
Che Nordin Ismail selaku CEO dan Ahli Lembaga Pengarah PanelPoint SDN BHD yang berani membuat kenyataan tersebut patut pihak berkenaan yang terlibat menyiasat perkara ini,Sesungguhnya ini akan menimbulkan kesangsian terhadap kreditbiliti Perdana Menteri Malaysia.
Fitnah style pembakang ni kita dah nampak cara mainannya. First sekali, dia akan buat satu statement yang tak munasabah, sebab ini asas propoaganda yang dikenali berhasil sejak zaman Nazi lagi. Kedua, dia akan pukul gendang selama 2 hari di sana sini media dia. Ketiga, lepas tu dia akan senyap, dan duduk diam sementara fitnah tu melarat di kalangan penyokong pembangkang.
ReplyDeleteBenda yang tak munasabah lama-lama akan jadi munasabah. Fakta tak akan dipedulikan lagi. Momentum fitnah itu akan berjalan sendiri dan ditokok tambah secukup rasa dari semasa ke semasa.
Fitnah style pembangkang ni cukup dengan hanya sekadar melontar headline. Sebab manusia sekarang dah malas nak membaca. Dia baca headline saja, dan terus percaya.
setuju dengan pandangan anda,kami pulak sebagai fire fighter tolong padam apa.
ReplyDelete