Thursday, July 21

CALONKAN ANJING PUN BOLEH MENANG?


AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.

Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.