Walaupun demonstrasi jalanan itu telah pun berlalu, namun pihak penganjurnya masih tidak berpuas hati. Kini sudah ada ura-ura untuk anjurkan Bersih 3.0 pula. Namun bagi sesiapa yang mengikuti demonstrasi tempoh hari, setidak-tidaknya melihat bahang demonstrasi kesalahan tentu saja diletakkan kepada penganjur iaitu Bersih 2.0.
Pertama, Bersih ialah pertubuhan yang diklasifikasikan haram oleh pihak berkuasa dan demonstrasi tempoh hari juga dianggap haram serta bertentangan dengan undang-undang negara kerana tidak peroleh permit terlebih dahulu.
Bayangkan kalau UMNO sendiri mengarahkan kira-kira 3 juta ahlinya turun ke ibu kota untuk menuntut agar Bersih serta penganjur demonstrasi dihukum? Dengan manusia seramai itu membanjiri ibu kota, ia bukan saja menimbulkan ketegangan malah pihak polis juga akan berdepan dengan masalah lebih besar.
Tempias demonstrasi tempoh hari terkena kepada pihak polis. Belum pernah dalam sejarah kita rakyatnya dilihat memperlekeh pihak polis secara sistematik. Menggunakan Facebook, mereka bukan setakat mempertikai peranan polis menangani demonstrasi, malah menghina kira-kira 60,000 anggota keselamatan itu.
Nasib baik polis tidak menggunakan akta lain seperti memberikan tafsiran penyertaan perhimpunan haram seperti itu adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan perlu ditembak sahaja. Nasib baik juga polis tak membawa mereka yang ditangkap direman di dalam lokap sehingga tarikh perbicaraan.
Kenalah ingat, polis (PDRM) bukannya parti politik. Mereka ada tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara. Siapa degil dan terang-terang langgar undang-undang, terimalah padahnya.
Lihat saja demonstrasi di negara maju, sekalipun pihak polis digunakan untuk menjaga ketenteraman, namun keselamatan awam diutamakan dalam setiap aspek. Kekerasan juga digunakan oleh pihak terbabit yang menyertai demonstrasi, sama ada ia haram atau halal, mereka bertindak liar guna “senjata” seperti Molotov koktail, batu, kayu dan sebagainya.
Memang tepatlah jika pihak tertentu mengatakan Bersih sebenarnya sebuah kumpulan haram dan pengacau dengan terselindung agenda kotor dan jahat oleh dalang yang sudah pun kita kenal pasti. Mereka dan pembangkang kini berjaya alih persepsi orang ramai. Polis dilihat sebagai musuh rakyat dan tindakan mereka tempoh hari juga dibidas dengan kata kesat.
Sebenarnya isu demonstrasi 9 Julai lalu telah menyimpang dari isu sebenar. Pihak penganjur nampaknya sudah tidak lagi bercakap mengenai tuntutan mengenai pilihan raya. Bersih cuba alih minda dan tumpuan rakyat, betapa zalim dan tidak profesionalnya anggota PDRM.
Kepada yang beranggapan seperti itu atau melabel polis sedemikian, MKP syorkan tak perlulah membuat laporan polis jika rumah mereka dimasuki pencuri, atau anggota keluarga mereka menjadi mangsa peragut, dan sebagainya. Mungkin alternatif terbaik ialah melaporkan sahaja kepada Anwar, Ambiga atau Mat Sabu atau siapa-siapa yang sewaktu dengan mereka ini!
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.