Thursday, August 4
Ambiga gagal cabar notis halang beliau masuk ke Sarawak
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini gagal mencabar notis larangan yang menghalang beliau daripada memasuki Sarawak ketika pilihan raya negeri lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, dalam kamarnya menolak permohonan Ambiga bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman itu.
Pada 23 Mei lalu, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan ketua pengarah jabatan imigresen Malaysia, pengarah imigresen Sarawak dan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai responden.
Peguam Tommy Thomas dan James Khong mewakili Ambiga, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.
Azizah memberitahu media bahawa hakim enggan memberi kebenaran kepada permohonan Ambiga dengan alasan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia tidak ada kena mengena dengan notis tersebut yang dikeluarkan Pengarah Imigresen Sarawak yang bertindak atas arahan setiausaha kerajaan negeri.
Azizah berkata, hakim menetapkan bahawa Ketua Menteri bukanlah pihak yang harus dinamakan dalam permohonan itu dan tindakan seharusnya difail di Sarawak memandangkan Pengarah Imigresen Sarawak menetap di Sarawak.
Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak bertarikh 15 April yang dikeluarkan oleh pengarah Imigresen Sarawak.
Ambiga juga memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan para responden membenarkannya memasuki Sarawak, di samping memohon ganti rugi dan kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Ambiga dilarang memasuki negeri itu sepanjang tempoh kempen selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak lalu, sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dari Kuala Lumpur pada 15 April.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.