Thursday, August 4

Pembangkang Tunjuk Kahaq.


Sejak dua menjak ini riak sungguh di kalangan pemimpin pembangkang nak tunjuk ‘kahaq’ macam kata orang Utara. Lambat siang ada saja isu kecil atau besar terus paksa kerajaan bagi jawapan segera atau “kami akan ambil langkah seterusnya”.

Hebat..hebat.
 
Bagi kita yang tahu politik, “langkah seterusnya” itu dalam konteks pembangkang di Malaysia tak ubahlah macam aksi perhimpunan haram 9 Julai untuk tunjuk kuat.
Kisah terbaru gelagat ini berkaitan kes Mismah, yang pembangkang riuh tak tentu hala kata seorang penduduk tetap yang diberi taraf warganegara selepas empat jam daftar.
 
Isu ini, ‘digoreng’ macam nak rak oleh blog dan portal berita pro pembangkang untuk dedah kononnya kerajaan BN terdesak sangat untuk kekal berkuasa sampai guna  guna warga asing bagi jadi penduduk tetap dan kemudian warganegara untuk tipu senarai pengundi.
 
Sampai ada yang dakwa modus operandi Jabatan Pendaftaran Negara boleh dikesan dengan kod 71 di tengah 14 nombor kad pengenalan.
 
Mana dapat tidak pasti, tapi ditayangkan dengan penuh yakin di blog masing-masing kononnya inilah penipuan kerajaan BN.
Maka pagi Rabu berbarislah Ahli Parlimen pakatan pembangkang dengan diketuai oleh Salahuddin Ayub bagi sidang akhbar dengan nada nak berperang...siap dengan bagi warning minta segara diadakan sidang tergempar parlimen bincang hal itu.
Masa tujuh hari diberikan.
 
Tapi yang peliknya, apabila blog pro BN dedah tiga pemimpin pembangkang, iaitu Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin juga ada angka 71 pada kad pengenalan masing-masing, semua blog pembangkang diam buat bodoh saja, yang lawaknya, pada yang ikut cerita Mismah ini, ada portal berita yang ‘edit’ balik kesilapan yang telah ditulisnya tanpa ralat. Buat kering saja.
 
Balik kepada kes Mismah, usaha mereka nyata kantoi.
Ini apabila Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said keluarkan satu kenyataan rasmi menjelaskan Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.
 
Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang daripada 12 tahun.
 
Jariah berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.
 
Ada tiga perkara pokok pertama, dakwaan pembangkang bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. 
 
Kedua, rekod menunjukkan bahawa Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. 
 
Dan ketiga Mismah telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia.
 
Bagaimanapun, macam biasa, walau berbuih mulut pegawai-pegawai kerajaan terangkan, puak pembangkang tidak akan percaya.
 
Ada saja, alasan untuk perlekehkan, jawapan-jawapan pegawai kerajaan tersebut.
Macam soal cadangan SPR nak guna sistem biometrik.Semua tak betul...semua tak kena.
 
Sudah ada banyak kes, pembangkang tidak akan terima penjelasan yang dirasakan rugikan mereka.
 
Ambil satu contoh, kes video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila polis kata video seks tersebut disahkan 99.8 peratus tulen oleh dua pakar dari universiti terkemuka bahagian teknologi di Amerika Syarikat.
 
Ada pembangkang melompat sampai ke langit soal Anwar mengenai video seks itu? Tak ada sama sekali, bahkan mereka kata, “Polis jadi alat BN untuk burukkan pembangkang,”
Ada ke Datuk Nik Aziz Nik Mat peduli. Belum apa-apa ulamak besar PAS terus defend dan kata tak betul tu.
 
Lagi lawak apabila, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu terima langsung bukti video tersebut yang katanya ‘besi tak boleh jadi saksi,”.
 
Senang cerita, pembangkang ini jenis pilih apa yang mereka hendak percaya, apa sahaja yang untungkan agenda mereka itu akan diuar-uarkan.
 
Tapi apabila kena atas batang hidung sendiri, samada buat kering, atau cepat-cepat buat ‘pembunuhan karakter’ macam yang jadi pada geng Datuk Trio.
 
Sekarang ini, sejak rasa macam berjaya menerusi macam-macam lakonan tunjuk keburukan kerajaan dengan demo haram Bersih 2.0, maka pantang buat ada isu sikit, pembangkang nak berdemo, nak ugut.
Ramai yang tahu mereka kini sedang galak korek segala macam ‘ lubang’  yang ada untuk cari alasan nak buat Bersih 3.0 
Kata orang kalau nak kahaq sekalipun...contohnya buat jugalah demo tuntut kebenaran pasal video seks.Barulah boleh kasi tabik spring.
Sana Bersih sini mau Bersih...tapi semuanya kecut macam kucing senak apabila ternampak iras watak yang cukup geli geleman tengah lanyak GRO China.
Kebenaran boleh main pilih-pilih ke ? Itu Abang Mat Sabu kena minta pendapat Datuk Ambiga.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.