Sunday, August 28

Mat Sabu ‘pembesar suara’ DAP – Razali Ibrahim


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pemimpin pembangkang itu menyifatkan anggota polis yang terkorban dalam tragedi itu sebagai pegawai British dan bukannya hero sebenar adalah satu penghinaan kepada keluarga mangsa tragedi itu.
Beliau melihat kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan Mohamad Sabu kini mengikut telunjuk DAP dan menjadi ‘pembesar suara’ kepada parti itu yang selama ini cenderung menunjukkan simpati kepada perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
“Dalam erti kata lain, DAP kini sudah berjaya berada di dalam barisan kepimpinan Pas dan saya tidak terkejut jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng banyak membantu Mohamad memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Beliau mengulas kenyataan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai hero sebenar.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu juga, Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Justeru Razali berkata, Mohamad Sabu juga patut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sanggup memesongkan fakta sejarah semata-mata kerana kepentingan politik.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.