Sunday, August 28
Pemuda UMNO Bagan buat laporan polis terhadap Mat Sabu haprak !
Pergerakan Pemuda UMNO Bagan hari ini telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Bagan yang juga Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Shaik Hussein Mydin desak polis menyiasat kenyataan Mat Sabu itu dengan segera dan ditahan di bawah ISA.
"Kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abd Rahman tidak layak sebagai pejuang kemerdekaan dan melabelkan pengganas komunis adalah hero dalam tragedi berdarah Bukit Kepong menunjukkan beliau sebagai buta sejarah , biadap serta kurang ajar .
" Kenyataan dari seorang Timbalan Presiden PAS ini juga menunjukkan dirinya seorang pemimpin yang haprak serta murtad dari segi perjuangan agama , bangsa dan negara. Saya minta Mat Sabu segera bertaubat dari terus bercakap benda yang tak betul , tak logik dan tiada fakta " katanya kepada My Penang Online di Balai Polis Pagoh di sini, hari ini.
Selain itu , Shaik Hussein juga menyelar sikap Mat Sabu yang menyatakan semua sejarah kemerdekaan negara satu penipuan .
" Kita beranggapan ini adalah satu hasutan yang mana PAS kini menyokong perjuangan komunis dan mahu mengubah fakta sejarah . Sikit hari dan tak mustahil selepas ini beliau akan mengatakan Lim Kit Siang adalah pejuang yang mendapat kemerdekaan "
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.