Wednesday, September 28

Guan Eng Suka Cari Pasal Dengan Polis.


Guan Eng Ketua Menteri Lidah Bewak suka mencari pasal dengan Pihak Polis sebelum ini kisah terjadi dipulau Pinang dimana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob telah naik angin dengan beliau.Dek kerana kenyataan lidah bercabangnya mempertikaikan tugas polis dari jabatan SB hanya mengekori ahli politik.Dan apabila berlaku demo yang dibuat oleh badan NGO lidah bewak ini sekali lagi menyalahkan pihak Polis dengan menyatakan tidak mampu menyekang pihak berkenaan.Serba salah pihak Polis Dibuatnya.Apabila beliau diugut pandai pulak nak buat laporan Polis,Guan Eng Lu apa mau?Isu keamanan kali ini dibangkitkan dinegeri johor dan pihak polis johor akan menyiasat dan bakal mendakwa beliau.Bolehkan beliau didakwa atau hanya ini sebagai penyedap hati.jika didakwa baguslah kami dari Pulau pinang menadah nyiru jika tangan tidak cukup.


Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.


Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.


"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.


"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.


Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.


"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.