Wednesday, September 28
Pulau Pinang Banyak Penjenayah.
Guan eng dok heboh kata Johor tidak selamat padahal negeri sendiri dah jadi negeri tidak selamat untuk dikunjungi apa dah jadi Guan eng.Bak kata pepatah hebat berkokok tapi ekor penuh tahi nie.dok pi jaga tepi kain orang tempat sendiri dah jadi dalcha marba.Masalahnya bukan besaq mana pun cuma arahkan anjing hang Weik Aik pi tengok kot ada deal mera deal kot.Mai Tang peniaga melayu pandai laju hampa pi buat kerja pastinya yang dok ambil parking haram nie kaum sebangsa hampa tue yang kuran jalan sikit kot.
Pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Upper di sini bukan sahaja dikenakan caj oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), malahan terpaksa membayar upah tambahan antara RM10 hingga RM20 kepada sekumpulan lelaki yang menjalankan kegiatan letak kenderaan haram di situ.
Aktiviti haram itu yang berlaku sekitar pukul 9 malam setiap Jumaat hingga 4 pagi Sabtu telah berlarutan sejak setahun lalu tetapi didakwa tidak ditangani secara serius oleh pihak penguatkuasa MPPP.
Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, meskipun marah dengan apa yang berlaku, pengunjung ke pusat hiburan berkenaan terpaksa juga membayar caj yang diminta kumpulan tersebut kerana khuatir kereta mereka dirosakkan.
‘‘Sebenarnya perkara ini bukan benda baru. Ramai lagi rakyat negeri ini mengalami nasib sama kerana kurangnya langkah penguatkuasaan diambil MPPP.
‘‘Buat apa mereka melanjutkan masa kutipan sehingga pukul 12 tengah malam di kebanyakan jalan kalau mereka sendiri tidak boleh mengutipnya. Baik batalkan sahaja langkah itu kerana ia tidak adil dan hanya membebankan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
Yeow Hooi berkata, MPPP perlu mengambil tindakan segera termasuk menjalankan pemantauan lebih kerap di jalan-jalan terbabit supaya kegiatan berkenaan tidak terus berleluasa.
‘‘Saya juga menyeru mereka yang mengalami situasi seperti itu untuk terus melaporkan kepada polis. Tidak usah takut. Kalau tidak buat (laporan), macam mana polis nak buat kerja.
‘‘Jika kegiatan ini terus berlaku, MPPP juga sepatutnya mengadakan kerjasama dengan polis bagi membendungnya. Jangan hanya pandai kutip duit rakyat, tetapi langkah penguatkuasaan tidak dilakukan,” ujarnya.
Utusan Malaysia.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
rekod ini lama dah P Pinang pegang. kalau tidak masakan ada Pulau Jerejak di sana tu.
ReplyDeletekah kah kah