Wednesday, October 19

74,958 Pejuang Negara Dibela Kerajaan BN



Seramai 74,958 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang berkhidmat semasa zaman darurat, serta duda dan balu mereka menerima bayaran saguhati khas kerajaan sejak 2003 hingga kini berjumlah RM74.9 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata setiap bekas polis atau balu kepada anggota polis itu menerima RM1,000 secara 'one-off'.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan wira yang tidak didendang ini, iaitu anggota pasukan keselamatan termasuk kira-kira 48,000 orang bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat.

"Mereka ini terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad," katanya menjawab soalan Mohd Nasir Ibrahim (BN-Kuala Nerus) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Mohd Nasir dalam soalannya bertanya sejauh mana kerajaan mengiktiraf dari segi pemberian pampasan dan pencen kepada pasukan keselamatan yang terkorban ketika menentang komunis seperti peristiwa Bukit Kepong.

Abu Seman berkata, kerajaan akan sekali lagi memberi sumbangan sebanyak RM3,000 secara 'one-off' kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka di bawah Bajet 2012.

"Sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos sara hidup mereka sekeluarga," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga memberi bantuan kepada mereka melalui Tabung Amanah Warisan Polis yang menyediakan bantuan kebajikan meliputi khairat kematian, perubatan, pembelian alat pergerakan dan anggota palsu, pelajaran serta bencana alam.

MKP kata:Mat Sabu mendendangkan bahawa Menyokong komunis dan Kerajaan BN tidak pernah mambantu dan inilah penjelasanya.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.