Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir Shaik Hussein Mydin berkata walaupun perkara ini tiada bukti sahih namun selaku Ketua Menteri, Guan Eng perlu menjawab isu ini demi memulihkan imejnya.Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.
sebelum ini Guan Eng amat terkenal dengan sikap suka menyaman sesiapa sahaja yang tidak menyokong tindakannya tetapi apabila kontroversi ini ditimbulkan, Guan Eng terus mengelak dari memberikan jawapan.“Guan Eng harus menjawab adakah benar anaknya telah ditukarkan sekolah dan mengapa?
Kalau dia tidak bersalah mengapa harus takut untuk menegakkan kebenaran. Ini bukan soal menjawab isu yang ditimbulkan oleh UMNO seperti dakwaannya tetapi dia perlu menjawab demi keyakinan rakyat. Penjelasan perlu dibuat dan jangan menuding jari kepada UMNO apabila isu ini tersebar kerana yang pasti UMNO tidak ada kena mengena. Bukan UMNO yang mengarahkan anaknya mencabul.Sekiranya Guan Eng enggan memberikan sebarang penjelasan dan terus mengelak tambahnya masyarakat akan menganggap bahawa dakwaan tersebut adalah benar.
Perkara ini melibatkan soal moral dan maruah diri. Saya amat risau mengenai perkara ini kerana sekiranya benar, Guan dilihat telah menggunakan duit untuk menyelesaikan masalah dan mungkin, saya kata mungkin ini bukan pertama kali dia menggunakan cara ini untuk menyelesaikan sebarang masalah.
Ekoran kejadian tersebut, dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Cina Heng Eee dikatakan telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier’s Institution.Anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun baru-baru ini didakwa telah meramas payudara rakan sekelasnya.
Guan Eng pula didakwa telah membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada keluarga mangsa sebagai bayaran menutup mulut.
Namun, sehingga kini masih tiada sebarang bukti mengenai dakwaan ini. Guan Eng yang terus didesak oleh wartawan untuk mejawab kontroversi ini terus mengelak dari memberikan sebarang jawapan.
Semalam, dalam sidang medianya, Guan Eng menjelaskan dia tidak perlu menjawab semua provokasi yang ditimbulkan oleh UMNO kerana dia mempunyai tanggungjawab yang lebih penting daripada melayan isu remeh ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.