Sunday, November 27

EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu


Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.
Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.
Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.
Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.
Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.
“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.
“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”
MKP KATA:Perbalahan sesama artis patut tidak melibatkan menteri.Seeloknya diselesaikan secara membawa perbincangan diantara mereka.Tua-tua ni mudah terasa hati..berkecil hati atas buatan anak-anak muda..masa kita muda-muda dulu pun tak ingat dunia..kita pun pada satu masa dulu mulut laser jugak. Apabila umor mencecah lewat senja, lagi mudah berkecil hati atas kata-kata anak-anak-cucu. Jadi ingat-ingat lah semasa diri masih muda. Sejarah akan berulang dan berputar kembali. Contoh teladan. Apabila sudah tua, sabar sahaja dapat mengatasi semua

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.