Sunday, November 27
Nik Ajis Bawa Cerita Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat?
Macamana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku.
Katak oh katak,
Kenapa panggil hujan?
Macamana aku tak panggil,
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
Mengapa nak makan katak?
Macamana aku tak makan.
Memang makanan aku.
Ini lah cerita yg telah disampaikan secara tradisi dalam bentuk lagu kanak2. Ia berpindah dari satu generasi ke satu generasi hinggalah kini. Apabila mendengar bait2 lagu ini, terasa ada lucunya. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun bait2 lagu ini mengandungi unsur sindiran yg sangat tajam, khusus buat sekumpulan masyarakat yg suka salah-menyalahkan orang lain. Masing2 menuding jari kerana hendak berlepas diri daripada dipersalahkan.
Lalu teringatlah kita pada alasan Nik Ajis perihal air kotor di Kelantan. Nik Ajis menyalahkan pembangunan diHulu Kelantan. Adoi ... kesitu pulok doh ... Mengapakah lagu ini mengambil binatang2 seperti bangau, ikan dan katak sebagai pesalah? Begitu juga dengan alam semula jadi seperti rumput, hujan dan nasi? Mengapakah ia tidak menggunakan manusia sebagai karektornya? Mungkin agaknya penulis lirik lagu ini hendak menjaga hati manusia, maklumlah justeru terdapat ramai manusia yg begitu sensitif bila ditegur dan tidak mahu mengaku pula kesalahan yg dibuat.
Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil2nya sehinggalah ke sebesar2nya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing2. Hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang2nya menuding jari. Kita perlu mencari apa yg salah, bukannya siapa yg salah. Apakah yg salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yg terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.
Marah, kecewa dan bingung. Itulah di antara reaksi majoriti rakyat Kelantan berhubung kegagalan kerajaan negeri itu mengatasi masalah bekalan air bersih. Mengejutkan, Kelantan hanya menerima purata 57 peratus bekalan air terawat berbanding 1.54 juta penduduknya iaitu paling rendah di Malaysia. Bekalan air Kelantan juga sama ada yg tidak terawat dan dirawat oleh Air Kelantan Sdn Bhd. (AKSB) dikesan dicemari kandungan logam berat daripada jenis mangan, arsenik, merkuri, plumbum secara berlebihan. Ia mendedahkan penduduk negeri itu kepada risiko pelbagai penyakit berbahaya antaranya kanser, penyakit hati dan serangan jantung.
Menerusi kajian berkenaan, kawasan Kelantan selatan turut diancam dengan penyakit leptospirosis (air kencing tikus) kerana penduduknya sejak hampir 30 tahun terpaksa bergantung sumber air dari bukit yg dipenuhi haiwan liar. Selain itu, data daripada Kementerian Kesihatan mengesahkan air di Kelantan dicemari dengan logam berat serta bakteria E.coli, yg boleh menyebabkan kematian. Laporan daripada Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Kelantan turut mendedahkan air terawat di negeri itu tidak mempunyai florida yg mencukupi, menyebabkan hampir keseluruhan kanak2 (lebih 95 peratus) di bawah umur enam tahun mengalami pereputan gigi atau gigi berlubang.
Banyak lagi fakta jika mahu ditulis. Itu belum mengambil kira kesusahan rakyat termasuk untuk mengeluarkan belanja yg lebih membeli bekalan air bersih. Perigi masih menjadi sumber bekalan air penting selain saluran mata air. Di sebahagian surau, tadahan air hujan terpaksa digunakan untuk wuduk. Seperti dijangka, kerajaan Kelantan terus dengan sindrom penafian kerana tidak mahu mengaku kelemahan sendiri. Ada sahaja alasan diberikan termasuk mencari salah pihak lain.
Inilah retorik pemimpin negeri terutama Menteri Besar, Nik Ajis. Mereka mungkin hebat dan ghairah berceramah tetapi tidak apabila menyentuh soal pentadbiran. Apakah rakyat Kelantan yg majoritinya orang Islam tidak berhak mendapat pengurusan yg baik sebagaimana dituntut dalam Islam? Apakah juga ini balasan Pas kepada rakyat Kelantan yg memberikan sokongan selama empat penggal kepada parti itu? Persoalan inilah perlu dijawab dengan jujur dan ikhlas oleh Nik Ajis.
Realitinya, sudah lebih 21 tahun Pas memerintah - begitu lama - isu bekalan air bersih masih tiada penyelesaian. Ia jelas mencerminkan kegagalan Pas mentadbir. Air yg menjadi keperluan asas tidak mampu ditangani, bagaimana mahu memerintah negara. Kasihan dengan nasib rakyat Kelantan, sampai bila harus begitu? ... inilah agaknya model negara berkebajikan.
Dalam masyarakat apabila berhadapan dengan masalah, terdapat dua golongan iaitu golongan yg proaktif dan golongan yang reaktif. Golongan reaktif ialah golongan yg apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Dan dia suka menumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain. Jarang dia mahu memfokus pada lingkungan pengaruhnya.
Masing2 melihat dan berlegar dalam lingkungan pengaruh orang lain yg tidak boleh dikawal. Kalau begini, sampai bila2pun masalah tidak akan selesai. Inilah bahana budaya menuding jari. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yg reaktif. Dan inilah yg sedang membudaya dalam masyarakat kita. Guano nie Pok Nik ooiii ....
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.