IRFAN Bakti Abu Salim naik berang, semalam dengan gelagat penyokong Terengganu menggunakan laman sosial menghentam kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh gara-gara tidak menyambung kontrak ketua jurulatih itu.
“Tolong jangan cetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan antara saya dengan presiden,” rayu pengendali itu yang menolak tawaran skuad Peteh, kelmarin kerana cenderung untuk membimbing Selangor, musim depan.
“Tiada perbalahan atau pun pertikaman lidah berlaku antara saya dan Che Mat atau penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin pada perbincangan kelmarin. Saya dengan rela hati memaklumkan hasrat saya dan mereka bersetuju,” katanya yang turut akur akan mengendalikan pasukan Selangor, musim depan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula bertegas akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca jurulatih itu menarik diri. “Saya tidak dimaklumkan mengenai keputusan terbaru itu...saya akan tanya pengurusan PBSNT.”
Irfan, 60, mengakui sepanjang mengendalikan skuad penyu bermula tahun lalu, dia mendapat layanan kelas pertama kerana semua permintaannya dipenuhi, termasuk pembayaran gaji, pemberian bonus dan pelbagai kemudahan lain.
“Che Mat meminta saya menyambung kontrak untuk mengendalikan skuad penyu dua musim lagi selepas pasukan Terengganu berjaya menewaskan Selangor pada pusingan pertama, tetapi saya hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi perlawanan pusingan kedua.
“Saya dengan rela hati membuat keputusan untuk tidak bersama skuad penyu musim depan biarpun pengurusan PBSNT bersetuju menaikkan gaji dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kereta baru dan kediaman,” katanya, semalam.
Dia juga berpendapat pelantikan Mat Zan Mat Aris menggantikan posisinya itu amat bersesuaian kerana jurulatih itu pernah membantu pasukan Peteh muncul juara Piala Malaysia 2001.
Dalam perkembangan lain, Che Mat mengakui walaupun sedih melepaskan Irfan selepas membantu pasukan Terengganu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia, tetapi itu adalah kehendak dan permintaannya.
“Tiada perbalahan ataupun pertikaman lidah antara kami. Jadi kami juga berpendapat penyokong fanatik pasukan Terengganu jangan melaga-lagakan kami melalui laman sosial,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.