Wednesday, November 2

Media Sosial Punya Angkara.

Tak sangka boleh jadi sampai macam nie,ingatkan arena politik sahaja yang hangat tentang penggunaan media sosial nie rupanya sukan pun ken tempiasnya jugak.Itu semua medium baru untuk meluahkan perasaan bagi golongan Belia yang kini lebih terbuka dalam  semua hal dan pendapat mereka.Jika teguran itu membina apa salahnya,ada kebenaran jugaklah apa yang dinyatakan oleh pihak yang memberi komen,Jangan melatah Irfan bakti terimalah dunia kini telah berubah,


IRFAN Bakti Abu Salim naik berang, semalam dengan gelagat penyokong Terengganu menggunakan laman sosial menghentam kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh gara-gara tidak menyambung kontrak ketua jurulatih itu. 

“Tolong jangan cetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan antara saya dengan presiden,” rayu pengendali itu yang menolak tawaran skuad Peteh, kelmarin kerana cenderung untuk membimbing Selangor, musim depan.

“Saya tidak mahu disebabkan tindakan seperti ini, hubungan saya dan pengurusan PBSNT menjadi retak.”
Irfan kesal kerana tindakannya tidak menyambung kontrak bersama Terengganu, musim depan dimanipulasikan penyokong fanatik pasukan Terengganu melalui laman sosial. 

“Tiada perbalahan atau pun pertikaman lidah berlaku antara saya dan Che Mat atau penolong pengurus, Sheikh Ahmad Tajuddin pada perbincangan kelmarin. Saya dengan rela hati memaklumkan hasrat saya dan mereka bersetuju,” katanya yang turut akur akan mengendalikan pasukan Selangor, musim depan. 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula bertegas akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca jurulatih itu menarik diri. “Saya tidak dimaklumkan mengenai keputusan terbaru itu...saya akan tanya pengurusan PBSNT.” 

Irfan, 60, mengakui sepanjang mengendalikan skuad penyu bermula tahun lalu, dia mendapat layanan kelas pertama kerana semua permintaannya dipenuhi, termasuk pembayaran gaji, pemberian bonus dan pelbagai kemudahan lain. 
“Che Mat meminta saya menyambung kontrak untuk mengendalikan skuad penyu dua musim lagi selepas pasukan Terengganu berjaya menewaskan Selangor pada pusingan pertama, tetapi saya hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya sebagai persiapan menghadapi perlawanan pusingan kedua. 

“Saya dengan rela hati membuat keputusan untuk tidak bersama skuad penyu musim depan biarpun pengurusan PBSNT bersetuju menaikkan gaji dan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kereta baru dan kediaman,” katanya, semalam. 

Dia juga berpendapat pelantikan Mat Zan Mat Aris menggantikan posisinya itu amat bersesuaian kerana jurulatih itu pernah membantu pasukan Peteh muncul juara Piala Malaysia 2001. 

Dalam perkembangan lain, Che Mat mengakui walaupun sedih melepaskan Irfan selepas membantu pasukan Terengganu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia, tetapi itu adalah kehendak dan permintaannya. 

“Tiada perbalahan ataupun pertikaman lidah antara kami. Jadi kami juga berpendapat penyokong fanatik pasukan Terengganu jangan melaga-lagakan kami melalui laman sosial,” katanya. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive