Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan cuba melindungi mana-mana individu mahupun syarikat dikaitkan dengan penyelewengan dan pecah amanah.
Katanya, dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) beliau tidak bercakap kosong dan berhujah bersandarkan fakta dengan kajian yang dilakukan secara terperinci.
“Siasatlah saya, saya bersedia kerana apa yang saya bentangkan adalah benar, bukan penipuan.
“Saya bukan mahu jadi pembela atau jurucakap, tetapi saya membuat kajian sebelum membentangkan sesuatu, bukan seperti mereka (pemimpin pembangkang),” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan melindungi perbuatan pecah amanah.
Saifuddin sebelum itu mendedahkan syarikat ada kaitan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.
Beliau mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.
Mengulas mengenai serangan pemimpin pembangkang itu, Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah.
“Pada hakikatnya peruntukan yang diterima syarikat berkenaan adalah RM181 juta dan bukan RM250 juta seperti didakwa PKR. Manakala tanah yang dipajak hanya 600 hektar kepada NFC dan bukannya 2,000 hektar seperti yang didakwa Saifuddin, kenapa lakukan sedemikian? Beliau seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya.
Mengulas mengenai pembelian kondominium itu, beliau berkata, National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.
“Hartanah yang dibeli atas nama syarikat yang menguruskan ladang. Syarikat itu menerima peruntukan, tetapi projek tidak boleh dilaksanakan.
“Oleh itu pihak syarikat mengambil langkah untuk melabur dalam bidang hartanah sebelum menjualnya ia akan memberikan keuntu-ngan kepada mereka akibat projek tertangguh sebelum itu,” katanya.
Sementara itu dalam blognya, Rembau.net, Khairy berkata, pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang “boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi” akibat kelewatan operasi itu.
“Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.
“Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya.
3 comments:
Salam Perjuangan,
Tolong bagi email saudara nanti saya emailkan fakta sebenar mengenai NFC. Sebenarnya DS Shahrizat sudah pun berjumpa beberapa bloggers bagi menerangkan fakta terperinci tentang NFC. Parpukari dan Papa Gomo tahu hal ini.
Ini email saya pssr_43@yahoo.com
terima kasih saya telah e-mailkan.
salam 1 mALAYISA -LINKS MY BLOG PLZ
http://bujangsenangbn.blogspot.com
Post a Comment