Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Friday, October 4

#KJ4KP APA LAGI @Khairykj


"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA



Saturday, May 18

APA YANG MENARIK TENTANG @KhairyKJ nie......Bekas Penyampai Televisyen.....?


Khairy Jamaluddin yang aktif dalam kegiatan lasak dan suka bersukan adalah bekas Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dan pengerusi jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selama tiga tahun sejak 2007.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) itu pada 2006 telah dipilih sebagai ahli The Forum of Young Global Leaders, World Economic Forum, yang dianggotai oleh pemimpin berwibawa berumur dalam lingkungan 40-an atau kurang dan memiliki komitmen tinggi terhadap tanggungjawab untuk kejayaan organisasi.

Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi Teori dari Universiti Oxford, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Teori Undang-undang dan Politik Universiti Kolej London.

Khairy Jamaluddin pernah bertugas sebagai penulis ucapan kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1999 dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai pembantu khas kepada Abdullah hingga 2003.

Apabila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2003, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Sulit selama setahun.

Bekas penyampai televisyen dan pengacara program 'Dateline Malaysia' di NTV7 pada 1998 dan penulis dengan penerbitan The Economist selama tujuh bulan pada 1999, pernah menjadi pengarah penasihat korporat ECM Libra Sdn Bhd.

Dalam politik, Khairy Jamaluddin menyertai UMNO pada 1998 sekembalinya dari belajar di luar negara dan telah memegang beberapa jawatan parti di peringkat bahagian di Tampin dan Rembau, serta pusat termasuk Ketua UMNO cawangan Gadong pada 2002 dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Rembau pada 2004.

Pada pemilihan parti 2004 beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding, dan pada Pilihan Raya Umum 2008 bertanding di kerusi parlimen Rembau yang disandangnya hingga ke hari ini.

--BERNAMA

Sunday, July 1

Dakwaan Pemuda Umno bergolak hanya helah Pas


Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan Pemuda Pas Johor berhubung pergolakan yang berlaku dalam pemuda Umno negeri itu.Sebaliknya, beliau menyifatkan dakwaan tersebut adalah cubaan Pas untuk menutup kelemahan parti itu.

Khairy berkata, Pas sebenarnya tersepit dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan Pas hilang sokongan orang Melayu negeri ini sehingga mereka cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud dalam Umno.

“Mereka hanya nak tutup kelemahan kerana rakyat Johor terutama orang Melayu telah menolak Pas disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar dan berusaha untuk tutup kelemahan yang telah mereka lakukan.

“Naib Ketua Pemuda saya orang Johor, jadi kita tidak akan biarkan timbul masalah dalam kalangan Pemuda negeri ini. Kalau ada kelemahan kita akan tangani secara berhemah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang,semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Roslan Hassan.

Khairy berkata, laporan yang didakwa Pemuda Pas itu tidak tepat kerana sebarang perubahan yang dibuat dalam kepimpinan Pemuda Umno berkisar kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, perubahan yang dilakukan bukan perkara luar biasa kerana rombakan kepimpinan Pemuda yang dilakukan di beberapa buah negeri bertujuan untuk memantapkan parti.

“Saya dah merombak kepimpinan Pemuda negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah, jadi mungkin negeri lain saya akan melihat pada keadaan, kalau perlu kita akan buat rombakan.

“Johor antara satu negeri yang saya masih lagi pantau, sama ada perlu atau tidak,” katanya.

Berhubung isu undi Pas masuk syurga, Khairy berkata, dalam Umno tidak mengamalkan politik sama seperti Pas yang menjanjikan pahala dan syurga.

Menurutnya, Umno tidak mahu menjanjikan apa-apa yang bukan di dalam kuasanya kerana soal Pas janjikan pahala, dosa dan kepastian siapa yang akan masuk syurga bukan manusia yang menentukan, tetapi ALLAH SWT.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat berkata, wujud Kumpulan 16 Ketua Pemuda Umno bahagian yang tidak menyenangi ketua mereka, Mohd Fadil Muskon kerana beliau datang daripada kem Khairy.

Suhaizan berkata, ia juga merupakan antara faktor mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berani membubarkan Parlimen sehingga hari ini.

Dalam kenyataan tersebut juga, Suhaizan turut mendakwa, sifat ‘budak baik’ Mohd Fadil menjadikan beliau tidak disenangi oleh sebahagian Ketua Pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Wednesday, June 27

Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?



Utusan Malaysia hari ini membuat spekulasi bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman PAS, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

"Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki," tulis pengarang kanan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit.

Menurut beliau, Nik Aziz mula menyedari kelemahannya dan jika terus di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan, maka, menteri besar itu dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

"Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?" soalnya lagi.

Zaini seterusnya meramalkan tempat Nik Aziz selaku menteri besar akan diganti ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar.

Menurutnya, Kamaruddin akan membuat pertukaran dengan timbalan menteri besar merangkap ahli DUN Pasir Pekan Datuk Ahmad Yaakob.

Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar. 
KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang. 
Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat. 
Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.Baca seterusnya

Wednesday, May 23

KENAPA DEBAT KJ VS RAFIZI TAK BEST?


Ulasan debat malam tadi telah disimpulkan oleh rakan seperjuangan Taiping Mali, Ada benar hujah yang dikemukan dan sikap moderator nampak kurang matang dan berat sebelah kenapa dan mengapa?

Moderator Debat Kj vs Rafizi yang cabar PM untuk berdebat dengan DSAI. Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antara bangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik merupakan penyokong tegar pembangkang dan pernah mengkritik Dr Hasan Ali dengan menulis surat terbuka kepada Dr Hasan selepas beliau mengistyharkan diri menentang Pas.

Dr Maszlee sememangnya pakar spin dan malam tadi beliau bertindak biadab dengan mengajak Najib supaya berdebat dengan Anwar.

Malam tadi debat KJ dan Fafizi menyaksikan pengarah strategi PKR membelasah KJ pada 3 minit terakhir penggolongannya. Rafizi bagaimana pun telah tersasar daripada tajuk dengan melontarkan emosi amarah dan dendam yang tak berkesudahan kepada KJ.

Debat malam tadi juga dengan sendirinya telah mendedahkan ketidakupayan Pkr untuk menanggung dana PTPTN sekiranya mereka memerintah. Cara yang mudah ialah dengan menghapus kan dana PTPTN dan menutup kolej-kolej komuniti yang dilabelkan sebagai kolej kedai bertaraf sampah.

Dengan menghapus kan PTPTN maka selesai lah tanggung jawab kerajaan dalam menyediakan dana kepada rakyat berpendapatan rendah. Hanya mereka yang mampu sahaja yang dapat belajar di IPTA dan IPTS.

Berbalik kepada perangai biadap Dr Maszlee yang ingin menjadikan menjadi moderator debat PM dan Anwar sudah tentu telah bersedia dengan senjata sulit untuk memerangkap mangsa dengan soalan-soalan luar jangka.

Najib dan Anwar tak perlu berdebat kerana gelanggang mereka sentiasa terbuka di dewan rakyat. Berbeza dengan debat KJ dan Rafizi, kerana Rafizi bukan lah ahli dewan rakyat dan tidak berpeluang untuk berdebat dengan KJ atau PM.

Debat malam tadi adalah debat yang tidak sempurna dan tidak lengkap. Apakah pihak Sinar Harian terlepas pandang atau sengaja buat-buat dungu.

Sinar Harian perlu menyedia piala dan hadiah wang tunai kepada pendebat yang terbaik.. Malam ini kalau diikutkan KJ yang menjadi pendebat terbaik kerana berjaya mengawal emosi dan tidak terkeluar tajuk.

Rafizi, walaupun beliau merupakan johan debat peringkat sekolah menengah, bijak menggunakan bunga bahasa tetapi pada saat akhir terkantoi juga. TM bukan pakar bahasa untuk menilai mereka dari aspek pemarkahan. Hanya guru-guru bahasa sahaja yang bijak menilai mereka berdua. Sungguh ralat kerana Sinar Harian tidak menyediakan panel juri dan hakim untuk menilai mereka malam ini.

Thursday, April 26

KJ BALUN AMBIGA KAW-KAW PUNYA?


Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw' bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.

Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.

Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu, Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.

Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.
kj-ambiga-crowd


Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.

Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.

Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.

Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya tepat.

kj-ambiga3-debat


Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.

Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.

Walaupun, pada awalnya Ambiga berkeras menyalahkan dan menyatakan rasa tidak percayanya kepada SPR, Khairy dapat menyakinkan peguam itu untuk berjumpa dan berbincang dengan SPR.

Ditemui Agendadaily selepas debat itu, Khairy berkata, debat itu berjaya membuat Ambiga mengakui bahawa pendiriannya tidak mempercayai SPR, ‘lebur’ dengan debat malam tadi.
kj-ambiga-kecoh


“Akhirnya beliau mengakui dan sedia duduk bersama dengan SPR. Ini satu kemajuan yang dia mengakui bahawa pendirian beliau yang tidak percaya pada SPR dan minta pegawai SPR letak jawatan adalah tidak munasabah,” katanya.

Katanya, rakyat dan penyokong tahu bahawa semua angka disebuat Bersih tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada penjelasan yang semua harus dengar terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kedegilan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka juga pada Sabtu ini batal dengan pendirian lembut Ambiga terhadap SPR.

Ambiga menegaskan Bersih 3.0 tetap ke Dataran Merdeka walaupun di tawarkan lokasi baru di Stadium Merdeka.



Beliau beri alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru memaklumkan lokasi itu sedangkan perhimpunan itu hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Kononnya jika tukar lokasi ia akan mengelirukan mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu.

Barangkali kerana kedegilan itu juga, Ambiga terpaksa merah telinga ketika mahu meninggalkan majlis itu apabila bergema jeritan TIBAI...TIBAI...TIBAI oleh beberapa penonton yang mungkin juga nak lepas geram kerana memikirkan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya mainan politik pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu ketika debat Khairy berkata, ianya bukan soal Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka tetapi soal pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau tidak mempersoalkan hak Ambiga dan Bersih membangkitkan isu berkaitan SPR, tetapi adalah tidak wajar katanya rakyat diheret sama di jalanan sedangkan kerajaan masih meneruskan reformasi bagi penambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.



Hakikatnya malam tadi menyaksikan Ambiga hanya menang sorak sebaliknya Khairy walaupun batuk-batuk masih mampu berhujah dengan berjaya dan mematahkan pandangan buruk Ambiga dan Bersih terhadap SPR selama ini.- 26/4/2012- OLEH ROSLAN BIAN AD

Wednesday, April 25

LIVE STREAMING - DEBAT @KHAIRYKJ -vs- @AMBIGA_S


KHAIRY -vs- AMBIGA

Bagi yang tak dapat turun KL malam ni, saksikan debat antara KP Umno, KJ dengan Pengerusi Bersih 3.0, Ambiga jam 8.00 malam ini secara live streaming dari The Club Bukit Utama Damansara di sini... (ehsan : mobtv)

Monday, April 23

UCAPAN BERAPI KJ BUATKAN ADAM ADLI KECUT TELOQ.





Kita tengok berapa suara mahasiswa yang keluar ke Dataran Merdeka, kalau tak silap saya tak sampai lima khemah, kononnya suara mahasiswa nak hapuskan PTPTN dan menyokong pakatan pembangkang, saya rasa lebih ramai anak muda yang keluar beratur untuk beli iPad yang baru

Menurut Khairy, beliau percaya rakyat khususnya golongan muda tidak akan terpedaya dengan pelbagai tipu daya pakatan pembangkang termasuk janji menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol lebuh raya.

Jelas beliau, menerusi program transformasi yang dilaksanakan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sokongan orang muda telah kembali kepada BN dan perkara tersebut telah ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan sebelum ini.

Thursday, February 23

KJ BANTAI ANWAR,JANGAN GUNA HP ISRAEL?



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar membatalkan pindaan Akta Kastam yang diluluskan oleh beliau pada tahun 1996 bagi membolehkan syarikat-syarikat swasta di Malaysia berdagang dengan Israel, jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sementara menunggu pilihanraya umum, kerajaan negeri di Kedah,Pulau Pinang dan Selangor pimpinan pembangkang juga dicabar menarik balik lesen premis yang diberi kepada kilang dan pejabat syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mengimport barangan dari Israel.

Dalam mengemukakan dua cabaran itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan bertalu-talu Anwar dan parti pembangkang terhadap urusniaga antara beberapa syarikat negara ini dengan Israel adalah untuk hanya untuk menutup pendirian pro-Israel Anwar.

Beliau menegaskan  Anwar adalah Menteri Kewangan bertanggungjawab yang memberikan persetujuan untuk melonggarkan Akta Kastam 1967 supaya syarikat-syarikat swasta boleh mengimport dan mengeksport barangan ke Israel.

“Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional semasa,” kata Khairy.

Khairy berkata desakan pihak tertentu mahukan kerajaan mengubah balik peraturan itu dan  melarang sama sekali perdagangan dengan Israel tidak mengambil kira realiti jalinan ekonomi sedunia.
  
Beliau berkata beberapa syarikat  swasta antarabangsa yang melabur di negara ini bergantung kepada rantaian penawaran dan perniagaan merentasi sempadan.

Khairy menegaskan hubungan dagangan syarikat swasta berkenaan dengan syarikat di Israel   “bukannya digalakkan oleh kerajaan.

“Kebanyakan daripada perdagangan ini dibuat oleh syarikat-syarikat antarabangsa (MNCs) yang ada kilang di seluruh dunia termasuk Israel,” kata beliau.

“Kita kena faham bahawa di arus era globalisasi, MNCs yang melabur di negara kita mempunyai sistem rantaian penawaran (supply chain) dan perniagaan yang merentasi pelbagai Negara,” tambah beliau.

“Sebagai contoh, syarikat-syarikat antarabangsa seperti Dell, Intel, Motorola, IBM, Agilent Technologies dan Oracle kesemuanya mempunyai kilang dan pejabat di merata negara termasuklah Malaysia dan juga Israel,” tambahnya.

Realiti ini boleh dijelaskan dengan contoh proses pembuatan mikroprosesor Intel yang bermula di Amerika Syarikat dan Israel sebelum dihantar ke kilangnya di Malaysia untuk diuji, kata Ahli Parlimen Rembau itu.

“Ada juga produk-produk yang dibuat di Malaysia yang mana bahan mentahnya hanya boleh dibeli dari syarikat yang ada kilang di Israel,” kata Khairy.

“Apakah ini sama dengan sokongan politik untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin? Sudah pasti tidak. Ini realiti globalisasi dan proses pembuatan yang merentasi sempadan,” jelas beliau.

Khairy berkata dalam usaha menutup salah apabila memberi sokongan terbuka kepada Israel, Anwar dan konco-konconya mensasarkan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan Israel tanpa mengakui realiti globalisasi dan perdagangan antarabangsa.

Khairy berkata jika pembangkang masih menggunakan isu dagangan itu sebagai hujah mempertahankan kenyataan pro-Israel Anwar, mereka harus mengisthiarkan akan melarang hubungan perdagangan dengan Tel Aviv dalam apa bentuk jua pun.

“Sebenarnya, tak perlu kita tunggu sehingga pilihan raya. saya cabar (Anwar) meminta kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk menarik balik lesen premis yang diberi kepada syarikat seperti Intel, Agilent dan Motorola kerana mereka mengimport barangan dari Israel,” kata Khairy.

“Saya juga cabar Anwar mengarahkan semua petugas parti beliau buang semua komputer dan telefon bimbit mereka yang ada komponen Intel atau Motorola kerana ia berasal dari kilang di Israel. Kalau tak dapat buat demikian, jangan nak menuding jari pada kerajaan Barisan Nasional,” tambah beliau.

Khairy berkata semua pihak harus jelas bahawa  perdagangan antara syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan Israel adalah sebahagian daripada tuntutan dan ciri globalisasi.

"(Ini) jauh beza daripada sokongan dan pembelaan politik yang telah diberi oleh Anwar terhadap Israel dalam kenyataan beliau dalam Wall Street Journal,” kata beliau.

“Kerajaan Barisan Nasional konsisten menyokong perjuangan Palestin dan langsung tidak tergamak untuk bercakap soal keselamatan Israel sepertimana Anwar kerana menyedari bukan Israel yang dizalimi tetapi rakyat Palestin,” tambahnya.

Wednesday, February 22

ANWAR DAH LUPA SAPA PUNYA KEJA ISRAEL NIE?


Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?
Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.
Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.
Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.
Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.
Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Semalam.
Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.
Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.
“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.
"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.
“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.
Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara  tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.
“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.
“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.
“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Menurut beliau  kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga  dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.AGENDA DAILY

Sunday, November 13

Saya bersedia disiasat: KJ



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersedia disiasat sekiranya beliau dikatakan cuba melindungi mana-mana individu mahupun syarikat dikaitkan dengan penyele­wengan dan pecah amanah.
Katanya, dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) beliau tidak ber­cakap kosong dan berhujah bersandarkan fakta dengan kajian yang dilakukan secara terperinci.
“Siasatlah saya, saya berse­dia kerana apa yang saya bentangkan adalah benar, bukan penipuan.
 
“Saya bukan mahu jadi pembela atau jurucakap, tetapi saya membuat kajian sebelum membentangkan sesuatu, bukan seperti mereka (pemimpin pembangkang),” tegasnya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Se­ti­ausaha Agung PKR, Sai­fuddin Nasution Ismail didak­wa cuba memutarbelitkan fak­ta dan melindungi perbuatan pecah amanah.
 
Saifuddin sebelum itu men­­­dedahkan syarikat ada kai­­­t­an dengan Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Datuk Shah­ri­zat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC untuk mem­beli satu unit kondo­mi­nium mewah dengan bayaran RM9.8 juta.
 
Beliau mendakwa, tin­­dakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.
 
Mengulas mengenai serangan pemimpin pembangkang itu, Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah.
 
“Pada hakikatnya peruntukan yang diterima syarikat berkenaan adalah RM181 juta dan bukan RM250 juta seperti didakwa PKR. Manakala tanah yang dipajak hanya 600 hektar kepada NFC dan bukannya 2,000 hektar se­per­ti yang didakwa Saifuddin, kenapa lakukan sedemikian? Beliau seolah-olah ada agenda tersembunyi,” katanya.
 
Mengulas mengenai pembelian kondominium itu, beliau berkata, National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.
 
“Hartanah yang dibeli atas nama syarikat yang meng­­u­ruskan ladang. Syarikat itu mene­rima peruntukan, tetapi pro­jek tidak boleh dilak­­sanakan.
 
“Oleh itu pihak syarikat mengambil langkah untuk melabur dalam bidang hartanah sebelum menjualnya ia akan memberikan keuntu-ngan kepada mereka akibat projek tertangguh sebelum itu,” katanya.
 
Sementara itu dalam blognya, Rembau.net, Khairy berkata, pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang “boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi” akibat kelewatan operasi itu.
 
“Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain se­perti akaun simpanan tetap.
 
“Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC,” katanya.

Saturday, September 24

Depa Kata KJ Tak Baguih?????

23/9 Rembau ~ Yang Berhormat Khairy Jamaluddin membantu bersama-sama orang ramai seorang pemuda yang ditimpa kemalangan kerana terbabas ketika menunggang motorsikal untuk ke masjid solat Jumaat. YB KJ yang kebetulan melalui jalan tersebut berhenti bersama rakan-rakan dan mengarahkan Pegawai Parlimennya untuk menghantar pemuda tersebut ke hospital.

Thursday, June 23

Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ.


Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan. 
Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahu pun Hakim yang mahu mengajar pihak polis."

Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah.
Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan.
Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan.

Thursday, June 2

KJ Sepatutnya Nikahi Nurul Izzah


Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa cakap-cakap kononnya beliau sepatutnya berkahwin dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini adalah mengarut.
Malah beliau kesal kerana masyarakat lebih gemar mempercayai cerita-cerita karut daripada yang benar.
"Itu adalah cerita merepek, saya tidak pernah mengenali beliau (Nurul Izzah) selain bertemu di Parlimen," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman web interaktif Yahoo! Malaysia pagi Khamis.
Beliau berkata demikian selepas seorang pembaca yang menggunakan nama Didi mempersoalkan sama ada benar atau tidak Khairy suatu ketika dahulu sepatutnya berkahwin dengan anak Ketua Pembangkang itu.
Dalam pada itu, Khairy turut menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar dan keluarganya.
Malah beliau sekali lagi menegaskan hanya berjumpa Anwar di Parlimen bukan di tempat-tempat lain.
"Saya tiada hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan keluarganya," katanya menjawab pertanyaan seorang lagi pembaca dikenali sebagai Shukor.
Hubungan Khairy-Anwar menjadi buah mulut masyrakat selepas Ketua Pemuda Umno itu dikatakan bertemu dengan Ketua Pembangkang berkenaan selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman hampir enam tahun dipenjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat pada 2 September 2004.
Khairy dikatakan bertemu sendiri Anwar bagi urusan pasport bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di Munich, Jerman pada ketika itu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive