Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Sunday, October 14

32 Rahsia Israel Yang Tak Pernah Kita Tahu..


Walaupun kebanyakkan kita kenal dan biasa dengar tentang penubuhan negara haram Israel ni, tapi masih ada lagi fakta-fakta lain yang kita tak pernah dengar pasal negara haram ni..Cuma satu fakta ja yang kita tahu selama ni, iaitu negara haram Israel ditubuhkan dengan pertumpahan darah saudara se-Islam kita disana, iaitu rakyat Palestin..Kalau korang nak tahu apa lagi fakta-fakta pasal Israel ni, meh baca kat bawah ni..

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?

Friday, March 30

VIDEO SEMPOI ; DEMO ANWAR BONEKA ZIONIS?

Kemarahan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam terhadap sokongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel dan rejim Zionis terus memuncak.Hari ini, lebih 100 wakil NGO itu mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.  
Ini kerana parti Islam itu yang berkeras mengatakan bahawa adalah haram mengadakan sebarang hubungan dengan Israel, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong agenda Zionis tetapi gagal membidas ketua pembangkang itu.Dalam demonstrasi selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, mereka turut menyerahkan memorandum kepada wakil PAS.
Walaupun Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik pada 14 Februari lalu mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar, namun ketua umum PKR itu tidak berbuat demikian.
Anwar sekadar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.

Friday, March 16

ANWAR KANTOI DENGAN KJ,,,JOM PAKAT GELAK KT ANWAR.



Bila MKP tengok balik video nie nampak sangat apa yang cuba diputar belitkan oleh Anwar,Nampak gayanya  Pak Shiek tak payahlah nak berangan nak debat dengan PM lepas nie.Ketua Pemuda yang dianggap mentah pun tak boleh lepas dengan hujah dan fakta.Faktanya jelas Pak Sheik ada menyebut didalam WSJ :
"I support all efforts to protect the security of the State Of Isreal..."
Gelak sakan dengan adegan budak sekolah yang ditunjukkan oleh Pak Sheik nie.Nak ingatkan Pak Sheik Jangan sesekali merendahkan kami golongan Pemuda walaupun umuq tak cukup tetapi akal panjang Pak Sheik woiiii.Sendiri mau dok pikiq la benda nie.......



MKP Ayat Sempoi : Al Fatihah kepada semua pejuang Palestin..........

Thursday, March 15

VIDEO : MP PKR JADI MONYET DALAM DEWAN RAKYAT SEBAB ISRAEL.



Kecoh la Dewan Rakyat semalam.Kenapa Azmin Ali meroyan dan meronta macam beruk bila MP BN menyatakan Anwar menyokong Israel.MKP ambil jugak video nie walaupun dari pihak PAS.Tergelak tengok telatah Ahli Parlimen yang telah diundi oleh rakyat ditabalkan Yang Berhormat memperlihatkan telatah macam budak tadika bergaduh nak gula-gula paling mahal.

Semua sama umpama pinggan kata kat kawah pungkoq hitan padahal sama-sama dok menyondol rakyat dibawah kena tipu bulat-bulat.....Apa kejadah nie semua.....Pulak tue ini disiarkan oleh semua media masa,TV dan sebagainya.......malu lah woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....



MKP Ayat Sempoi : Depa nie berlakon saja,,,,,,Cywar,,,Cywar macam haram jadah//////


Wednesday, March 14

SAH ANWAR SOKONG YAHUDI MELALUI YAYASAN KONRAD ADNEUR (KAF)



Mampos hang kali nie Anwar tembelang sudah pecah dengan dedahan yang telah dibuat oleh orang hang sendiri melalui Yayasan Konrad Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).Dokumen semua dah ada dan telah didedahkan oleh Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. antara lain mendakwa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi menggerakkan PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
"KAF secara terbuka menaja PKR menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di Jerman yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam.
"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman... KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh Anwar dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,"ujarnya.
Selain KAF, Mohd Zin mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR.AD

MKP Ayat Sempoi : Orang macam hitler boleh ajaq Anwar and the Gang. 

Wednesday, February 22

ANWAR DAH LUPA SAPA PUNYA KEJA ISRAEL NIE?


Memanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?
Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.
Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.
Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.
Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.
Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Semalam.
Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.
Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.
“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.
"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.
“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.
Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara  tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.
“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.
“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.
“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
Menurut beliau  kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga  dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.AGENDA DAILY

Tuesday, February 21

BLOGGER MILO SENGGAL KANTOI MENIPU LAGI ???



Blogger Pakatan mILO sUAM Senggal lagi dengan dedahan kononya BN serta kerajaan menyokong Israel padahal tujuan utuma depa nie hanyalah untuk nak cover apa yang telah dilakukan oleh anwar dalam kenyataan yang sahih serta terang-terang sokong Isreal untuk mendapatkan dana dari yahudi nie.........


Dalam nak mengaitkan UMNO dengan Israel, geng blogger PKR melakukan satu kesilapan besar bila menayangkan gambar ini sebagai bukti.


Tengoklah tu syarikat mana yang import barang Israel. SAMSUNG TU!!! Lepas ni geng-geng blogger tak boleh pakai Samsung Galaxy Tab. Ada barang Israel. Haram kata blogger PKR.
Tapi pakai Apple macam Milosuam pakai takpe. Milosuam pun blogger Jingga 13. Sebab Apple tiada kaitan dengan Israel walaupun bercadang buka pusat kajian di Israel.
Apple allegedly planning semiconductor development center in Israel
Published: 02:08 PM EST (11:08 AM PST) 

In addition to its rumored purchase of Israel-based flash storage provider Anobit, Apple is also said to be planning to open a semiconductor development center in Israel.

Apple's plans to build the new facility came about before the company even entered into talks to buy Anobit, Israel's Globes reported on Wednesday. The new development center will reportedly be headed by Aharon Aharon, who is a veteran in Israel's technology industry.
http://www.appleinsider.com/articles/11/12/14/apple_allegedly_planning_semiconductor_development_center_in_israel.html

Bangang punya budak-budak PKR. Bukan Kerajaan Malaysia buat hubungan dagang tapi syarikat yang melabur di Malaysia yang beli produk dari Israel. Kalau itu pun Kerajaan nak sekat, mana ada syarikat nak melabur dekat Malaysia.

Jangan lupa, di Kelantan pun ada syarikat 'Israel' buka kedai. Adakah ini bermakna Kelantan ada hubungan dagang dengan Israel?
Nak tau jawapan paling tepat pasal isu Israel ini, sila baca di blog Be Da Man (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). MyMassa ambil sedikit jawapan dari blog tersebut. 
Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.


Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang. (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)

Baca seterusnya di sini (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive