Showing posts with label PAS Kelantan. Show all posts
Showing posts with label PAS Kelantan. Show all posts

Thursday, January 24

AHLI PAS KELANTAN PIJAK BENDERA DAP,GUAN ENG MAMPUS LU KALI NIE.......?


Satu demo telah dilakukan oleh Ahli PAS serta penduduk tempatan di Kota Bharu Kelantan.Kumpulan ini seramai 50 orang yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.


Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.


"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.


Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.

Saturday, November 3

Skandal Lembah Sireh Atau Celah Kangkang?



Lebih kurang seminggu dua kebelakangan ini, Kerajaan PAS Kelantan kelihatannya tak senang duduk, masing-masing semacam kehangatan dan keresahan lebih daripada biasa.

Ramai pemimpin utama negeri bermula dari Exco-Exco hinggalah Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar sendiri yang terpaksa tampil ke depan untuk memperjelaskan isu skandal Lembah Sireh.

Penjelasan yang keluar dari mulut masing-masing ada pelbagai versi, ada yang mengatakan projek tersebut tidak merugikan, projek itu mungkin gagal, ada yang kata cuma kurang berjaya, kononnya pula bermasalah dengan soal tebus guna tanah dan itu ini segala macam aneka alasan.


Monday, October 29

PAS KELANTAN TIADA CALON YANG BERKALIBER SELAIN NIK AZIZ



Tindakan Pas Kelantan mahu Nik Aziz bertanding pada PRU Ke-13 dan kekal menjadi Menteri Besar membuktikan parti itu sedang menghadapi masalah dalaman yg hebat terutama dalam mencari pengganti yg sesuai.

Pemimpin Pas Kelantan memang menyedari bahawa Mursyidul Am Pas itu sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugas berat kerana masalah kesihatan yg serius, namun kerana ketiadaan pemimpin yg berwibawa,Nik Aziz yg umpama Quran buruk itu tetap disuruh jadi boneka . Sebagai seorang Menteri Besar, Nik Aziz sendiri sepatutnya menjadi penggerak kepada program dan pembangunan negeri dan bukannya menyerahkan tugas berat itu kepada orang lain.

Beberapa implikasi daripada kenyataan Exco kerajaan Pas Kelantan, Takiyuddin Hassan itu, pertama, beliau mengetahui Nik Abdul Aziz mempunyai anak emas iaitu Husam Musa, jadi untuk menyekat Husam daripada menjadi Menteri Besar, beliau membuat kenyataan memaksa Nik Abdul Aziz supaya terus memimpin.

Saturday, October 27

IBADAH KORBAN DIPOLITIKKAN OLEH PANCACAI PAS?


Bertindak Sebagai Kain Kapan Haiwan Sembelihan.Semua Kepala Penuntut Royalti Menyelitkan Jari Umpama Ketam.Ni La Jadi Bila Ibadah Korban Pun Dipolitikkan.Daging Korban Lembu Royalti Dimasukkan Dalam Plastik R Dan Diagih Untuk AhLuL-AhLuL Penyokong Mereka.Memang BahLoL...!!!.


Apa makna semuanya ini?... Dalam melakukan Ibadat pun sanggup berpolitik. Wahai orang PAS...!!!! kalau nak menunjuk - nunjuk untuk melakukan Ibadah bukan ini caranya, cara ini sebenarnya mengundang benci rakyat pada PAS. Sekarang rakyat sudah dapat jawapan yang sebenarnya, bahawa PAS lah yang menggunakan Agama untuk berpolitik. .... yang jadi mangsa lembu yang berdosa.

Monday, October 22

NIK AZIZ PEDULI KE PAPAN TANDA NIE JATUH?


Apakah papan tanda tumbang maka Islam akan turut tumbang ? Tidak sama sekali kerana Islam dipelihara oleh Allah swt ... Tapi Pas dijaga oleh Nik Aziz. Mungkin Pas akan tumbang di Kelantan !!! Semuanya Allah yg mengatur segalanya !!! Apapun kita masing2 ada otak serta akal, masing2 ada pendapat .... fikir2 dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan dengan propaganda yg kononnya Pas berjuang atas dasar agama ! Bezakan antara agama & politik, disitu ada jawapannya !!!


Wednesday, June 27

Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?



Utusan Malaysia hari ini membuat spekulasi bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman PAS, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

"Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki," tulis pengarang kanan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit.

Menurut beliau, Nik Aziz mula menyedari kelemahannya dan jika terus di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan, maka, menteri besar itu dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

"Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?" soalnya lagi.

Zaini seterusnya meramalkan tempat Nik Aziz selaku menteri besar akan diganti ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar.

Menurutnya, Kamaruddin akan membuat pertukaran dengan timbalan menteri besar merangkap ahli DUN Pasir Pekan Datuk Ahmad Yaakob.

Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar. 
KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang. 
Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat. 
Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.Baca seterusnya

NIE SEMUA AJARAN NIK AZIZ?



Gambaq nie MKP ambil dari FB gadis yang menyokong Nik Aziz dan Ustad Azhar Idrus namanya tak perlulah didedahkan berasal dari Kelantan.Apa nak buat jika macam nie perangai yang ditunjukkan.Pertembungan demontrasi yang berlaku di Kota Bharu semalam diantara kumpulan SEDAR dan TEAM "R" adalah satu perancangan licik pemimpin Pas Kelantan, kegagalan membaca perancangan tersebut sekaligus memberi kesan besar terhadap politik Kelantan, dan sudah pasti pemimpin Pas akan menjaja cerita rakyat "pecah kepala" dipukul oleh samseng Umno disetiap ceramah mereka bagi meraih simpati dari rakyat.

Jika diamati setiap demontrasi yang disertai oleh Pas ataupun Pakatan Rakyat pastinya mendatangkan masalah, selalunya mereka akan menyalahkan pihak polis kerana adanya gas pemedih mata yang menjadi punca kepada huru-hara, dan jelas walaupun tidak ada gas pemedih mata kekacauan tetap berlaku dan orang lain jua yang disalahkannya, namun cubaan menfitnah untuk mengatakan adanya gas jelas disebut pada klip video dibawah sebelum cubaan itu dipatahkan oleh seseorang.

Tuesday, February 7

Nik Aziz Kembali Melatah?





Akibat celuparnya mulut, suka mengadudomba dan sebaran dakyah songsang yang berterusan sehinggakan sanggup berkawan dengan 'syaitan' kini membuat sesuatu apa pun ada unsur-unsur berkaitan dengan  nama syaitan juga. Kalau pun ianya tidak tepat seakan-akan nama syaitan masih lagi nyata kepada golongan PAS ini. PAS Kelantan semakin terdesak dan terus sesak nafas oleh kerana negara kini kian hampir untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU-13). PAS sudah tubuh kan AMTU keh..keh..keh dah dekat bunyi hantu, tak kan dah hampir nama syaitan tu..!!
KOTA BHARU - Sambutan 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) nampaknya hambar apabila hanya 200 daripada 700 yang hadir pada majlis tersebut. Majlis diadakan di perkarangan pasar Peringat tidak berupaya menarik golongan muda. Malahan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat yang merasmikan majlis itu tidak mampu memberi tarikan pada golongan muda untuk hadir. Ia memberikan gambaran yang nyata terhadap kedudukan Pas ini.

Lebih dikesali Pas ketandausan modal tiada lain hanya fitnah semata-mata, apabila terus merancang taktik lapuk dari dulu sehingga kini UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak islamik. Wow caya lo... PAS real islamik agaknya anda fikirllah sendiri. Nik Aziz terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak islam, tidak pandai baca al-Quran. Difahamkan pelancaran AMTU adalah bagi menarik pengundi muda selapas menyedari golongan muda tidak menyebelahi PAS disamping kehilangan ramai penyokong bukan Melayu.
 
Lebih dikesali Pas ketandausan modal tiada lain hanya fitnah semata-mata, apabila terus merancang taktik lapuk dari dulu sehingga kini UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)tidak islamik. Wow caya lo... PAS real islamik agaknya anda fikirllah sendiri. Nik Aziz terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak islam, tidak pandai baca al-Quran. Difahamkan pelancaran AMTU adalah bagi menarik pengundi muda selapas menyedari golongan muda tidak menyebelahi PAS disamping kehilangan ramai penyokong bukan Melayu.
 Psssttt.. orang PAS Kelantan...jah.. yang pandai baca al-Quran

Saturday, December 24

DR MASHITAH IBRAHIM BANTAI POK NIK.


Pernah di Bachok, Kelantan, berpusu-pusu orang ke sebuah telaga untuk minum airnya walaupun kotor kerana percaya ia berkhasiat dan boleh menyembuhkan penyakit.

Setiap seorang dikenakan bayaran beberapa ringgit diberi minum air telaga itu. Mereka sebenarnya mangsa penipuan pemilik telaga itu. Sebatang pokok kononnya boleh membawa tuah kerana menyerupai wajah manusia juga menarik ramai pengunjung, justeru membuka peluang kepada pemilik pokok untuk ‘buat duit’ daripada mereka yang mudah tertipu.

Kita juga pernah terbaca mengenai orang tertipu dengan khasiat batu, sehingga sanggup membayar ribuan ringgit. Kononnya jika diminum air yang direndam batu itu, maka macam-macam keadaan yang dihadapi dapat dipulihkan. Berapa ramai pula anak dara, pelajar dan wanita yang tertipu seterusnya dicabul dan dirogol bomoh durjana, yang kononnya dapat merawat pelbagai penyakit yang dihadapi mereka.

Paling banyak kedengaran masakini ialah penipuan yang dijalankan secara licik oleh warga Afrika. Mereka mengguna pelbagai kaedah untuk memperdaya mangsa melalui internet. Skim black money, peninggalan harta wasiat, pelaburan secara maya dan bercinta dengan wanita berumur adalah antara bentuk penipuan popular.

Walaupun banyak kali didedahkan di media umum dan diberi peringatan oleh pihak berkuasa, masih ramai yang terjerumus. Tidak kurang juga terpedaya dengan balasan lumayan untuk menjadi keldai dadah, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi.

Statistik rasmi menunjukkan bahawa 1,900 rakyat negara ini, termasuk 25 peratus wanita, meringkuk dalam penjara di Peru, Brazil, Argentina, Sepanyol, Itali dan China kerana sanggup menjadi keldai dadah.

Kenapa mudah sangat rakyat kita ditipu? Adakah kerana masyarakat kita tidak peka dengan keadaan, mudah mempercayai orang lain atau sengaja mahu menempah kemudaratan?

Penipuan juga sering berlaku dalam urusan perniagaan dan muamalat dalam sektor awam dan swasta. Dalam bidang agama pula, penipuan dilakukan oleh mereka yang memanipulasi kelemahan jatidiri dan akidah pengikut untuk kepentingan diri, keluarga atau kumpulan.
Pengikut Kerajaan Langit, misalnya, sanggup minum air basuhan kaki ketua mereka Ayah Pin, kononnya kerana air itu suci. Boleh dikatakan semua ajaran sesat mempunyai unsur penipuan. Ramai profesional seperti peguam dan doktor, serta artis dan pegawai tinggi kerajaan menjadi ahli pergerakan Al-Arqam pimpinan Ashaari Muhammad, yang mendakwa boleh bercakap terus dengan Nabi Muhammad SAW.

Penyanyi terkenal 1980-an, Sahara Yaacob, pernah berkata beliau menyertai kumpulan ini kerana insaf kekurangan ilmu agama pada dirinya dan mahu menjadikan Al-Arqam sebagai jalan singkat ke syurga. Oleh kerana terlalu taksub dan yakin akan kebenaran mereka, Ashaari Muhammad menganjurkan majlis solat hajat dan doa muhaballah besar-besaran, termasuk menjemput wartawan, pada 30 Jun 1994.
Beliau mohon ALLAH SWT memberi petunjuk dan bukti kebenaran mereka dalam tempoh tiga bulan. Dengan kuasa ILAHI, pergerakan ini diisytiharkan haram oleh kerajaan Malaysia pada Ogos 1994 dan Ashaari sendiri mengalami penyakit tidak boleh bercakap.

Peguam Zahari Mohamed dalam bukunya Tersungkur di Pintu Syurga melahirkan penyesalan atas ‘kerja gila’ sepanjang menjadi ahli Al-Arqam dan kerana tertipu dengan pemimpin agama palsu.

Bagaimana pula dengan penipuan politik? Memang banyak. Antara yang akan tercatat dalam sejarah negara ialah janji palsu mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Sudah berpuluh tahun hal ini dipercakapkan, namun apabila memenangi Kelantan pada 1990 (dan selepas itu Terengganu), Pas masih gagal melaksanakannya.

Pelbagai alasan diberikan dan menuding jari terhadap pihak lain, khususnya Umno, sebagai punca hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Hakikatnya, hudud adalah modal pilihan raya semata-mata. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, isu hudud diputar semula. Cuma kali ini, pengundi mungkin tidak begitu mempercayai Pas lagi.

Penipuan politik terbesar dalam sejarah Malaysia ialah pengisytiharan pemimpin pembangkang yang obses menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu bahawa sehingga 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah, justeru memberi peluang kepadanya memperolehi majoriti di Parlimen dan menguasai Putrajaya.

Kononnya, beliau disokong Panglima Angkatan Tentera Malaysia, malah Yang di-Pertuan Agong juga menunggu menyempurnakan upacara mengangkat sumpah peralihan kuasa di peringkat pusat. Terbukti beliau membohongi seluruh rakyat Malaysia. Ini namanya menipu hidup-hidup. Saya percaya rakyat Malaysia tentunya tidak mahu tertipu lagi.

Kita diingatkan ALLAH SWT: Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta (16:105). ALLAH SWT juga memberi amaran: Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar dengan penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (24:11)
SINAR HARIAN.

Tuesday, December 13

Pok Nik Depa Nie Tutup Aurat Tak????


Kejohanan Badan Cantik di Negeri Serambi Mekah.Mr Kelantan.Pok Nik mamu nak tanya depa nie awat tak tutup aurat????????????Klu Pok nik nak glammer pun jangan lah letak gambaq sendiri bila buat acara yang memalukan nie....Hari anok mudo namanya pun akan tetapi didalam Islam Hukumnya adalah jelas Haram tetap haram tapiiiiii.........Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.


Apa itu aurat?



Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.
 (al-A`raaf 7:31)
Rasulullah saw bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”


(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
  (Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
 Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak


Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam 
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.


2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga 
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut


C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah) 



1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat 


1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya



2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya. 



3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum melihat aurat 
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini


Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua


Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Akhir sekali.
Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.

Wallahua`alam.



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive