Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Coli.
Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.
Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.
"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."
Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Semalam. Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -malaysiakini (sumber rasmi berita fitnah)
Kalau betullah susu tersebut dicemari oleh bakteria e.coli, jadi sila tunjukkan bukti sampel yang telah dibeli dan nama makmal swasta yang buat analisis. Ini penting untukMEMBUKTIKAN bahawa sampel itu memang ada e.coli, dan kita nak buat analisis jugak untuk membandingkan keputusan. Keputusan makmal boleh jadi tidak jitu jika sampel berlainan diambil. Dan perlu diingatkan juga, kilang yang menghasilkan susu ini mesti ada buat ujian makmal untuk produk susunya, paling kurang seminggu sekali. Jadi, kalau ada masalah terhadap produk susu yang dikatakan tercemar itu, sampel2 susu dari batch yang sama perlulah dianalisis supaya keputusan yang diperolehi adalah tepat. Berapa peratus kandungan bakteria e.coli dalam sampel? Adakah ia mematuhi standard Akta Makanan 1983???
Apa yg saya google ttg E-Coli adalah seperti berikut "Most E. coli strains are harmless, but some serotypes can cause serious food poisoning in humans, and are occasionally responsible for product recalls.[2][3] The harmless strains are part of the normal flora of the gut, and can benefit their hosts by producing vitamin K2,[4] and by preventing the establishment of pathogenic bacteria within the intestine" - http://en.wikipedia.org/wiki/Escherichia_coli. Jadi mereka perlu tunjukkan bukti bahawa E-Coli yg terdapat didalam susu tersebut adalah jenis berbahaya.
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat yang diberi lokman.
ReplyDeleteMymassa blog tuan telah saya link.terima kasih.