Nenek ini berusia lebih 70 tahun. Dia amat terharu hingga menangis kerana terkejut dengan kehadiran sekaligus 2 orang Menteri Kabinet, iaitu Menteri Dalam Negeri & Menteri KPDNKK (DS Hishamuddin & DS Ismail Sabri) ke sebuah warung nasi kerabu kampung di Salor, Kota Bharu pagi tadi.
Sambil dengan nada sebak, mak cik ini menyapu air mata & berkata, "Mene doh kali ni (Kali ini mesti menang). Tok wakil kita pun tak pernah masuk kedai ni". Untuk rekod , kedai ini berada dalam kawasan DUN Salor, diwakili Naib Presiden PAS, Husam Musa. Rumah beliau cuma 6 km dari kedai ini. TANYA SAMA HATI LA, KAWAN.EA.
DS Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bertindak turun padang bagi memantau usaha pencegahan yang dilakukan oleh RELA dengan kerjasama KPDNKK untuk membanteras aktiviti penyeludupan minyak subsidi di sekitar Tumpat, Kelantan hari ini.
Pemantauan sehari ini dilakukan oleh DS Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk melihat sendiri kelancaran kerja-kerja pencegahan yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA bagi memastikan aktiviti penyeludupan minyak subsidi terus dibanteras dari masa ke semasa.
Selain DS Hishammuddin Tun Hussein, Menteri KPDNKK iaitu DS Ismail Sabri turut serta dalam program sehari ini - melalui program-program turun padang begini selain melihat sendiri kerja-kerja yang dijalankan oleh anggota terlibat, ianya secara tidak langsung mampu menguatkan lagi semangat anggota bawahan mereka untuk terus melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.